Lara Alana membintangi program realiti Lara Oh Lara

10:26 pm


 

Ini kali kedua saya bertemu dengan Lara Alana, puteri sulung kesayangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Si cilik comel ini sentiasa menghiburkan tetamu dengan keletahnya yang manja, riang, dan aktif. Tak takut orang budak ni, mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Ternyata kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Macam tu juga lah keletah Lara yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja, seperti Scha dan Awal. Baru sahaja masuk usia 2 tahun, Lara Alana kini meraih lebih 2 juta pengikut di laman sosial Instagram. Wah, lagi popular dari mummy daddy nampaknya ni! Follower Instagramnya juga bukan setakat dari Malaysia malah dari Brunei, Singapura, Indonesia dan dari Eropah pun ada!

Terbaru, si comel Lara Alana akan membintangi program realiti tentang kehidupannya bersama ibu bapanya pasangan selebriti romantic, Awal dan Scha menerusi program Astro terbaru, Lara Oh Lara (LOL). Sudah pun menemui penonton di kaca televisyen pada 17 Ogos 2016, dan menjadi trending di Twitter dengan hashtag #LaraOhLara! Nampaknya memang betul Lara Alana ini ibarat satu fenomena di Malaysia.



Menerusi program Lara Oh Lara ini, penonton akan dapat mengikuti perkembangan Lara sambil mengekori lebih banyak aktiviti berbeza berbanding apa yang dikongsi di laman sosial selama ini.  Kiranya, macam eksklusif dan lebih banyak lagi anda boleh ketahui tentang Lara Alana dalam program Lara Oh Lara ni. Program yang akan bersiaran selama 13 episod ini akan menyelami kehidupan berwarna warni Lara Alana, seorang puteri yang mempunyai sifat ingin tahu dan periang, selain memaparkan mereka sekeluarga berhadapan dengan pelbagai situasi menarik.




Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, "Lara berada pada usia yang comel, di mana dia sedang belajar berbahasa, menyanyi, menerokai dunia di sekelilingnya dan mencuba aktiviti baharu. Program Lara Oh Lara akan memperlihatkan dan mengabadikan kenangan-kenangan manis yang dilalui oleh Awal, Scha dan Lara serta menyelitkan klip-klip eksklusif yang tidak pernah ditonton sebelum ini. Kami berterima kasih kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana sudi berkongsi kehidupan mereka serta apa yang mereka pelajari sepanjang mendidik puteri tersayang. Setiap gerak dan geri Lara mampu mengukir senyuman sesiapa sahaja yang melihatnya. Berada pada usia yang memperlihatkan kecomelannya, sudah pasti ramai peminat Lara yang sentiasa menantikan gelagat serta aksi lucu si manis Lara ini”.

Penonton Lara Oh Lara akan disajikan dengan pelbagai pengalaman pertama Lara seperi bertemu haiwan comel di Farm of the City, bermain di taman hiburan, mengikuti aktiviti sekolah dan meluangkan masa bersama datuk dan nenek. Di samping itu, menerusi percutian istimewa Lara ke Jepun bersama pihak penaja rancangan; Yakult, anak kecil ini didedahkan dengan pelbagai kebudayaan Jepun yang berwarna-warni!

Lara Oh Lara turut menampilkan kehidupan seharian Awal dan Scha dalam mengurus kehidupan anak perempuan kesayangan mereka itu. Di samping itu, pasangan ini akan turut berkongsi apa yang telah dipelajari sepanjang mendidik dan membesarkan puteri mereka ini. Setiap episod mempunyai tema berbeza yang relevan kepada ibu bapa di luar sana dan mana lah tahu boleh juga dijadikan panduan kan untuk ibu bapa yang lain?

Antara paparan menarik Lara Oh Lara ialah apabila beberapa rakan selebriti Awal dan Scha diberikan tugasan menjadi pengasuh Lara! Mampukah Zizan Razak yang terkenal dengan lawak bersahajanya itu menawan hati Lara? Berjayakah pelakon kacak Remy Ishak melayani telatah Lara? Dan apakah pengalaman Dynas Mokhtar atau Liyana Jasmay sebagai ibu membantu mereka berinteraksi dalam Lara? Semuanya dapat disaksikan dalam Lara Oh Lara. Ratu Rock negara, Ella dan suaminya Kapten Azhar Huzaimi Ghazalli juga turut tidak ketinggalan menyertai skuad ‘babysitter’ Lara. Bukan itu sahaja, Ella turut menyumbangkan satu lagu baharu berjudul  "Permata" untuk dijadikan lagu tema siri ini.


Lara Oh Lara akan mengisi slot eBu dan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123. Peminat juga boleh turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut mengenai eBu, layari www.eBu.com.my.




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook