Ney percaya kunci keyakinan seorang wanita itu bermula daripada diri mereka sendiri, dan semuanya bermula dari dalaman termasuklah penjagaan kebersihan bahagian intim wanita yang menjadi salah satu faktor pemangkin keyakinan diri.
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dititikberatkan lebih-lebih lagi ketika berpuasa macam sekarang ni. Badan kena cukup nutrisi dan vitamin untuk kekal segar menjalani aktiviti harian. Selain pemakanan sihat ketika sahur & berbuka, salah satu benda paling penting Ney amalkan ialah makan vitamin secukupnya.
Tourism New Zealand menyambut Matariki, Tahun Baru Maori di Kuala Lumpur, dengan kolaborasi bersama Chef James Won, dengan konsep unik hidangan jamuan makan tengah hari gabungan juadah Malaysia dan New Zealand. Jamuan makan tengah hari itu diadakan di restoran Chef James Won, Enfin by James Won, dan menerima lebih 50 industri travel, konsulat dan rakan media termasuklah portal travel Have Halal, Will Travel.
Kali ni Ney nak share sikit tentang penjagaan kesihatan kereta. Ye la sejak kahwin dengan orang jauh ni (Ney orang Pahang, suami orang Kedah), kereta kami sangat bekerja keras untuk pulang ke kampung halaman. Bayangkan la sorang Pantai Timur, sorang lagi Utagha? Jauh perjalanan, kuda tua pun letih. Sebab tulah, penjagaan kesihatan kereta itu penting.
Dunia kini cuma di hujung jari. Apa sahaja yang kita nak lakukan boleh dikatakan hampir semua menggunakan teknologi. Baru-baru ni Ney lawat bandar Kuching di Sarawak, walaupun nak beli air mineral di kedai runcit pun, Ney guna cashless payment. Scan kod QR, dan bayar. Nak lakukan transaksi atau hantar duit untuk orang lain pun guna aplikasi telefon je sekarang. Mudahkan?
Betul ke minggu ni kalau datang The Chicken Rice Shop bayar RM10 dapat DUA set nasi ayam? Yes! Laju je korang kan kalau dengar promosi makanan murah macam ni? Sempena pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, diorang buat promosi RM10 untuk 2 set kombo single meal. Bukan sekadar nasi ayam, dengan air sekali dia bagi. Murah gila?