Wajah Baru P1 : Bersedia untuk ‘ReadyToP1ay’ bersama-sama anda

9:56 pm

Packet One Networks Sdn Bhd (P1) hari ini mengumumkan kempen terbaru, “Ready to P1ay” yang menawarkan  penggunaan Internet secara percuma pada bulan pertama  tanpa sebarang bayaran permulaan, sekaligus memberi ruang kepada  pengguna baru untuk mencuba rangkaian 4G P1 yang telah diperbaharui.


Kempen yang dilancarkan hari ini menampakkan keyakinan syarikat P1 terhadap keupayaan liputan rangkaian serta komitmen di dalam memberikan servis yang lebih baik kepada pengguna. Sepanjang berlangsungnya kempen ini, pengguna baru yang mendaftar bersama P1 akan menikmati servis percuma selama satu bulan tanpa sebarang bayaran permulaan.

Lai Shu Wei, Ketua Pegawai Pemasaran P1 yang memperkenalkan kempen terbaru ini berkata, tawaran terbaru ini merupakan kemuncak kepada hasil peningkatan prestasi rangkaian P1 setelah perjanjian bersama TM dan SK Telecom dimeterai.



“Kami ingin mengajak pengguna baru untuk merasai pengalaman menggunakan rangkaian 4G kami yang baru dipertingkatkan, kerana kami lebih yakin dengan kemampuan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik sekarang. Mengapa saya begitu yakin mengenainya? Ini adalah kerana kerjasama dengan TM yang diumumkan tahun lepas telah memberikan kami manfaat besar dari segi penambahan sumber untuk memperbaharui kekuatan dan kapasiti rangkaian kami. Oleh itu, melalui promosi tanpa bayaran permulaan ini, kami berharap untuk memberikan pengalaman lebih mudah untuk pendaftaran pelan kepada pengguna baru supaya mereka dapat mencuba merasai perbezaan rangkaian 4G P1.




 “Untuk jangka masa panjang, kami meletakkan perancangan untuk memastikan rangkaian kami sedia mudah alih melalui perlaksanaan 4G LTE. Dalam masa yang sama, kami akan mengoptimumkan rangkaian kami untuk meningkatkan kapasiti penggunaan dan menambahbaik pengalaman pengguna. Oleh itu, kami menggalakkan pengguna Internet untuk mencuba servis kami dan berkongsi pendapat mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung,” tambah beliau.
Kempen ini bermula hari ini dengan tempoh tawaran terhad. Sepanjang kempen ini, pengguna yang mendaftar untuk mana-mana pelan terpilih tidak perlu membuat sebarang bayaran permulaan. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati diskaun promosi satu bulan percuma, yang akan dipaparkan di dalam bil bulan pertama. Tawaran kempen adalah sah untuk Pelan ForHome®, ToGo® dan ForBiz® yang merangkumi kontrak 24 bulan.

Orang ramai juga boleh menyertai aktiviti dan pertandingan di halaman Facebook P1 – P1 Connect, di mana terdapat hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenang di sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

“Kepuasan pengguna kekal sebagai fokus utama kami. Seiring dengan langkah seterusnya bersama keluarga TM, terdapat banyak lagi pengumuman menarik yang akan kami umumkan tidak lama lagi. Semua inisiatif kami memberi keutamaan kepada pengguna, dan kami akan bekerja sekeras mungkin untuk memberikan pengalaman yang terbaik dengan menerokai cara bekerja yang baru dan menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain,” kata Shu Wei.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.readytop1ay.com.my

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook