*tAkDiR*

9:43 am

Mmg benar bhw takdir di tangan Tuhan, Allah swt. Namun, keputusan Allah itu bergantung kepada sejauh mana manusia berusaha, krn takdir itu terdapat di hujung usaha manusia. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum bila kaum tersebut tidak mahu mengubahnya.

Seringkali apabila kita melakukan sesuatu usaha, kita bertemu dgn rintangan dan kesulitan. Maka kita menganggap itu sebagai kegagalan. Namun, siapa yang tahu bahawa di balik rintangan dan kesulitan itu Allah telah menyediakan suatu rencana yang besar untuk hidup dan kehidupan kita. Siapa yang tahu rencana Allah?? Kesulitan dan rintangan itu bpleh jadi hanya untuk menguji kesungguhan kita untuk meraih apa yang menjadi diingini, bukan untuk mematikannya.

Dari rintangan dan kesulitan itu, Allah mengajar kita bersyukur ketika meraih kejayaan sebenar. Tanpa merasakan kesulitan dan rintangan sebelumnya, mungkin kita kurang menghargai dan mensyukuri hasil yang kita capai. Terkadang sesuatu yang mudah diperolehi itu akan melenakan diri kita.

Berusahalah untuk tetap berprasangka baik atas segala ketetapan-Nya, kerana Allah tidak menghitung berapa kali kita jatuh, tetapi berapa kali kita bangkit, bangkit dan bangkit lagi, walau jiwa merasa lelah dan seakan tak mampu lagi untuk berdiri.

“Dan apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah. Dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” [al-Jumu’ah, surah 62: ayat 10]

Sesungguhnya takdir terdapat di hujung usaha manusia, bgantung bgaimana kita memaknainya. Oleh itu, mari kita luruskan niat, bulatkan tekad, dan gandakan usaha agar dapat menjalani hidup ini sesuai dengan ketetapan-Nya. Hasil akhir dari semua itu kita pasrahkan kepada Allah swt. Lalu sudahkah kita pasrah dengan segala ketetapan-nya??

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook