Gerhana Matahari Cincin 20 Mei 2012

8:58 am


Gerhana Matahari Cincin atau Solar Annulus Eclipse dijangka bakal berlaku pada hari Ahad ini, 20 Mei 2012 dengan magnitus 0.9439. Walau bagaimanapun, gerhana matahari ini hanya dapat dilihat di Sabah dan Sarawak sahaja.  Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.


Kuching: Fasa akhir gerhana kira-kira 16 minit selepas matahari terbit.

Bintulu: Fasa akhir gerhana kira-kira 30 minit selepas matahari terbit

Miri: Fasa akhir gerhana kira-kira 37 minit selepas matahari terbit

Kota Kinabalu: Fasa akhir gerhana kira-kira 50 minit selepas matahari terbit

Sandakan: Fasa akhir gerhana kira-kira satu jam selepas matahari terbit

Gerhana ini terjadi apabila Bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi kesemua atau sebahagian daripada imej Matahari. Annulus eclipse berlaku apabila diameter Bulan lebih kecil dari size Matahari dan mengakibatkan Matahari kelihatan seperti cincin, dan Bulan akan menutupi hampir kesemua cahaya Matahari. Selain Malaysia, Brunei dan Indonesia, gerhana ini juga dijangka dapat dilihat di kawasan perairan China, utara Taiwan, selatan Jepun, dan barat Amerika Syarikat dan juga Kanada. Gerhana maksima akan berlaku di North Pasific, selatan kepulauan Aleutian selama 5 minit dan 46.3 saat dan berakhir di barat Amerika Syarikat.

You Might Also Like

3 comments

  1. ada dekat sandakan .. harap2 dapat tengok ...

    ReplyDelete
  2. waaa..nak tengok..tapi boleh nampak ke dekat kedah..melepas nak tengok..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook