Cinta Muka Bulu (parody Cinta Muka Buku) + Putus Di Twitter

7:43 pm


dah lama sebenarnya tahu pasal video ni especially sebab rakan-rakan Twitterjaya sendiri yang buat kan. gigih korang tau! tapi sejak sibuk bekerja, memang takde masa lagi nak tengok video ni. dengar lagunya pun tidak. lepas tweetup #octtwtfest haritu, terus bukak youtube dan download lagu ni. dengar malam tu berulang kali sampai terlena. suara @Luna_Rahman memang mendodoikan saya.

dan esoknya, sepanjang hari saya  bekerja, lagu ni bermain-main dalam kepala. dan pulang dari kerja, sebelum ke Premiere Screening Dont Be Afraid of The Dark di Midvalley, @isepunye ada pasang MP3 lagu ni dalam kereta. ok, satu hari suara @Luna_Rahman tak hilang dalam minda. dan rasa senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni, terfikir kat @ciksenah. ye lah, nama pun dia buat lirik lagu ni kat TL twitter je haritu kan? bak kata @isepunye, dengar lirik pun memang tahu ayat @ciksenah. ahaks! dan @ciksenah malu-malu bila pergi Premiere Screening tu, ada blogger jumpa dia dan tanya... ni @ciksenah yang tulis lirik Cinta Muka Bulu tu?


kalau nak tahu asal-usul mana datang idea nak buat parody video ni, boleh lah ke blog @elmielmo dan baca sendiri. macam mana bermulanya idea ni semua lepas @shamhardy ajak buat parody video, meeting diorang dan semua kerja gila ni datang dari diorang. yang memang saya kenal, memang gila-gila semuanya. heh? tapi gila tak gila pun, dah lebih 169,000++  yang view video ni kat youtube tau! memang lah tak setanding video original Najwa Latif yang dah mencecah 3 juta view tu tapi....cuba korang tengok video mana yang lebih banyak dislike? hehehe...


dan untuk penjiwaan parody video yang lebih mendalam, TOLONG LAH TENGOK VIDEO NAJWA LATIF BARU TENGOK VIDEO TWITTERJAYA NI! sebab nanti korang sumpah takkan paham part mana yang lawaknya. mesti rasa blur dan rasa video parody ni biasa je bagi korang. so, cikedaut lah video Najwa Latif dulu yek. sepanjang video parody ni saya nak tergelak-gelak tengok @setonsebata je. comel sungguh pakai tudung. badan pun dah macam perempuan je. jeles ok, sebab dia comel. kikikiki....

ok, kat bawah ni kedua-dua video. sila lah enjoice! Twitterjaya rawk bebeh!

Twitterjaya Presents: Cinta Muka Buku's Parody Video.

Director : @elmielmo.
Producer : @shamhardy.
Director Of Photography : @encikzymn.
Assistant Director : @bainunwaheeda.

Original Song : @NjwaLatif.
Lyrics : @ciksenah.
Vocal : @Luna_Rahman.
Minus One : @hazardgeek.
Voice Recording Engineer : @RamonaAzween.
Vocal Teacher : @AizadFahmy.


Credit : @afiqsiddhartha, @AinaAzizi, Tutti Frutti Laman Seri Shah Alam & Geeks Studio.

Vocal Recording at Geeks Studio owned by @RamonaAzween. http://www.facebook.com/GeekStudio
Original Song is copyrighted by @NjwaLatif.





nak lagi best, dengar lah kesinambungan apa jadi lepas mereka bercinta kat muka buku, tapi putus pulak kat Twitter, ahaks! Lagu Putus di Twitter hasil ciptaan Encik Mimpi . lagi banyak view dari Cnta Muka Bulu tau! by the way, banyak sebenarnya lagu-lagu kreatif dari tweeps semua ni. Cinta Susur Masa, Gadis Twitterku, Burung Biru, dan apa entah lagis aya tak ingat tajuk. kalau rajin, pepandai lah cari. Twitterjaya ni best sebenarnya. kan kan kan?

You Might Also Like

3 comments

  1. dah lama video ni kluar.siang tadi baru tengok. ghopenyesi setonsebata tu kezen den. sumpah gelakgolek2 tak pcaya!hahahhahah

    ReplyDelete
  2. balik keje t klo sempat nk tgk !

    ReplyDelete
  3. pagi esok aku tengok. demit. x load-load pulak utube nih.

    Latest : Facebook Timeline Pisyek

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook