Backpacking Trip: Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 3)

9:14 am


Hari ketiga di HCMC, Vietnam. 30 November, 2014. malam sebelumnya sebab mabuk coffee tu, saya tidur satu jam je sebenarnya. so berjaga sepanjang malam, termenung kat tingkap. jam 4 pagi, sunrise pun keluar! cantiknya sunrise Vietnam.



seawal jam 7 pagi kami keluar nak ke Ben Thanh Market sebab ada orang tu tak abis lagi shopping. tapi pakcik makcik ni lagi pagi keluar mencari rezeki. Ben Thanh memang buka seawal jam 7 pagi ye. pergi pagi-pagi ni lagi best sebab "pecah telur" atau apa entah orang panggil rezeki pertama di awal pagi so boleh bargain sepuasnya dan dapat harga murah. saya beli bag laptop ada orang kirim, VND 258,000 dan kerepek nangka setengah kilogram, VND 100,000. lupa nak beli kacang biji teratai masa ni! lepas tu nak ke museum, so jenjalan la dari market tu...


ini ciku ya. buah kat Vietnam semua besar macam ni!


salah satu bangunan kat dalam HCMC ni. ornag cakap buruk. 
bagi saya cantik. lain dari yang lain. okayh, saya pelik.


ini general hospital. sobs sobs daif sangat tengok hospital diorang. 
tetibe sayu rasa hati.


actually nak ke Fine Art Museum tapi masih tutup. awal sangat. bukak pukul 9 pagi. so kami ke HCMC Hall atau City Hall. arghhhhhh renovate la pulak! sama macam Post Office, diorang renovate bahagian luar. then kami teruskan perjalanan ke tempat lain pulak.


ini Saigon Opera House. masa ni rasa nak gelak pun ada. tengok diorang berhenti depan tu, lepak atas motor, park depan Saigon Opera House tengok performance. mengikut kata local yang ada situ, assembly performance ni macam free show setiap sabtu dan ahad. satu jam diorang perform. tapi kami duk dengar dua lagu je then terus patah balik ke Fine Art Museum. 



Fine Art Museum of Ho Chi Minh City atau nama Vietnam nya, Bảo Thàng Mỹ Thuật, entrance fee: VND 10,000 = RM 1.60. dalam ni ada segala jenis art zaman dulu sampai lah yang moden. ada artifak, ada ceramics, ada ukiran dan macam-macam. ada dua bangunan, so korang kena jelajah dua-dua!

 



ohmaigod ada harun salim bachik versi besi! haha!




fokus macam buat-buat paham seni sangat lah. 



anak-anak kecil Vietnam, pepagi buta datang Fine Art Museum untuk melukis dan mewarna. aktiviti hujung minggu. anak-anak kecil Malaysia buat apa? tengok kartun goyang kaki depan TV?

 

 

 



saya lagi teruja dengan architecture bangunan ni dari tengok lukisan so most of the time, Haziq je layan semua lukisan tu. saya ambil gambar tingkap la tangga la balkoni la apa lah. lepas tu paksa Haziq jadi model. hahaha! 

balik dari museum tu tetibe rasa nak makan aiskrim sebab masa melilau tadi banyak jumpa kedai aiskrim tapi tak jumpa dah, so another lepak minum air habiskan duit with Haziq. kami ke NYDC lagi, sebab dekat dengan hostel.


kami order Rasberry Tremble, VND 85,000 dan Everything's Just Peachy, VND 95,000. kedai ni nama air dia memang semua pelik. lepas tu cawan besar semua. puas hati walaupun mahal sikit!

 

masa nak balik tu macam sad lah jugak nak berpisah (konon!) dengan my dorm-mate, Janice, Julia, Aimie and Josefin. sebab banyak borak dengan diorang sepanjang tiga hari ni. lagi-lagi Aimie and Janice memang banyak cakap. sangat friendly and diorang lama gila travel! backpacking round Indchina betul ni. 


ini tour pakej yang disediakan pihak hostel. 
untuk korang rujuk. menyesal tak cuti lama sikit. kalau tak boleh pergi Cambodia naik sleeping bus. USD 11 je kot!



kami ke airport naik taxi/airport transfer yang hostel sediakan tapi bayar VND 160,000 la. malas nak cari bus sebab barang pun banyak. dua backpack, 1 bag lipat plastik memang full dengan kain je. bag kami 24.5kg masa balik tu!


ini makanan yang VN Airlines sediakan, entah apa masa ni takde selera nak makan sangat. bun dan potatoes je menarik perhatian. mungkin sebab penat gila dah masa ni,


salah satu sebab suka naik flight awal pagi atau lewat petang. sunset! oh tapi yang tak bestnya, sampai KLIA, bag saya tak sampai. airport staff cakap bag masih kat Vietnam dan akan sampai naik MAS malam tu jugak. masa tu blur rasa nak panik pun ada tapi nasib baik lah Haziq setelkan semua. kalau tak memang melangut blur kat tengah-tengah KLIA tu. 


untuk awak yang bernama Haziq Hafizuddin. terima kasih,  jadi travel partner saya kali ni. terima kasih kerana menghasut saya ke HCMC. tapi saya tak menyesal sebab we had fun kan? thank you for everything. 


okay, rest from travel. focus final exam. lepas tu boleh sambung jenjalan pergi tempat lain pulak.
tujuh negara ASEAN completed! another three entah bila nak habiskan. cuma tinggal Filipina, Cambodia, dengan Brunei je lagi. ada sesiapa nak sponsor ke? :p






You Might Also Like

14 comments

  1. Salam, sy nak tanya la. Duit Vietnam dong tukar kt malaysia untung ke atau tukar bila da kt sana. Lagi satu duit USD perlu bawa jugak ke??


    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. dulu tukar sana murah lg. saya bawak sikit je VND dr malaysia. hehehe. USD taj yaa bawak

    ReplyDelete
  3. oh ye ke. kt sana dorang jual barang banyak dalam VND atau USD..lagi satu no apa ya bas yang pergi ke benh than market. sebab saya ambil hotel area situ.

    ReplyDelete
  4. Hi again.

    Barang semua dlm MYR, USD atau VND. If they know kita dari malaysia mostly mmg banyak guna MYR. Maknanya kita ada 3 choices la. Guna usd opkos mahal. Better awak guna myr atau vnd la. 'Cm saya mmg guna vnd je semata2. Myr tak bawak sgt. Hahahah.

    Bus ke ben thanh tu no 152 awak. Ad kat entry hcmc pertama. Gambar pun ada. Tambang 5000 dong. Tp nnt tatau mana nak stop, bila awak nampak Cho Ben Thanh and dia stop kat roundabout besar, itulah dia haha

    ReplyDelete
  5. Hi, I'm a student that was interest about Ho Chi Minh city also, and what I want to ask u are, how much total u had spent at there for few days? Including accommodation transportation and meals? How much rate if I want to call a personal tour guide? Thanks if u can answer my question :)

    ReplyDelete
  6. @wei shen

    3D2N,

    hotel: RM30
    flight: RM380


    i didnt use any transportation there and just walk except cu chi tunnel i took package with the hostel tour. can refer in day 2 entry.

    i just bring 2,000,000 VND there :)

    ReplyDelete
  7. Slm nk ty.. dkt your first entry psl vietnam ni ckp bajet dlm 500 kn kalau utk jln2 je (excluding flight ticket). Itu hrga seorg or dua org ye? Tq

    ReplyDelete
  8. Assalamuailaikom

    Boleh xrekemen restoran halal yg murah di Ben Thanh..

    ReplyDelete
  9. Assalamuailakom
    Boleh x rekemen restoran halal harge yg murah di Ben Thanh...

    ReplyDelete
  10. @hisham , saya pun makan kat Hjh Basiroh je

    ReplyDelete
  11. tq for info...
    last research before my flight tomorrow... :)

    ReplyDelete
  12. Taw x mana kilang yang produce bag deuter?teringin nak pg tgok

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook