Tahun 2016 dah nak melabuh tirai. Cepat je masa berlalu kan? Tengah kalut duk terkejar sana sini, tetibe je dah nak akhir tahun. Tahun lepas, malam tahun baru sempat lepak di CITTA Mall, main sling shot game apa nama tu bersama Shafiq. Eh dia je lah main, saya takut gugur jantung haha! Tahun ni mungkin kah kita akan ke CITTA Mall lagi?
Selain sembur muka dengan serum untuk menjaga kecantikkan
kulit, saya juga mengamalkan Beauty Shaping – minuman kolagen perasa epal sejak
bulan lepas. Sesuai dengan tagline, “Shape
your body, Beauty your skin” memang consume Beauty Shaping ni membantu untuk
slimming dengan 3 benefit; slimming, collagen dan whitening. Gituh… macam 3 in
1 kan?
Dah umur 28 tahun ni, mestilah nak kena sentiasa menjaga
kulit kan? Maka sekarang ni, setiap pagi je lepas cuci muka saya mula
mengamalkan spray MNK Magique Skinz Booster. Disebabkan mata semakin teruk
lately dengan eyebag dan dark circle, takut jugak mata jadi mata panda kan?
Lepas tu tak cukup tidur banyak kerja sampai muka tak bermaya je. Tu belum
masuk part pergi travel je memanjang hah.
Buku Pojok, salah satu publisher buku alternatif Malaysia,
yang mula menapak masuk industry sejak Oktober 2015 kini dah berusia SATU
tahun. Tahun lepas masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015,
sempat beli buku Kisah Laki Bini hasil tulisan Hamka Kereta Mayat dan Goji
Bundy tulisan Riduan A. Dullah. Tak sangka Buku Pojok dah berjaya menghasilkan
18 buku dalam masa setahun, termasuklah buku SATU.
Siapa
yang tengah plan nak kahwin dalam masa terdekat? One Stop Wedding Centre
kembali di Malaysia Wedding Festival (MEFA)!!! MEFA ni dah edisi ke 15 dan dah banyak bantu bakal-bakal pengantin, dan akan kembali lagi pada 23 hingga 25 Disember 2016 ini di SACC, Shah Alam. Kalau macam risau nak book
pelamin, baju pengantin, wedding planner atau apa sahaja takut kena scam ke
apa, jangan risau sebab semua vendor di MEFA adalah vendor yang boleh dipercayai.
Masuk je MEFA ni, confirm semua persiapan perkahwinan korang lengkap dalam masa
3 hari sahaja! Dan 5 sebab kenapa korang perlu datang ke Malaysia Wedding
Festival (MEFA) Disember ini ialah:
Siapa je tak suka kan alam fantasi penuh magis seperti Alice
in Wonderland? Dari kecil saya memang suka betul tonton kartun Alice in
Wonderland. Memang lejen berapa zaman generasi dah kisah si Alice ni. Disebabkan
Alice in Wonderland ni memang sentiasa di hati semua orang tak kira yang kecik
atau pun besar, maka Sino-Canadian team akan membawa alam fantasi Alice in
Wonderland ke Resorts World Genting. Apa kelainan dan keunikan Alice in
Wonderland kali ni?
Sebut je MAHA mesti semua orang dah macam semangat nak masuk
medan perang kan? MAHA ni ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, &
Agrotourism. Tahun ni, MAHA diadakan di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11
Disember 2016. Macam biasalah dah hampir nak tamat MAHA 2016, baru saya
terhegeh-hegeh nak pergi tadi. Seawal jam 730 pagi bertolak dari rumah, sempat
breakfast dan jumpa orang kejap, naik train sampai Putra Height, kira-kira jam
9 pagi terus ambil GrabCar dan ke MAHA di MAEPS Serdang. Diingatkan, seawall jam
8 hingga 9 pagi pun orang dah start masuk ke MAEPS weyh! Maka rancang lah
perjalanan korang sebaiknya. Jem sikit tu biasalah.
GrabCar Driver saya hantar ke Pintu 2, nasib baik ada
shuttle free dari kawasan parking tu untuk ke dewan-dewan pameran. Maka jangan
risau kena menapak la apa. Dengan hati yang tenang dan kesabaran yang tingi
tunggu je shuttle free datang bawak korang ke destinasi yang inigin dituju ok? Parking
RM5 je bayar waktu nak keluar nanti maka tenangkan hati lagi jangan nak pening
kalut cari mana nak bayar parking.
Dah masuk bulan Disember 2016 rupanya. Dah tercapai ke azam tahun 2016 masing-masing? Hah, belum la tu. Okayh ni nak cerita last weekend sempat saya ke Zacheela Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 yang telah diadakan di Parkroyal Hotel Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Memang meriah ramai betul tetamu hadir ke Grand Ballroom Parkroyal malam tu.
Zacheela ni ialah satu jenama pakaian muslimah, yang dah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi oleh Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, yang mulanya Zacheela ni online shop je. Tapi demi minat dalam dunia fesyen dan bisnes, sampaikan suami Tengku Shaheela, iaitu Zarkiah Awang Latif iaitu pengasas bersama Zacheela, turut tinggalkan kerjayanya dalam bidang oil and gas. Wow! Kagum betul demi minat kan? Fokus pada yang satu ni je. Dan setakat ini, dah ada dua cawangan Zacheela iaitu butik di Keramat Mall, Kuala Lumpur dan Bangi Snetral, Selangor dengan kekuatan pekerja seramai 16 orang.
Tahukah korang CITTA Mall mengadakan Chill Out Saturday? Hah Chill Out Saturday ni macam satu platform yang dianjurkan oleh CITTA Mall dalam usaha mendekatkan diri dengan komuniti masyarakat (terutamanya yang berkeluarga) dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik di CITTA Mall. Chill Out Saturday ni kalau boleh dijadikan aktiviti bulanan di CITTA Mall. Sabtu lepas, sempena Chill Out Saturday ni jugak, International LEO Day Fiesta 2016 telah diadakan di CITTA Mall sepanjang dua hari.
International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pertandingan mewarna, persembahan, pertandingan LEGO, bengkel Sains, bengkel fitness, games untuk kanak-kanak, electric car ride, bazar jualan dan celebrity pre-loved store.
Malam semalam berkesempatan untuk menonton Teater Muzikal
Komedi: Aladdin RELOADED! Aladdin RELOADED ni adalah pantomime muzikal yang
mengisahkan tentang lagenda Aladdin. Siapa je tak kenal Aladdin kan? Kisah
lagenda Aladdin ni selalu dijadikan bahan cerita untuk pementasan dan juga
pantomime lebih 200 tahun di United Kingdom. Bertemakan magik, romantik,
pengembaraan dan pelbagai lagi kisah tentang Aladdin ni membuatkan kisah
lagendanya sangat popular dan klasik. Sebab tu lah Enfiniti Academy juga buat
pementasan teater muzikal komedi Aladdin RELOADED ni! Kenapa Reloaded? Sebab
tahun lepas dah ada pementasan Aladdin ni Cuma kali ni dia buat comeback dengan
suntikan baru.
Selalu sibuk dan penat dan juga tidak bertenaga seharian buat kerja?
Ya, manusia robot macam saya memang kehulur kehilir ke pelbagai event. Lagi
penat sebab takde kereta, naik macam-macam public transport untuk ke destinasi.
Sebagai seorang postgraduate student Computer Science yang sedang pulun siapkan
thesis master, nak kena develop sistem lagi, lepas tu kerja part time mengajar
sebagai robotic teacher di International School, lifestyle blogger dan social
media strategist/influencer yang perlu ke event sana sini dan juga backpacker
yang tegar travel ke pelbagai negara…memang sangat penat menjadi seketul Neyra.
Tapi kawan-kawan yang selalu ikuti perkembangan di social media selalu bertanya “macam mana nak kekal bertenaga dan aktif sepanjang masa macam Neyra? Kita tengok pun penat tapi Neyra tak macam penat langsung!”.
Hah jawapannya tentulah TAURUS ENERGY DRINK!
Tapi kawan-kawan yang selalu ikuti perkembangan di social media selalu bertanya “macam mana nak kekal bertenaga dan aktif sepanjang masa macam Neyra? Kita tengok pun penat tapi Neyra tak macam penat langsung!”.
Hah jawapannya tentulah TAURUS ENERGY DRINK!
Siapa selalu pergi Citta Mall kat Ara Damansara? Neyra selalu ke sana untuk makan je sebab banyak betul cafe yang best kat sana! Hah, hujung minggu ni kalau takde aktiviti atau tak tahu nak kemana ke jom ramai-ramai datang ke Citta Mall untuk International LEO Day Fiesta 2016! Eh tak tak... bukan yang berzodiak LEO je boleh datang. LEO tu Let's Enjoy Ourselves! Hahhhh gituh. Memeriahkan hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan di Citta Mall lah kita ya.
International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung pada 3 dan 4 Disember 2016 dari jam 11 pagi hingga 6 petang!
Ya ampun dah sebulan #JogjaTrip dan seketul Neyra masih malas nak menulis entri 5 Hari 4 Malam di Kota Jogja. Maaf, busy dengan hal thesis master. Ye, untuk dua malam seterusnya pula saya menginap di Hyatt Regency Yogyakarta. Fuh, dengar nama je dah macam WOW! Alhamdulillah, ada rezeki untuk menginap di sini untuk trip kali ni. Kami sampai agak awal untuk check-in gara-gara mengejar masa, tapi staff di Hyatt menyambut kami dengan mesra. Yeay boleh check-in awal, campak backpack dan pergi buat aktiviti lain dengan tenang! Hotel ni terletak kira-kira 15 kilometer dari Adisucipto Airport, 17 kilometer dari Candi Prambanan dan 7 kilometer dari bandar.
Tadi dari pagi busy jaga booth di Selangor Makers & Innovation Carnival, lepas tu berlari pergi wedding kejap then sempat juga ke Rumah Kebaya Bangsar. Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha pun ada tau sebab dia duta Syus Kebaya kan? hehehe...memang sempoi dia layan pengunjung Rumah kebaya Bangsar yang mula dibuka hari ini.
Berkesempatan untuk travel ke Kota Yogyakarta atau Jogja, bulan Oktober yang lepas bersama 4 orang rakan yang lain. Tapi maaf banyak-banyak sangat tak sempat menaip entri full tentang perjalanan 5 hari 4 malam di Jogja lagi sebab busy yang amat buat thesis. Tapi sebab ramai tanya dimana saya stay di Jogja, saya rajinkan diri cerita pasal hotel yang cool dan awesome ni dulu ok? Malam pertama dan kedua saya di Kota Jogja, saya menginap di Hotel Adhisthana, yang terletak di Jl Prawirotaman 2, Mergangsan, Yogyakarta. Percayalah, jejak kaki ke sini pun dah terus boleh buat jatuh cinta dengan dekorasi dalaman hotel ni!
Setiap tahun, bakat-bakat seni yang hebat dari Enfiniti
Academy akan menceriakan musim cuti hujung tahun kita dengan
persembahan-persembahan yang hebat.Tahun 2013 dulu, ada Seussical Jr, diikuti
dengan Seussical The Broadway Musical pada tahun 2014 dan tahun lepas 2015,
Aladdin – A Musical Comedy. Semua persembahan teater ni memang sangat sesuai
ditonton oleh seisi keluarga. Seisi dewan bergelak ketawa menonton aksi dan keletah lucu barisan pelakonnya yang menggalas watak masing-masing dengan baik di samping selingan jenaka spontan menghiburkan. Malah sepanjang beberapa hari pementasan berlangsung, sambutan penonton tidak pernah hambar dan rata-ratanya memberikan maklum balas yang positif terhadap teater muzikal itu.
Dan tahun ini 2016, Aladdin – RELOADED! Ya, Teater Aladdin – A Musical Comedy akan kembali lagi hujung tahun ini atas permintaan ramai.
Dan tahun ini 2016, Aladdin – RELOADED! Ya, Teater Aladdin – A Musical Comedy akan kembali lagi hujung tahun ini atas permintaan ramai.
Last weekend sempat ke Klang Parade untuk rasai sendiri
kemeriahan K-Street Carnival. Wah, kalau sebut makanan Korea, memang fav saya!
Pagi tu dari KLIA2 terus gigih naik KTM ke Batu 3 Shah Alam seawall jam 8 pagi!
Kat KTM, Blogger Broframestone jemput dengan anaknya, Fisha. Terus kami bertiga
menuju ke K-Street Carnival dengan perasaan teruja nya!
Ye la lagi-lagi sekarang tengah popular pasal Kang Gary keluar Running Man, Lee Min Ho dalam K-Drama terbarunya, dan paling menarik, Lee Kwang Soo dari Running Man akan melawat Malaysia lagi minggu hadapan! Wahhhh mesti ramai peminat serbu ni.
Ye la lagi-lagi sekarang tengah popular pasal Kang Gary keluar Running Man, Lee Min Ho dalam K-Drama terbarunya, dan paling menarik, Lee Kwang Soo dari Running Man akan melawat Malaysia lagi minggu hadapan! Wahhhh mesti ramai peminat serbu ni.
Hah sudah, kenapa pulak cakap Korea tetibe ni kan? Selalu travel tapi belum pernah jejak kaki ke negara Korea. Teringin? Mungkin dengan yang tersayang baru best kot pergi Korea? Eh~ Haha! Selama ni tengok Running Man, layan K-Drama bagai, makan makanan Korea, acah-acah K-Pop... teruja tak kalau ada karnival yang semuanya tentang Korea? Hah, berita baik, Karnival K-Street akan diadakan di Klang Parade hujung minggu ini dari 18 hingga 20 November 2016!
Kesibukkan kerja kat bandar ni, kadang-kadang buat kita tangguh je kemas rumah kan? Saya yang bujang pun kelam kabut setiap hari rasa macam takde masa nak mengemas. Dah hujung minggu, baru lah nak kemas goodies bag pergi event yang menimbun, cuci toilet, cuci dapur apa semua. Aduh, kalau dah keluar rumah takde matahari lagi, balik pun matahari dah hilang berganti bulan, bila nak mengemas nya? Balik je dah letih, hujung minggu pun tu je masa nak berehat kena mengemas rumah lagi. Hah, siapa ada masalah macam ni baik cepat mengaku! Kesuntukkan masa? Takpe, sekarang dah ada MaidEasy - Don't Stress, We'll Handle The Mess katanya.
Siapa ada masalah nak kurus dengan efektif tapi tak kurus
jugak. Aduh, itu memang masalah semua orang! Terutamanya bahagian peha, pinggul dan perut
memang bahagian paling susah nak kecik. Lower part problem. Hah, baru-baru ni
saya diperkenalkan dengan XIERRA Thermal Pants oleh rakan masa zaman UTP dulu. Ni
mesti dia tengok saya gemuk semacam. Heh.
Wakey! Wakey! Waking up to a brand new stay! Untuk pengetahuan korang, Sunway Pyramid Hotel atau dulu dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel East telah dibuka semula hari ini, 3 November 2016 selepas major renovation dari 1 April 2016. Renovation yang memakan belanja sebanyak RM125 million itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Januari 2017 dengan 564 bilik dan suite mewah, dan kini Sunway Pyramid Hotel bertaraf 4.5 bintang! Eh eh takpe walaupun tak siap sepenuhnya lagi semua bilik, tapi mereka dah buka dah untuk menerima kehadiran tetamu.
Coklat cair masuk ke mulut, aduh siapa je tak gemar makan cokelat? Saya tak suka makanan manis, tapi kalau dapat coklat sekali sekala teruja jugak macam saka belaan dalam perut kelaparan haha! Tapi, pernah korang semua makan kerepek pisang bersalut coklat? Haaaaaaa mesti tak kan? Tak sangka kombinasi kerepek pisang rangup disalut pula dengan coklat yang sedap ni mambu memberi kebahagiaan kepada semua orang! Ini diaaa Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat yang rangup dan sedap dimakan!
Siapa je nak bau busuk sentiasa kan? Hah nasib baik masatravel ke Pulau Tioman baru ni saya bawak bersama Best Perfumes – Fearless by Victoria Secret.
Dengan jadual yang padat penuh aktiviti, pergi naik basikal lah, main golf lah,
berkayak… Fuh, nasib baik tetap kekal wangi dengan spray Best Perfumes selalu.
Sambungan untuk entry hari kedua di TICD2016, tengah hari tu kami check-out dari Berjaya Tioman Resort dan terus ke FREE Duty Shop untuk shopping chocolate la, rokok la, arak la.. eh tak tak. minuman kerasa adalah harrrroooommmm okayh! Kawan-kawan yang bukan beragama Islam yang shopping. Katanya, murah juga la. Untuk saya, saya cuma shopping chocolate je. Tapi tak lah semurah Langkawi. Ahaks! Dengan beg berat masing-masing macam apa dah masa tu, muka berlapis sunburn, semua sabar menanti ferry yang akan berlepas jam 3 petang. Tak sabar nak pulang ke darat! Dan seperti yang dijangka kan, perjalanan pulang selama 2 jam dalam ferry semuanya tidur keletihan.
Berpeluang untuk ke Pulau Tioman baru-baru ini untuk menyertai Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016, kami diberi penginapan di Berjaya Tioman Resort. Masa sebelum pergi siap google lah jugak hah apa ada. Teruja punya pasal nak ke resort bertaraf 4 bintang ni! Dengan keluasan 210 ekar, dan satu-satunya resort di Pulau Tioman yang mempunyai 18-holes international gold course dikelilingi hutan, memang sangat besar resort ni.
Kami ke
Berjaya Tioman Resort ni untuk Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016
sebenarnya. Tahu tak apa itu TICD 2016 ni? Demi menyelamatlan planet bumi....
eh dah macam Ultraman pulak bunyinya. Untuk kembalikan
keindahan laut dan menyelamatkan hidupan laut di Pulau Tioman, Berjaya Tioman
Resort menganjurkan TICD 2016 ni. Program TICD 2016 diadakan selama 3 hari dari
21 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016, dan disertai oleh 112 divers/penyelam
dari Singapura dan Malaysia. Bersatu hati bekerjasama mereka demi menyelamatkan
planet bumi dan mengekalkan keindahan alam sekitar! Wakil dari Reef Check,
Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri demi menyokong usaha
semua yang terlibat dengan TICD 2016 ini. Meriah!
Selepas CSR Program bersama
adik-adik di SK & SMK Kg Tekek, Pulau Tioman kami terus ke Restoran Sri
Nelayan untuk lunch dan ada sesi demonstrasi masakan bersama chef-chef di
Berjaya Tioman Resort. Teruja tengok
semua chef masak secara live depan kitorang. Tak cukup, boleh tambah! Terus
dari dapur haha!
Dah baca entry hari pertama di Pulau Tioman? Hari kedua kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap keluar ke Shahzan Villa yang terletak di dalam Berjaya Tioman Resort ni juga, berhampiran Golf Club. Shahzan Villa ni boleh dikatakan villa termahal di Pulau Tioman ni dan merupakan penginapan untuk owner resort ni, tetamu VIP dan juga kerabat diraja terutamanya kerabat diraja Pahang. Memang Shahzan Villa ni penginapan tetap lah untuk Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah sekiranya baginda berangkat ke Pulau Tioman. Villa ini diberi nama Shahzan pun ala ala kena mengena la. Kalau duduk Pahang tahu la biasanya nama Shahzan ni sinonim dengan kerabat diraja Pahang.
#eyratravel lagi!
Kali ini berpeluang mengikuti CSR Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD)
2016 bersama Berjaya Tioman Resort. Selepas dua minggu teaser demi teaser
sampai pergi event pun semua tanya nak kemana sebenarnya, semua terpaksa
dirahsiakan hingga lah hari kejadian tu. haha! Sorry gais, mana boleh kasi tahu
awal tak surprise la kan.
Memang ramai yang tahu, banyak kebaikkan minuman sarang burung dari segi kesihatan seperti membaiki sel-sel tubuh badan, menguatkan sistem imunasi tubuh badan dan sistem pernafasan, dan juga meningkatkan prestasi organ dalaman. Dan salah satu kebaikkan yang paling utama ialah dari segi kecantikkan dimana dapat membaikpulik sel kulit, melicinkan, melembutkan, dan wajah akan kelihatan lebih muda dalam jangka masa panjang. Dan untuk kebaikkan semua, Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolitte) memperkenalkan minuman kesihatan terbaru, Collagen Bird's Nest - "The Joy of Life".
Bercuti
atau melancong ke kota Bandung, Indonesia bukan lagi menjadi sebuah pilihan
tapi macam tempat wajib dilawati dah rasanya. Terkenal dengan syurga membeli
belah, Bandung juga sebuah kota yang memiliki banyak wisata atau tempat
pelancongan yang bersejarah seperti muzium. Tiba-tiba teringat trip ke Jakarta– Bandung tahun lepas masa Hari Raya Aidiladha. Tahukah jarak perjalanan
menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung Cuma 3 jam sahaja? Yang menariknya,
pelbagai pemandangan indah sepanjang perjalanan!
Sebenarnya ke Pulau Perhentian ni dah lama jugak, bulan May lepas haha! Ye la busy gila, Pulau Perhentian pun nak tutup sebab monsoon dah baru lah saya nak update ni. Bulan May lepas, saya ikut Kak Julie, Abang Nizam dan Kak Norul ke Pulau Perhentian lagi sekali sebab nak bawak lah diorang yang datang dari Sarawak ni jalan-jalan kan. Lagi satu sebab tak puas hati datang Pulau Perhentian akhir Mac dulu laut masih bergelora tak nampak apa pun masa snorkeling. Balas dendam, datang lagi sekali dengan bajet yang tipis senipis kulit bawang.
Datang kembali ke Premier Clinic TTDI baru-baru ini untuk Simply
Pristine Bloggers Party, memang meriah suasana. Dengan kehadiran
berpuluh blogger tengah hari tu, teruja masing-masing bertemu. Teringat kali
terakhir datang ke Premier Clinic cawangan Bangsar bulan May yang lalu memang puas hati dengan
servis yang diberikan. Masa tu baru je pulang dari dua island trip ke Cebu
& island trip ke Perhentian, memang kulit warna tak sekata, kering dan
macam-macam. Alhamdulillah, Dr Elaine Chong dari Premier Clinic Bangsar bagi suggestion
untuk buat dua treatment iaitu Ultrasonic Facial Cleansing dan LED
Photomodulation Theraphy memang berkesan untuk kulit muka saya!
Churros – pastri yang rangup dan enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan selalu menjadi kegemaran ramai seluruh dunia. Kalau di negara-negara Eropah atau Amerika Latin, Churros ni selalunya dimakan waktu sarapan pagi, dapat pulak celup dengan dipping coklat cair atau dimakan bersama kopi atau latte panas. Aduh sedapnya! Meleleh air liur bila terbayangkan Churros ni.
Konvoi Kembara Media FELCRA - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA
Minggu lepas tetibe je Halim kata, "Trip to Perak jom hujung minggu ni?". Fuh, plan nak pergi trip ke Terengganu saya tolak, plan trip Kuala Lumpur saya tolak, tiba-tiba dapat trip ke Perak. Terima kasih Halim Nadzeri dari Hai Blogger! dan FELCRA Berhad jemput saya join Kembara Media Jubli Emas 50 Tahun FELCRA ke negeri Perak minggu lalu. Rasa macam balik kampung embah pulak dah haha! Maka pagi tu seawal jam 7 pagi macam tu Taufiq dan saya bertolak ke R&R Sungai Buluh untuk meetup dengan media dan blogger lain disitu. Dalam masa yang sama pagi tu ada Siaran Langsung Majlis Perlancaran dan Perlepasan Kembara Media Jublis Emas 50 Tahun FELCRA. Sebanyak 50 buah kereta dan seramai kira-kira 200 orang peserta Kembara Media yang terdiri daripada wakil-wakil FELCRA seluruh negara, media dan blogger berkumpul pagi tu. Wah, seronoknya konvoi ramai-ramai!
Siapa suka Domino's Pizza? Ah, tipu lah kalau tak suka kalau depan mata ada Domino's Pizza Thin Crust lepas tu topping melimpah ruah dengan cheese meleleh-leleh. Kan? Ha, baru-baru ni, takde lah menu baru untuk pizza tapi untuk memaniskan lagi mulut korang yang manis, dan mengenyangkan lagi perut korang yang kadang-kadang macam ada saka naga meronta minta makanan tu, Domino's Pizza keluarkan menu baru iaitu Fabulous Four! Eh, bukan superheroes Fantastic Four tu. FABULOUS okayh. Stay, Fabs not fat ok?
Photo credit: KL Tower Jump, Ian Hard
Nampaknya KL Tower International Jump Malaysia 2016
(KLTIJM2016) kembali lagi pada 30 September hingga 3 Oktober 2016. Acara sukan
ekstrem yang diiktiraf peringkat antarabangsa ni siapa je tak tahu? Masa nil ah
nak tengok semua penerjun antarabangsa dengan beraninya terjun KL Tower kita
tu. Fuh, kalau saya dah gigil kepala lutut fikir nak terjun ke tidak setinggi
itu. Terjun dari ketinggian 30 kaki di masa Canyoneering di Kawasan Falls, Cebu
pun macam-macam perasaan ada masa tu. Oh, dan kali ni macam biasa KLTIJM2016
mendapat sokongan daripada Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB), Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.
"Night is falling: at dusk, you must have good eyesight to be able to tell the Good Lord from the Devil." - Jean-Paul Sartre
Ada peminat teater dan seni? The Lighters, mempersembahkan empat teater short plays di dalam satu show teater hujung minggu ni! Bestnya ada empat cerita berlainan dalam satu show yang menceritakan tentang perkahwinan, kehidupan, persahabatan, dan puteri-puteri Disney: DUSK.
Kejayaan The Lighters dalam persembahan teater baru ni, membawa satu persembahan teater yang mampu membawa perspektif yang berbeza dan lebih luas spektrumnya kepada penonton. DUSK by Lighters ini akan membuka minda penonton dan cuba mengubah tipikal persepsi dan stereotaip kita. Ha, seram pulak rasa kan? Tapi teater macam ni yang best, boleh buka minda dan berfikir.
Siapa je tak suka Ultraman? Superheroes zaman kecik-kecik dulu. Tak sangka, sampai sekarang pun budak-budak masih minat Ultraman. Dulu, sampai berebut TV dengan adik sebab nak tengok Ultraman. Beep...beep...berkelip-kelip lampu di dada Ultraman. Alamak, nyawa dah habis! Eh?
Dan seperti tahun sebelum ni, Ultraman Live in Genting kembali lagi! Berita baik untuk semua peminat-peminat Ultraman nampaknya. Dan baru-baru ini, Ultraman menemui peminat mereka di Pavillion, KL sempena majlis pelancaran Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan, yang akan diadakan di Resorts World Genting pada 5 November 2016 hingga 2 Januari 2017.
Siapa tak kenal Benang Hijau? Eh bukan menegakkan benang yang basah. Tidak...tidak... ini pengeluar pakaian muslimah terkenal dan terkemuka di Malaysia, Benang Hijau. Sebagai hijabis mestilah teruja bila dengar nama Benang Hijau. Double loop instant shawls Benang Hijau yang dapat goodies dari Malam Gala Kalam Kalam Langit beberapa hari yang lalu pun belum sempat buka plastiknya lagi. Fuh, baru-baru ni, Benang Hijau telah membuka cawangan terbaru mereka iaitu cawangan di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan.
Dah empat tahun tak update apa-apa entry seram di blog ni. Kisah pengalaman seram di Karak yang dialami sendiri pada tahun 2012 yang lalu pun masih ada yang baca lagi. Fuh, itu memang pengalaman sendiri yang benar-sebenarnya. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman seram di Kolej Professional MARA Beranang, Selangor masa zaman belajar Diploma dulu. Aduh, duduk dekat office malam Jumaat, tengah malam menulis entri ni rasa seram sejuk pulak badan ni. Walaupun ni cerita tahun 2006 dulu dan Beranang pun makin maju dan bukan lagi hutan belukar dimana-mana, hei nak baca ke tak ni? haha! Dan ini juga pengalaman sebenar yang terjadi...
Bila main semula permainan tradisional macam galah panjang, konda kondi, lompat getah, baling selipar apa bagai mesti akan terimbau semula memori zaman kanak-kanak dulu. Dibesarkan di kampung, dan saya bukan budak bandar pun maka memang dari kecil la main permainan tradisional macam ni kan? Lebih-lebih lagi sepupu sebaya kesemuanya lelaki, maka agak lasak sebenarnya saya dari kecil. Hahahaha! Baru-baru ni saya ke Laman Seni di Shah Alam atas jemputan Hai Blogger! untuk menyertai acara pertandingan permainan tradisional Malaysia anjuran Syarikat Guligeng Event. Diberi nama "Lengit", acara ini diadakan sempena Festival Laman Seni Shah Alam yang merupakan acara tahunan anjuran MBSA. Semestinya acara sebegini dianjurkan untuk menghidupkan semula permainan budaya yang telah pun lupus ditelan arus kemodenan ni hah. Duk main Pokemon Go je acane?
Baru-baru ini kecoh isu filem Pekak yang tidak boleh diterima ramai. Saya telah diundang untuk menonton filem PEKAK ini pada 25 Ogos yang lalu di Malam Gala #PEK4K tajaan Grand Brilliance. Ya, saya sudah tonton filem ini sebelum korang semua tonton filem ini yang mula ditayangkan kepada umum 1 September yang lalu. Sebelum saya teruskan penulisan ni, saya nak bagitahu siap-siap, saya TIDAK dibayar untuk menonton filem itu, untuk review atau untuk menulis penulisan ini. Tidak. Entri ini ditulis dengan ikhlas dan atas dasar saya rasa cukup sedih melihat masyarakat kita berbalah hanya sebab filem PEKAK ini.
Saya mula dihujani dengan private message oleh strangers yang tidak pernah friend dengan saya di Facebook, tentang filem PEKAK ini. Rata-ratanya mesej negatif tentang filem ini. Ahh, pelik juga kenapa perlu provok saya tentang filem ini hanya disebabkan saya sudah menonton?
Selalu ke Saloon atau Spa, kawan-kawan lelaki selalu bertanya soalan; "boleh ke lelaki pergi saloon tu? Spa tu ada massage boleh ke lelaki masuk?". Hah ni memang selalu lah kawan-kawan lelaki bertanya. Kadang-kadang memang sesuatu spa atau saloon tu boleh menerima pelanggan lelaki cuma apabila rata-rata staff nya perempuan, dan customer pun ramai perempuan, kaum lelaki akan terasa malu dan awkward dalam saloon dan spa tu. Kini, kaum lelaki tak perlu rasa risau lagi dibelenggu masalah ni. Gentlemen's Tonic now in Malaysia!
Seminggu selepas join Viper Challenge di Genting King Of The
Mountain, saya berkesempatan untuk ke AK Balloon Run 3.0 pula di Avenue K
Shopping Mall. Wah, terima kasih sangat untuk Kak Ellie yang minta saya
wakilkan dia untuk berlari sejauh 7KM ni. Tak sangka tahun ni dapat banyak
tugas kena berlari secara tetibe kan? Sejumlah 2,000 runner berkumpul di Avenue
K pagi tu dengan berbaju pink dan balloon di mana-mana. Ya, menariknya run kali
ni sebab tema belon tu sendiri.
Sejak bergelar guru beberapa tahun ni, dan mengajar di
beberapa private and international school seluruh Kuala Lumpur dan Selangor,
untuk subjek mekanikal, mekatronik dan robotik… memang boleh dikatakan
environment semua baru dan berbeza dari mengajar di local school sebelum ni.
Silibus subjek, sistem sekolah yang lebih teratur dan cara pembelajaran yang
berbeza mengikut jenis sekolah (ada American school, British school, Australian
School dan lain-lain) memang kadang-kadang membuka mata dan minda gitu. Ye la,
kadang-kadang sebenarnya rasa macam sedih jugak kenapa lah local schools takde sistem persekolahan macam diorang ni. Eh bukan nak kecam haha! Tapi tu lah
beza antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa memang banyak perbezaan
macam langit dan bumi. Tapi, betul lah jugak sebab yuran pun lagi mahal
mestilah sistem lagi bagus kan?
Dah lama seketul Neyra tak masak beriye-iye di dapur sebab
dia on diet. EH? Hahaha. Ye la, asyik makan biskut, oat, nestum bajet boleh
kurus lah? Lepas tu asyik makan kat event, hidup busy, huru hara handle event
lagi. Astaghfirullah, gegadis mana lah yang tak masuk dapur ni haha! So kali ni
Neyra masuk dapur masak Sup Bebola Ikan! Eh, Sup Bebola Ikan je ke? Ye la, diet
kan. Menu sihat la jugak, takkan nak melantak Sup Daging? Ishhh korang ni.
Okayh, untuk memasak ni bahan paling utama diperlukan di dapur ialah Mak Siti!
Eh bukan bukan mak saya atau bibik nama Mak Siti, tapi Serbuk Rempah Sup Mak
Siti yang segar dari ladang dan sedap menyelerakan! Kalau di rumah Kuantan,
memang ibu Neyra dah lama menggunakan rempah ratus Mak Siti ni sebab rempah nya
memang power semua jenis masakan pun jadi sedap!
Indonesia, salah sebuah Negara yang punya keindahan alam
yang tak terungkap cantiknya. Cewah intro kemain jiwang. Tapi, memang betul
sebab saya banyak travel ke Indonesia, pertama kali jejak kaki di Bali tahun
2014 pun dah teruja dengan Pulau Lembongan dan keramahan penduduk kampong
nelayan kat sana. Bila mula solo backpacking ke Medan tahun 2014, saya
tahu, Indonesia ni selamat untuk female solo backpacker macam saya. Sebab tu
dua bulan selepas itu merasai bulan Ramadhan di Medan lagi dan kemudiannya tahun 2015 saya
berkesempatan menikmati kemeriahan suasana Hari Raya Aidiladha di Jakarta, dan
seterusnya ke Bandung. Oh, tak sabarnya bulan Oktober 2016 nanti akan ke
Jogjakarta pula, juga November 201 ke Jogjakarta lagi dan seterusnya hari lahir
saya tahun depan 2017 akan saya nikmati keindahan Bandar Aceh dan Pulau Weh
pula. Wah, macam setiap tahun melawat Indonesia kan? Dalam bucketlist ada East
Kalimantan, Flores, Komodo Island, Raja Ampat, Lombok dan macam-macam lagi
tempat di Indonesia yang dah lama saya teringin nak melawat! Kena dengan
tagline mereka, #WonderfulIndonesia sememangnya sangat Wonderful Indonesia ni.
Seluas 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park ni
salah satu di antara Indoor Extreme Park yang TERBESAR di Asia. Memang confirm,
melangkah masuk je korang akan rasa teruja tengok sana sini trampoline je.
Dengan platform yang berwarna-warni. Tali tergantung sana sini di udara,
dinding untuk dipanjat, terjun semua benda ada kat sini! Kalau adrenalin korang
tak bergerak secara aktif dan pantas dalam EnerZ Indoor Extreme Park ni, sah
korang ada masalah besar! Dan menariknya, kat sini semua aktiviti sesuai untuk
pelbagai peringkat umur yang gemarkan aktiviti extreme dan adventure macam ni.
Eh mesti la seketul Neyra suka aktiviti macam ni! Lupa entry Viper dulu? Terima kasih Broframestone jemput saya ke sini!
Ingat pesan Neyra dalam entry yang lalu, "Keep Fit and Be Healthy?" Seringkali kita mahu
memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar
menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar
lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? Hah mesti korang
kadang-kadang macam tak pasti atau tertanya-tanya semua ni. Jangan risau, segala
persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang sudah mula disiarkan pada
21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan
saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan B Healthy ini akan mengupas
pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan
informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat
Malaysia!