Bila kita tonton filem-filem hebat di pawagam tentang dunia surfing, pasti terdetik di hati; "Wahhh hebatnya diorang lawan ombak tu!".. "Weyh camne nak balance atas papan sekeping tu wey!". Hah masa tu mulut terkumat kamit la terucap rasa kagum tu. Tahu kah sebelum nak surfing atau meluncur, beberapa perkara perlu korang ambil tahu? Ini 5 tips sebelum surfing untuk korang:
Wanita mana yang tidak suka mekap? Biarpun sapuan bedak tipis di muka dan secalit gincu di bibir itu juga namanya mekap. Saya sejenis on-the-go kesini dan kesana, memang jujurnya takde sempat mekap pun haha! Takde masa tu satu hal lah, nak mekap pun tak reti. Nasib baik baru ni Kaio Studio memberi peluang untuk saya join Kelas Mekap Sue Melati.
"Yang patut dicintai adalah cinta itu sendiri dan yang harus dimusuhi adalah musuh itu sendiri." - Fahri, Ayat-ayat Cinta 2.
Usai menonton Ayat Ayat Cinta 2 sempena malam galanya di Pavillion KL, terpanggil rasa untuk Ney review filem ni. Jarang-jarang rajin ni. Masa dapat jemputan, memang rasa teruja. Ya lah, lupa dulu kegilaan fenomena cinta agung Fahri dan Aisha masa Ayat Ayat Cinta tahun 2008? Semua orang ternanti-nanti sekuel karya novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Sebagai peminat Ayat Ayat Cinta, apakah yang saya rasa selepas menonton? Jujur, sedikit kecewa.