Amalan kebersihan mestilah dikekalkan sentiasa. Demi kesihatan diri sendiri jugak kan? Cuci tangan dengan betul sebelum berbuka puasa, menghilangkan kotoran-kotoran degil dan kuman. Maka sempena bulan Ramadan ni, jenama sabun cecair mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia iaitu Lifebuoy melancarkan kempen yang menekankan kepentingan menjaga kebersihan di kalangan warga Malaysia.
Restoran Nelayan Gombak -- dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa yang cukup popular dan dikenali sebagai restoran terapung di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak tahun 80an. Tapi, sejak tahun 2012, restoran ini dah berpindah ke Jalan Gombak Utara atas sebab-sebab tertentu.
Selalu bila makan dalam dulang, teringat keunikkan tradisi Jawa makan nasi Ambeng kan? Dari kecil saya dibesarkan dengan tradisi begitu lebih-lebih lagi setiap kali datangnya bulan Ramadhan dan Syawal. Satu dulang atau talam diletakkan nasi di tengah-tengah dan dikelilingi pelbagai jenis lauk untuk dimakan bersama-sama.
Begitulah juga dengan promosi Ramadhan Special di Restoran Melur & Thyme, menawarkan set menu Nasi Dulang sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ni. Wah, terubatlah rindu semua nak makan nasi dalam dulang kan? Tapi ni bukan Nasi Ambeng versi jowo tu lah. Ni versi Melur & Thyme!
Cuti sekolah nak dekat dah kan?
Sekaligus kita menyambut bulan puasa terus. Sebagai seorang guru, mestilah saya
tak sabar tunggu cuti sekolah sebab sekolah International bakal cuti panjang hingga
September! Summer break katanya. So dah ada plan ke nak bawak anak-anak semua
ke mana cuti sekolah ni? Haaaa kalau takde plan lagi atau tak berkesempatan
untuk bercuti panjang jauh-jauh, boleh lah bawak ke DreamWorld Indoor Playland
di The Starling Mall atau IOI City Mall! Eh apa DreamWorld Indoor Playland ni?
Laundry Cafe -- konsep yang cuba dipertengahkan oleh Suds And Lattes Cafe di Mutiara Damansara. Diusahakan oleh Puan Zalina, yang mempunyai perniagaan dobi dah lama lah kiranya, dan idea untuk buka Laundry Cafe ni datang bila ramai customer dobi nya bertanya jika ada jual minuman atau makanan ketika menunggu pakaian dobi siap. Ting! Ting! Terus idea bukak Suds & Lattes Cafe, berkonsepkan laundry cafe ni terhasil.
Kira - kira seminggu sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan kembali. Minggu pertama saya akan ke kampung halaman berbuka puasa bersama keluarga. Macam mana dengan korang, apa plan? Hah kalau takde plan lagi saya cadangkan ke The Everly Putrajaya untuk menikmati Bufet Ramadan mereka yang bertemakan "Warisan, Kini Selamanya".
Setiap kali bulan Ramadan, pasti teringat je masakan bonda di kampung halaman. Mana nak lengkap rasa hidup tanpa rasa air tangan bonda kan? Lebih-lebih lagi yang jauh duduk di perantauan. Maka, bulan Ramadan kali ini, Quality Hotel City Centre akan menyajikan masakan kampung bertemakan Juadah Berbuka Puasa Tradisi Masakan Bonda. Para tetamu yang datang ke sini untuk berbuka puasa boleh menikmati suasana di dalam 'bazaar' dengan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan bulan Ramadhan kegemaran mereka. Memang takkan sama dengan air tangan bonda kita tapi,pasti mengimbau memori kan?
Sebenarnya saya amatlah susah nak cari masa ke gym walaupun condo ni ada gym free. Punya sibuk kerja sana sini, tapi bila ada masa memang terus ke gym. Nak kurus tu satu hal. Tapi sebenarnya nak sihat je. Sebenarnya bukan nak meratap nasib badan takde masa nak exercise tapi tetap gemuk tapi nak cerita OOTD yang selalu saya pakai ke gym. Selain muslimah micro-dry top dari Ultron, saya selalu pakai kasut yang sesuai untuk bersenam iaitu kasut Brooks Ghost 7 saya, fitness glove Puma untuk protect tangan, dan juga XIERRA Thermal Pants FUSION. Eh apa tu? Haaaa.
Ketupat Rendang Brownies Coklat? Macam mana juadah raya tradisional bergabung dengan kuih raya moden ni? Hah bukan nak bagi resepi ketupat mahupun rendang lagi lah bukan resepi brownies coklat. Tapi, sebenarnya nk cerita pasal drama bersiri yang akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti!
Isu keselamatan jalan raya
ataupun road safety ni memang tak akan pernah habis kalau kita nak bincangkan
di mana mana forum sekalipun. Kempen sana sini, tetap tabiat yang sama jugak
dilakukan manusia. Penat kan nak cakap isu yang sama berulang kali?
Korang kena tengok filem pendek
ni yang saya jumpa dalam salah satu penyertaan PLUS MUFORS Road Reels Short
Video Competition yang bertemakan “Safer Together” atau Keselamatan Bersama.
Filem pendek FILODOXIA -- digarap kemas, menceritakan tentang isu keselamatan
jalan raya dan diselitkan dengan mesej pendek dan mendalam tentang bahayanya
penggunaan telefon bimbit. Ye la orang sekarang ni sikit-sikit kang nak buat
live IG atau FB, instastories lagi, nak upload sana sini segala jenis social media
yang ada. Dah ramai saya tengok kalau buat live IG tu, semasa sedang memandu.
Ya Allah bahaya tahu tak?
Setiap malam tengah buat thesis, CJ WOW Shop sering setia menemani di kaca TV. Kadang-ladang terhasut jugak lah nak beli mop la, kuali la, tudung, pinggan mangkuk semua. Tu belum Ibu call mintak order kan apa yang dia berkenan di hati dari CJ WOW SHOP. Aduh, masa tu terus bukak www.cjwowshop.com.my , klik je order. Terus sampai depan muka pintu rumah.
Sempena bulan Ramadhan dan dah dekat nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni mestilah banyak produk-produk baru di CJ WOW SHOP. Dengan kempen "Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW" lagi terasa kemeriahan suasana Aidilfitri yang da dekat ni. Eh puasa dah ganti belum?
Tronoh Theatre Shop -- nama cukup popular di kalangan UTPian lagi-lagi kalau korang peminat Teater. Teringat zaman belajar kat UTP dulu, selalu la pergi tengok teater diorang ni. Memang awesome! Teater arahan Dr Shark memang mengancam habis. Lagi-lagi Teater Istidraj Maharaja Beruk, Putera Sangkar Maut dan lain lain.. Hah siapa beruk?
Lepas ni nak makan je takde dah soalan masalah dunia pertama hidup korang tu : "nak makan apa hari ni? nak makan kat mana?". Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dah pun dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat food lover kat luar sana. Dah tentunya aplikasi JJCM ni akan memudahkan hidup korang! Tak perlu bergaduh dengan makwe lagi kalau makwe keliru nak makan mana. Eh?
Tak lengkap rasanya nak menyambut bulan Ramadhan tanpa majlis iftar atau lebih dikenali sebagai majlis berbuka puasa. Tercari-cari di mana lokasi sesuai untuk berbuka puasa dengan variasi juadah tempatan atau antarabangsa? Hah apa kata korang ke Halaman Haji Saad? Alamak! Kat mana tu eh?