peristiwa sedih dalam hidup.

8:26 am

Perjalanan hidup eyra sepanjang 26 february 2009 hingga 01 march 2009…

Peringatan: mungkin anda akan rasa bosan dengan entry kali ini dan mungkin juga anda akan rasa sedih kalau anda betul2 memahami.


26 february 2009;

Kira-kira pukul 10 mlm, eyra dapat emergency call dari ibu eyra. Menerima arahan; “kemas barang2 semua cepat. Malam ni kita balik kedah.” Terkejut + terpinga-pinga. Mengapakah kedah? Ibu beritahu eyra, poksu eyra sakit. Oh? Sakit apakah? Kenapa ta pernah dengar pun dia sakit?

27 february 2009;

Photobucket

dalam perjalanan...

Eyra tertidur keletihan menunggu kedatangan family dari kuantan. Pukul 5.20 pagi, mereka tiba. Terpinga-pinga baru bangkit dari tidur sambil mengemas apa yang tidak dikemas lagi. Sumpah aku bingung ketika ini! Bertolak kira-kira pukul 5.30 pagi dari rumah sewa eyra di beranang. Oh sangat jauh perjalanan. Tertidur eyra ketika dalam kereta Suzuki APV yang memuatkan 9 orang itu. Terperangkap dalam jem yang sangat lama di KL, terpikir pula pukul berapakah akan tiba di kedah ini?


Photobucket

berhenti sebentar di rawang...

Berhenti di rawang kira-kira pukul 8.30 pagi. Sarapan pagi lah. Cuma makan toast bread dan horlicks sahaja. Cukup lah kerana sedang ber-diet. Kedengaran poyo disitu. Teruskan perjalanan, berhenti lagi berapa banyak kali ntah eyra tak tahu sebab eyra Cuma tidur keletihan. Hentian terakhir kami berhenti di sungai petani.


Photobucket

hospital sultanah bahiyah, alor star...

Kemudian meneruskan perjalanan ke alor star dan tiba di hospital sultanah bahiyah pada pukul 1.40 petang. Hanya tinggal kira-kira 20 minit sebelum waktu melawat berakhir. Poksu ditempatkan di high dependency ward (hdw) di tingkat 3. Eyra tak sempat melawat poksu sebab eyra jaga baby aqil. Keadaan poksu? Hanya keajaiban yang diharapkan ketika ini.


Photobucket

high dependency ward (hdw)...

Kemudian, makan tengah hari di kafe hospital dan pulang ke rumah poksu di taman seroja kira-kira pukul 4.00 petang. Selepas mandi dan berehat beberapa minit, mak ndak dapat emergency call dari moksu. Poksu nazak! Bergegas semuanya ke hospital ketika itu. Eyra sedikit terkilan sebab tiba sahaja di tingkat 3, semua orang dah menangis2 di luar hdw. Dan ketika itu, eyra tahu poksu dah meninggalkan kami semua. Terkilan sedikit kerana eyra tak sempat jumpa poksu sebelum poksu pergi. Ketika semua sedang menangis + sedih di luar hdw, eyra amek pass pelawat dan masuk ke hdw. Tercari-cari katil bernombor 11 di dalam hdw. Dan ketika menyelak langsir katil no 11 itu, menitis air mata eyra tengok arwah poksu terlantar di atas katil. Terkedu + tergamam. Tapi, eyra redha arwah pergi sebab eyra sendiri tak sanggup tengok poksu terus terseksa mcm tu. Keluar dari hdw, eyra sangat sedih tengok anak arwah poksu; safia dan effi. Safia menangis. Effi pula tak tahu apa-apa. Mereka sangat kecil utk terima semua ini. Teringat lagi masa arwah dalam hdw, effi yang tunggu di luar hdw beritahu semua yang abah nya panggil nama effi. “betul ni… adik dengar abah panggil adik ni…” *sob…sob…sob…*


Photobucket

jenazah dibawa pulang...

Selepas proses tuntutan jenazah selesai, jenazah poksu dibawa ke kg.naga, jitra. Rumah keluarga moksu. Akan dikebumikan disini pada esok hari. Ketika jenazah ditempatkan di ruang tamu, eyra sedih lagi bila effi tanya; “kenapa abah tidur kat depan tuh? Kesian abah sakit kan?” “abah tak nak balik sini lagi ke lepas ni?” sesiapa pun yang dengar pasti menitis kan air mata. Effi Cuma berusia 5 tahun dan dia memang tak mengerti apa-apa. Eyra ziarah jenazah petang tu, eyra rasa kagum sangat dengan kebesaran allah swt. Jenazah sentiasa tersenyum. Ternyata, arwah pergi dengan tenang dan penuh keimanan. Malam itu, kami tertidur keletihan di rumah tok wan, di kg. naga. Perjalanan terlalu jauh buat kami sangat penat.

28 february 2009;


Photobucket

di bendang...

Bangun pagi itu, eyra rasa sangat tenang. Udara fresh dari bendang sawah padi di belakang rumah tok wan + kabus yang tebal + mandi air kolah yang sangat sejuk terasa diri ni betul-betul di kampong. *memang lah kampong. Nama pun kg. naga. Naseb ta de perigi…*


Photobucket

dikebumikan...

Pukul 10.00 pagi, jenazah dimandikan. Suasana pilu ketika ini sampaikan pak njang pun menangis. Eyra tak sanggup nak tengok, maka eyra hanya duduk di rumah tok wan. Kemudian, jenazah dikafankan. Pukul 11.00 pagi, jenazah dibawa ke masjid kg.naga untuk disembahyangkan. Kira-kira 200 orang di masjid ketika itu. Sangat lah ramai. Kemudian jenazah di bawa ke kubur untuk dikebumikan. Seperti amanat arwah beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah minta untuk dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah tok wan. Pukul 12.00 tengah hari, jenazah selamat dikebumikan. Alhamdulillah… semuanya selamat… tapi, tetap ade sedikit masalah. Macam mana lah nak bgtau tok kat rompin yang poksu dah meninggal dunia? Tak sanggup tgk tok sakit2 lagi. Menangis2 sebab die memang rindukan poksu dah lama. Mungkin juga die dapat rasa poksu akan pergi… naluri seorang ibu…

Photobucket

selamat semuanya...

Mohd hanafiah bin haji mohd yusoff disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang seperti yang dicatatkan dalam sijil kematiannya. Dilahirkan pada 09 march , kira-kira seminggu sahaja lagi belum hari lahirnya. Meninggal dunia ketika berumur 37 tahun, 11 bulan, dan 18 hari. Mengikut apa yang tertera di sijil kematian, punca kematian adalah septicemia secondary to bilateral lower limb necrotizing fasciitis. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, biarlah keluarga terdekat je yang mengetahuinya. Kehilangan seorang bapa saudara yang sangat disengani dan disayangi sangat member kesan pada kami sebagai anak saudaranya, kerana arwah sangat rapat dengan kami ketika kami kecil dulu. Mungkin kerana arwah anak bongsu, dan hanya dia yang tak kawin lagi ketika kami masih dalam proses membesar. Teringat masa bermain teka-teki kecik2 dulu, melukis kartun sama2 ketika arwah bekerja sebagai pelukis majalah gila-gila. Dan hanya satu kenangan bersama arwah yang tak mungkin eyra dan sepupu-sepupu eyra lupakan; peristiwa bulan ramadhan. Kami terperangkap dalam hutan di tepi pantai. Masa tu, hanya tuhan je tahu. Nak mintak tolong siapa pun tak tahu masa tu. Berbuka puasa pun minum air mineral. Semuanya gara-gara nak ikut poksu pergi jalan-jalan. Memori indah, kenangan yang kami akan ingat sampai bila-bila.

Kira-kira pukul 3.00 petang, lepas makan tengah hari… kami bergerak pulang. Keluarga eyra + keluarga abg edy tak pulang terus ke Pahang. Kami berhenti tidur di perak. Eyra pulang ke kampong sebelah ayah di Kampar, perak. Letih sangat untuk terus balik ke Pahang.

01 march 2009;

Photobucket

luthfil yang comel...

Sarapan pagi; apam yang opah buat. Sangat sedap! Nyummy…!! Then, tunggu ketibaan baby baru acik anang. Muhammad luhfil hadi yang sangat comel + kecik. Hadi… dah besar nanty jangan nakal2 macam abg and kakak kamu ye. Si ainin gemok itu pun sudah berjahit dagu nya… pukul 11.30 pagi, kami bertolak pulang ke kuala lumpur. Hantar adikku di sana. Dan bergerak pulang ke kuantan. Kira-kira pukul 7.00 malam baru tiba di rumah. Sangat penat!


Nota: ketika ini, eyra sudah tak mampu untuk menaip. Maka, entry berakhir setakat ini. Keadaan diri tidak mengizikan. Sakit tekak + mahu demam. noktah.


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook