Annyeong Haseyo! 안녕하세요! K-Street Carnival kembali lagi di Klang Parade! Ingat tak tahun lepas sempat saya enjoy sakan di K-Street Carnival Klang Parade? Tak sabar rasanya nak pergi lagi hujung minggu ni. Peminat K-Pop di seluruh Malaysia pun wajib ni pergi karnival ni. Kenapa? Ada apa kat K-Street ni sebenarnya?
Lagi 5 hari kita nak menyambut Syawal, semalam pada 24 Ramadhan sempat saya ke Majlis Iftar Universal Music Malaysia meraikan artis tempatan, media dan anak-anak yatim di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Meriah ramai artis semalam beraya bersama.
Tak kira lah untuk berbuka mahupun hari raya nanti, Mee Kari antara salah satu juadah pilihan ramai. Mee Kari merupakan antara makanan kegemaran saya tapi dengan syarat homemade mee kari je tekak boleh terima! Sebab saya tak makan pedas, maka bila kat kedai makan macam was was nak order takut pedas melampau. Sakit perut nanti susah ye dak? Tapi, macam mana nak buat mee kari paling mudah dimasak dan sedap dimakan? Rahsianya cuma satu; Rempah Ratus Mak Siti!
Pejam celik pejam
celik dah nak dekat hari raya! Less than 10 days kan? Macam tak percaya je kan bila
terlalu cepat masa berlalu. Amacam persiapan hari raya korang? Dah siap ke
semua? Semalam bila Ibu whatsapp “Rumah dah kemas belum? Bersepah lagi huru
hara”. Aduhai, segala persiapan untuk mencantikkan rumah tak siap sedia lagi.
Takkan nak panggil Eric Leong pulak suruh home decor cantik-cantik rumah tu
kan? Segala home furniture pun dah lama tak bertukar.
Sejak ekonomi tak
berapa nak stabil ni, masalah utama semua orang ialah tak cukup duit untuk
mencantikkan rumah dengan perabot baru. Kami sendiri bersedahana je dengan
persiapan hari raya tahun ini. Tapi tahukah korang sebenarnya korang boleh
jimat cermat dalam pembelian perabot dan hiasan rumah? Hah macam mana tu? Ada
ke tempat jual perabot murah zaman sekarang ni? Semua orang nak jimat ye kan?
Ye la sebab pembaziran itu amalan syaitonnnn.
Dah lama tak chat dengan kawan-kawan guna LINE. Tapi guna LINE sebab follow akaun akaun rasmi atau channel dalam tu untuk latest update promosi atau sales atau masuk contest! Nak tahu latest update tentang selebriti pun guna LINE memang mudah! Sebab tu untuk mendekati lagi followers dan komuniti online, P&G Malaysia melancarkan akaun LINE rasmi terbaru, Confidence Squad!
Siapa pernah tonton DOPS TV? Ney pernah tengok #Fynnologue je la rancangan yang ada Fynn Jamal tu. Haha! DOPS TV atau nama panjangnya Deen of Peace Studios ditubuhkan pada Jun 2016 oleh Mizz Nina bersama rakan-rakan kongsinya Syahir Ismail dan Ili Zuhair Amdan, yang merupakan sebuah rangkaian TV yang memaparkan gaya hidup Islamik. Sebelum ni diorang ada berkolaborasi dalam beberapa rancangan yang memang dapat sambutan meluas macan Always A Traveller (bersama Yasmin Mogahed di New Zealand), Beyond Translation (bersama Nouman Ali Khan di Amerika Syarikat) dan Walk His Way (bersama Mufti Ismail Menk di South Africa).
Kurang dua minggu je lagi nak tiba dah hari raya. Sebelum nak menyambut hari raya, mestilah nak kena jaga kecantikkan kulit dan berseri-seri di pagi raya nanti ye dak? Hah, oleh sebab pernah ke sini, dan juga dekat je dengan rumah kitorang maka sebab tu lah saya dan Shafiq ke DEWS Aesthetic Spa Boutique baru-baru ni untuk buat facial treatment. Eh, Shafiq je la. Saya tak buat pun haha! Beriye pulak laki aku ni nak cantik cantik kulit.
Semalam saya ke ICE Gallery di
IJM Land Pantai Sentral Park untuk majlis jamuan berbuka puasa bersama IJM
Land. ICE Gallery ni belakang rumah je so takde lah jauh pun nak pergi. Sempat
melihat showroom rumah, wah meriah lah area Bukit Kerinchi ni nanti kalau
perumahan ni semua dah siap. Tak sabar rasanya! Sempat lagi kumpul duit nak
beli rumah kat sini. Eh?
Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan kan? Amacam puasa korang? Ada ponteng tak? Ke puasa yang yok je? Hehehe. Ahad lepas, saya dan Shafiq sempat berbuka puasa di The Living Room, The Westin Kuala Lumpur sebelum dia pulang ke Penang. Sobs. Sobs.
Eh sedap sangat ke Buffet Ramadhan di The Everly Putrajaya ni sampai datang dua kali? Hah sebab sedap la saya beriye booking and datang makan berbuka lagi kat sini. Tak sabar rasanya nak makan sini sampai sanggup hadap jem 2 jam lebih. Gigih!
Sebenarnya dari haritu lagi nak update pasal #krafraya ni tapi tu lah sebab duk pergi Kraf Raya kat Kompleks Kraf Kuala Lumpur pun sampai 4 kali, dan kali ni Kraf Raya Warna Warni Aidilfitri yang bertemakan Nostalgia Kampung cuma berlangsung selama 12 hari maka masa yang ada memang sangat suntuk. Dah 3 tahun berturut-turut setiap kali kraf raya saya akan kesini. Sebab best!
Setiap hari berbuka puasa di
luar, Ya Allah kilo semakin bertambah! Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah
bagi. Baru-baru ni saya berkesempatan untuk ke Delicious Café di 1Utama
Shopping Centre. Memang saya perasan Delicious Café di 1Utama tutup sebelum ni
untuk reservation, dan beberapa cawangan Delicious yang lain tutup. Delicious
ni dah lah salah satu tempat faveret saya untuk makan. Wahhhh kenapa ya?
Rupanya Delicious Café kini di bawah pihak pengurusan yang baru iaitu Envictus
International Holdings Limited dan kini lebih dikenali sebagai The Delicious
Group.
Bila melangkah masuk ke Teratak Restaurant yang terletak di GLO Damansara tempoh hari, terus kagum rasa melihat dekorasi restoran ni. Berkonsepkan coffee house yang moden dan eksklusif, tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu. Paling menarik perhatian saya ialah papan tanda Teratak Restaurant di kaunter cashier. Logo kedai yang memaparkan rumah kampung melayu tradisional, dan dindingnya dihiasi lubang angin atau pigeon hole rumah kampung dulu-dulu. Wah, terus teringat kampung nenek. Ciri-ciri kemelayuan yang dah jarang kita lihat zaman sekarang kan?
Nak dekat hari raya ni mesti lah semua nak kulit yang cerah berseri ye tak? Saya dah lama menggunakan produk Shurah malah keluarga juga masih setia menggunakan Shurah. Baru-baru ini, rangkaian produk Shurah Pencerah telah diperbaharui dan mempunyai bahan
aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta
menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini
mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus
dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang
membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. Wah, bersinar-sinar flawless lah kulit nak dekat raya ni kan?
Di seluruh tempat sekarang ni
boleh lihat ramai yang sudah mula sibuk membeli persiapan hari raya. Tapi untuk
saya, selalunya saya masih guna pakai je apa yang ada. Banyak baju pun membazir
je. Haha kedekut kan? Tapi kalau untuk makan tak pernah kedekut! One of my
favourite place to eat tentunya CITTA
MALL! Ini memang tempat kegemaran Shafiq dan saya untuk luangkan masa.
Parking senang cari sebab besar dan luas, tak serabut terlalu ramai orang dan
banyak restoran menarik untuk kami try makan disini. Memang syurga makanan kat
Citta Mall ni. Tapi nak shopping raya pun banyak pilihan disini. Saya sharekan
dibawah 5 Kedai Wajib Pergi Di Citta Mall!