Hotel Hipster & Trendy: Hotel Adhisthana Yogyakarta, Indonesia

10:51 pm


Berkesempatan untuk travel ke Kota Yogyakarta atau Jogja, bulan Oktober yang lepas bersama 4 orang rakan yang lain. Tapi maaf banyak-banyak sangat tak sempat menaip entri full tentang perjalanan 5 hari 4 malam di Jogja lagi sebab busy yang amat buat thesis. Tapi sebab ramai tanya dimana saya stay di Jogja, saya rajinkan diri cerita pasal hotel yang cool dan awesome ni dulu ok? Malam pertama dan kedua saya di Kota Jogja, saya menginap di Hotel Adhisthana, yang terletak di Jl Prawirotaman 2, Mergangsan, Yogyakarta. Percayalah, jejak kaki ke sini pun dah terus boleh buat jatuh cinta dengan dekorasi dalaman hotel ni!


Terletak di Jalan Prawirotaman yang sememangnya terkenal dengan area hipster oleh para pelancong dari luar, bila tengok dari luar pun dah tahu dah ni memang hispter teruks ni. Habis lah gambar kat Instagram semua gambar kat Hotel Adhisthana je haha! Berhadapan juga dengan Sellie Coffee, salah satu lokasi pengambaraan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), dimana pertemuan semula antara Cinta dan Rangga menjadikan hotel ini memang terletak di lokasi strategik dan tumpuan ramai.

Uniknya tentang hotel ini, hampir kesemua dinding dihiasi dengan dekorasi tingkap dan pintu lama. Klasik dan hipster digabung untuk jadi tema menarik Hotel Adhisthana ni. Dinamakan Adhisthana yang diambil dari bahasa Sanskrit bermaksud "dirahmati", saya akui Hotel Adhisthana memang sebuah hotel yang sangat relax, tenang, and feels like home!


credit gambar; Yazid Izzat


credit gambar; Yazid Izzat

Dihiasi stail Eropah dan Chinese, dekorasi dalaman Hotel Adhisthana juga masih mengekalkan elemen Javanese untuk terus mengangkat tinggi adat dan budaya Jawa disini. Sebagai seorang gadis keturunan Jawa yang dah macm pulang ke kampung halaman ni, memang saya rasa macam happy je dapat peluang untuk tinggal di Hotel Adhisthana ni. Bila lagi nak belajar adat dan budaya asal usul kita kan? 



credit gambar; Yazid Izzat


credit gambar; Yazid Izzat

Di Hotel Adhisthana memang semua pengunjung akan rasa seperti berada di rumah sendiri. Dengan ruang tamu, taman, kolam renang, tak ubah seperti berada di rumah sendiri! Bila tak kemana-mana atau di waktu petang nak santai di tepi kolam sambil membaca buku dan sejukkan badan di kolam renang memang rasa relax je hilang segala penat lelah kan? Di ruangan tengah pula ada taman kecil untuk ruangan rehat minum kopi bersama kawan-kawan. Dikelilingi dengan pokok-pokok dan tanaman hijau yang lain, aduh memang rasa best je lepak sini.  



Di ruang tamu juga diletakkan beberapa sofa untuk ruang membaca dan chill bersama kawan-kawan. Hah bahan membaca dan board game juga disediakan! Game tradisional pun ada tau. Dah malam tak kemana tu boleh la chill layan main game dengan kawan-kawan atau guest lain kan? Masa ni lah nak kenal-kenal dengan traveller lain!


credit gambar; Yazid Izzat


Di Hotel Adhisthana, ada beberapa pilihan bilik yang disediakan - Dorm, Superior, Deluxe dan Studio Suite. Untuk dorm memang menarik lelaki dan wanita diasingkan. Untuk lelaki, dorm 8 katil dan untuk wanita pula dorm 6 katil. Setiap dorm lengkap dengan lampu membaca, soket universal, dan juga drawer untuk menyimpan barang. Selain akses Wi-Fi, bilik air di dorm ini, dorm ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin!

credit gambar; Yazid Izzat


Saya tinggal di Deluxe Twin Room Middle Floor, yang dilengkapi dengan dua katil single. Bilik memang sangat bersih dan cantik, dihiasi dengan dekorasi dalaman berelemenkan batik Indonesia. Lengkap dengan meja tulis, TV 32 inci, dan kemudahan-kemudahan lain. Lengkap serba serbi! Untuk 1 malam, dalam IDR 438,000 termasuk sarapan pagi. Tapi dari 14 November hingga 31 Disember 2016 katanya ada promosi special "Stay 3 Pay 2" dimana jika korang menginap 3 malam, tapi bayar hanya untuk 2 malam sahaja! 

Jangan lupa untuk bermalam di hotel hispter dan trendy ini!

Adhisthana Hotel 

 No. 613, Jl. Prawirotaman 2, 
Mergangsan, Yogyakarta, 
55153 Indonesia
Tel: +62274413888 


















You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook