ini dunia kita

10:36 am



ini dunia kita.
sana-sini bencana.
sana-sini pergolakan negara.
apa sudah jadi pada dunia kita?
dunia semakin tua.
pergolakan berantakan di sana.
syukur, negara kita masih serupa.
aman lagi sentosa.

ini dunia kita.
simpati pada rakyat Jepun sana.
tsunami selepas gempa.
kini radiasi pula.
selamatkah mereka?

ini dunia kita.
myanmar dan thailand gempa juga.
malaysia banjir sini sana.
dunia semakin tua.
terbatuk menahan sakit tua.
menangis meratap hiba.

ini dunia kita.
dari mesir ke libya.
kini syria pula.
bergolak sesama saudara seagama.
mengapa tiada kerjasama?

ini dunia kita.
sampai bila perlu harungi segala?
tidak sayang pada dunia kita?
hargailah dunia kita.
dunia kita yang semakin tua.


coretan rasa,
neyra shazeyra







contestDH2

You Might Also Like

3 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook