Agen Dropshipper Rizi Biz Shop

4:45 am

Saya ingin menjadi agen dropshipper Rizi Biz Shop bagi produk :



One Drop Perfumes Egyption Potion.

saya berminat ingin menjadi agen dropshipper Rizi Biz Shop kerana harga bagi produk ini hanya RM 40.00/RM 45.00 dan saya yakin ramai orang mampu membelinya. Harga yang berpatutan dan murah kerana terdapat 8 botol dalam 1 set One Drop Perfumes dan target market adalah di kalangan golongan remaja kerana mereka gemar bertukar wangian setiap hari dan One Drop Perfumes adalah produk yang paling sesuai untuk mereka yang gemar bertukar wangian berlainan dalam sesuatu masa jangka pendek.

terdapat pelbagai set yang berlainan dan dalam setiap set mengandungi 8 botol One Drop Perfumes berlainan jenis bagi setiap pengguna lelaki dan wanita maka, One Drop Perfumes sangat sesuai untuk pengguna yang sering bertukar perfume mengikut mood mereka.



pack baru dari One Drop Perfumes juga sangat menawan hati, lebih cantik dan nampak lebih mewah sekaligus menarik perhatian untuk lebih ramai membelinya. One Drop Perfumes juga didatangi dengan set besar dan set mini dan pembeli boleh membeli mengikut kemampuan masing-masing.



Harga yang ditawarkan bagi pack baru juga masih sama walaupun pack baru didatangai dengan botol yang lebih besar dan kotak yang lebih berat, kemas dan eksklusif. kotak baru yang lebih tampak menarik juga sesuai untuk dijadikan hadiah buat teman-teman.

saya juga yakin dapat menjual One Drop Perfumes kerana bau harumannya jenis yang tahan lama kerana ianya bukan jenis spray tetapi pati perfume iaitu oil-based. dan apa yang lebih PENTING ialah One Drop Perfumes merupakan perfumes yang tiada kandungan alkohol maka pengguna yang beragama Islam boleh menggunakan One Drop Perfumes tanpa was-was walaupun ketika menunaikan solat.




You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook