Althea keluarkan produk baru lagi! Wahhhh cargas nampaknya Althea berterusan mengeluarkan produk-produk terbaru untuk mereka yang nak cantik persis wanita Korea. Setakat ni Ney memang guna produk-produk dari Althea sebab kulit Ney serasi dengan produk mereka dan tak pernah ada masalah. Sebab tu dalam senarai 10 produk dari Althea Korea yang wajib beli Ney tulis sebelum ni pun kebanyakkannya adalah produk jenama Althea sendiri. Kali ni, Ney nak review Althea Milk Peel Cream Mask. Milk? Susu? Produk berasaskan susu ke macam mana tu agaknya?
Ney dan suami memang penggemar San Francisco Coffee walaupun cuma Ney yang minum kopi tapi dia minum hot chocolate. Bukan minuman je, satu lagi kegemaran kami di San Francisco Coffee mestilah butterscotch muffin nya. Sedap tau! Lagi-lagi bila musim hujan sekarang ni, balik kerja dapat pulak kopi dan muffin panas-panas. Nikmat tak terkata perasaannya haha!
Semalam kebetulan Ney ada meeting di Johor Bahru. Kecewa juga tak dapat ke Hanoi untuk sokong pasukan Harimau Malaya di Final AFF Suzuki Cup 2018. Sedapkan hati, takpe.... mesti ada benda menarik nak buat di JB. Tetibe dapat tahu dari timeline Twitter, minggu ni ada Festival JLand 2018 di Tapak Ekspo Bandar Dato' Onn. Apa lagi? Terusssss terjah!
Setiap wanita sentiasa mendambakan kecantikkan. Tak cantik dengan makeup pun, asal kulit sihat sangat bersyukur dah. Alhamdulillah, kulit Ney tak pernah mengalami masalah kulit yang teruk, tapi Ney cuba sedaya upaya menjaga kesihatan kulit dengan produk-produk yang Ney pakai sekarang. Ramai tanya apa skincare routine la, pakai produk apa la, haaaaa kali ni Ney nak share 10 produk dari Althea Korea yang wajib korang ada dalam wish list christmas korang sebab Ney sendiri pakai dan approved dengan keberkesanannya! Sempena Christmas nak dekat ni, atau nak beli hadiah tahun baru untuk makwe ke, boleh la baca senarai 10 produk dari Althea Korea yang menjadi pilihan Ney ni. Ney takde dah wish list lain melainkan jenama yang memang Ney pakai harian sebab kalau dah berkenan tu, memang setia dengan jenama sama je. Kulit pun dah rasa serasi gitu!
Hujung minggu lalu, Ney ke Shah
Alam jumpa adik ipar kejap, lepas tu ternampak AEON Mall Shah Alam belakang
condo dia. Terus decide nak lepak kat situ. Tengah jalan-jalan terjumpa ada
event AEON Wallet Cash Up Challenge
depan Uniqlo tu. Ada pulak staff situ promote pada Ney untuk daftar AEON Member
Plus Visa Card & AEON Wallet. Eh ada kad baru ke apa?
Sejak bertahun-tahun yang lalu, Ney dah layan Teater MUD The Musical ni. Teringat 3 tahun yang lepas, Ney siap dapat naik pentas join sama teater muzikal diorang ni. Salahs atu sebab Ney suka dengan MUD The Musical ni sebab diorang banyak interaksi bersama penonton. Sekali sekala kena heret atas pentas berlakon sekali haha! Tak sangka, dah penghujung tahun 2018 ni MUD The Musical kembali lagi!
Untuk kaki travel macam Ney, sunblocks antara benda yang paling utama perlu dibawa dalam bag. Baru-baru ni ke Melbourne, Ney memang bekalkan siap-siap Petal Velvet Sunaway dari Althea walaupun sekarang kat sana penghujung musim Spring nak masuk Summer, tapi kalau dah sekali dia panas tu mencanak matahari atas kepala! Mujur ada Petal Velvet Sunaway ni, terselamat lah kulit muka Ney dari terus sunburn.
Ah yeah....ah yeahh! Hit you with that ddu-du ddu-du du...Ah yeah, ay yeah!
Siapa tak kenal BLACKPINK? Kumpulan artis Korea yang semakin popular sekarang. Paling Ney suka lagu 뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU) tu la. Teringat-ingat dalam kepala. Berita baik untuk pencinta kpop semua, MacpiePro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. Ahhhh yeah!