Buffet Ramadhan di Rymba Haven, Nilai

9:03 am

 

Dah lama tak ke Nilai ni sebenarnya. Dulu waktu belajar area Beranang, setakat area-area sini memang dah biasa la datang kan. Lagi-lagi teman ibu shopping di Nilai 3. hahaha okayh, sekarang nak cerita pasal satu tempat makan best di Nilai! Nama tempat ni, Rymba Haven yang terletak di Nilai Perdana. Rymba Haven ni merupakan private venue untuk orang buat event, majlis perkahwinan, makan-makan dan sebagainya. Memang cantik sangat tempat ni dan more into nature sesuai dengan lokasinya yang terletak atas bukit Nilai Perdana.

Antara fasiliti yang ada di Rymba Haven ni ialah kemudahan tempat tinggal, Rymba Haven Santai Cafe, kolam, audio PA sound system, VIP room, balkoni untuk lepak bersama keluarga, karaoke, wifi, parking yang cukup luas untuk semua, dan juga kemudahan surau turut disediakan. Dewan dan anjung yang full aircond pun ada juga. Memang lengkap lah semuanya!

Sempena bulan Ramadhan ni, Rymba Haven ada jemput saya dan rakan-rakan lain untuk menikmati juadah Buffet Ramadhan yang disediakan. Fuh, juadah masakan kampung pulak. Lagi-lagi masakan Nogori memang masa sampai tu bau makanan je dah terliur tak sabar nak berbuka puasa! Jom kita tengok juadah apa yang ada sempena bulan Ramadhan ni:


Sayur Campur.



Tauhu Goreng Kacang Panjang


Satay


Ayam Goreng Berempah


Ikan Keli Goreng Berlada


Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Ayam Masak Merah


Kuih-muih dan Buah-buahan


Air Pandan Cincau & Air Sirap Laici


Masak Kuey Teow ke tu kakak? :p


ABC satu bang!

Dengan konsep nature hutan gitu memang best la suasana berbuka puasa disini. Walaupun choices of foods tak berapa banyak tapi masih berbaloi dengan harga sebab Daging Salai Masak Lemak Cili Api tu memang umph terbaik! Nak rasa masakan kampung nogori ni memang tempat yang paling terbaik untuk try. Tapi menu akan berubah dan bergilir-gilir setiap hari. Ye la nanti bosan pulak asyik sama je lauk setiap hari kan. haha!


Sambil makan, semua orang akan dihiburkan pulak dengan persembahan Cak Lempong oleh Kumpulan Bonang. Memang sedap je alunan lagu yang didendangkan terus menghangatkan lagi suasana bebruka bersama rakan atau keluarga. 

Harga Buffet Ramadhan Rymba Haven:

Weekdays: RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Weekend: RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)

Ya, weekend mahal sikit sebab ada kambing golek! Menu ni cuma ada Sabtu dan Ahad je okayh! 

Untuk maklumat lanjut tentang Rymba Haven:

Rymba Haven, 
Jalan Nilai Perdana 14, 
Taman Nilai Perdana, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan  

Phone: +606 799 1314 
Mobile: +6012 393 6442 
 Website: www.rymbahaven.com 
Facebook : Rymba Haven 
Instagram : @rymbahaven



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook