Review: Adnan Sempit 2

2:07 am


Filem Adnan Sempit 2 adalah filem sekuel yang bergenre aksi dan komedi ringan. Semua teraju utama filem ini masih dikekalkan dengan pelakon yang sama dari filem pertama dulu iaitu Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Yana Samsudin, dan penampilan khas oleh Syuk dari kumpulan Balas Raja Lawak.



Dalam Adnan Sempit 2, Adnan telah berjaya memikat hati Nadia tapi ada masalah lain pulak iaitu memikat hati ibu bapa Nadia untuk terima dirinya sebagai bekas mat rempit. Pelbagai syarat telah ditetapkan oleh bapa Nadia untuk Adnan iaitu Adnan perlu jadi ahli korporat yang dihormati dalam masa 30 hari manakala ibu Nadia meletakkan syarat Nadia perlu belajar menjadi isteri mithali dalam masa 30 hari juga. Pelbagai usaha dilakukan dan yang paling lucu masa Adnan belajar English dengan Bobby. berjayakah Adnan memikat hati ibu bapa Nadia? hehehe~


Filem arahan pengarah Ismail Bob Hasim ini penuh dengan komedi dan pasti buat korang semua gelak dari mula cerita hingga hujung filem ni. lakonan Bobby dan Wawa banyak menambah kekuatan untuk filem ni. lagi-lagi bila Bobby dah jadi penjual burger, dan Wawa pula terlibat dalam perniagaan MLM dan menjual jamu. nak tengok macam mana Adnan jadi ahli korporat dan bapa Nadia pulak jadi mat rempit? pi panggung wayang berdekatan cepat-cepat!

berapa bintang? 4.5 bintang dari 5 bintang. enjoice~


You Might Also Like

5 comments

  1. bila boleh stat donlod ni? haha


    http://kalampatah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. aku sampai 2 kali tengok cite ni kat wayang.. =.=

    Pisyek

    ReplyDelete
  3. aha, kelakar tu memang kelakar, tp cam ada gak babak2 yang foul uh..haha..3/5 bintang uh...

    anyway, jemput baca review di Kakiwayang.com...hehe...

    ReplyDelete
  4. tak best.. cite tak der pengajaran 1/5 T__T

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook