Masa trip ke Sabah, Ney ada singgah ke Ranau sebab dah termasuk sekali dalam pakej percutian bersama Daeng Travel. Terus dari Kundasang War Memorial tu kami ke Bombon Kg Marakau & Ranau Rabbit Farm di Kg Kigiok.
Syukur dan beruntungnya kita hidup di zaman tiada perang di Malaysia yang aman damai sejahtera hendaknya. Bayangkan nenek moyang kita hidup di zaman jajahan British dan Jepun dulu? Perit, luka, darah dan perjuangan yang tiada tolok gantinya.
Kalau berkunjung ke Kundasang, orang cakap tak lengkap rasanya trip tu kalau tidak ke DESA Cattle Dairy Farm yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu ini. Jatuh hukum wajib ok! Trip kali pertama ke Sabah dulu tak sempat nak ke sini, kali ni tak boleh lepaskan!
Negeri Kedah Darul Aman terkenal dengan Negeri Jelapang Padi. Boleh dikatakan rakyat negeri Kedah menyara kehidupan dengan pertanian iaitu penanaman padi. Kerana itulah negeri Kedah merupakan pengeluar utama padi atau beras di Malaysia dengan keluasan tanah tanaman padi yang luas berbanding tanaman yang lain seperti getah, kelapa sawit dan lain-lain. Selain itu negeri Kedah juga mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik untuk anda jadikan sebagai destinasi pelancongan.
"Hello, My Love!" -- terasa macam ex boipren says hello semula selepas lama tak berjumpa. Last Ney ke concert Westlife, tahun 2011, sebelum mereka berpecah dulu. LAPAN TAHUN WEY! Kian, Nicky, Shane dan Mark masih kacak seperti dulu. Sayang, Brian dah keluar dari Westlife. Tapi, bila diorang muncul di atas pentas malam 8 Ogos yang lepas, Ney masih pandang mereka seperti pertama kali berjumpa. Well....hello, my love!
Kadang-kadang, bila dah selalu travel solo, penat jugak nak uruskan itinerari, fikir hal pengangkutan ketika bercuti lagi dan macam-macam. Maka, kali ni bercuti di Sabah, Ney terus tempah pakej percutian yang ditawarkan oleh Daeng Travel & Tours. Bukan sahaja ada pakej percutian murah di Sabah, pihak Daeng Travel uruskan semuanya untuk kami kali ni. Boleh la rileks santai bercuti kan?
Ney memang kaki travel, bak kata kawan Ney - menjalar je sentiasa. Balik dari Kuching Sarawak dua minggu lepas, ke Hatyai pula minggu lalu dan minggu ni ke Sabah. Ney pernah datang Kota Kinabalu sebelum ni, tapi teringin juga nak ke daerah-daerah lain dalam negeri Sabah ni kan?