Review: Smartphone GT Mobile GT-888

5:07 pm



Sejak meninggalkan dunia iOS, dan kembali semula ke dunia Android phone ni, memang rasa lebih mudah menggunakan Android. Dan baru-baru ni bila diperkenalkan dengan smartphone terbaru di pasaran Malaysia iaitu GT Mobile dari GT Group yang HQ nya di Singapura, terus teruja tengok phone GT Mobile model GT-888 ni. First impression saya masa bukak kotak, cantiknya design macam iPhone sikit-sikit. Tapi nipis, sleek design dan color metal grey memang buat jatuh cinta!



Bila unboxing kotak GT-888 ni, dalam kotak macam biasa ada earphone, charger semua. Tapi paling best GT-888 ini dah siap-siap dilekatkan screen protector, dan ada extra lagi screen protector dan plastic rubber phone casing dalam kotak. Bagus kan? Tak payah pening nak cari dah screen protector dan phone casing GT-888 di kedai. Ye la, phone baru mesti susah nak cari accessories tambahan. Dan phone baru kena la extra care takut tercalar ke apa, sayangnya alahai. Ini spefikasi GT Mobile model  GT-888:




Dengan hanya 2GB RAM dan processor 64Bit MTK MT6735P Quad Core 1.0GHz CPU, kita tak boleh lah expect GT-888 ni high-end sangat kan. Sesuai untuk mild user, dan tak main game ke apa yang akan buat phone lagging. Starting phone memang agak slow loading sikit, tapi so far bila dah on phone and belek menu dan apps yang ada memang smooth. Terbaik. Untuk yang macam saya tak main game dan guna untuk social media je, GT-888 ni memang sangat ok! 

Charger yang digunakan memang standard Android phone yang lain so takde masalah untuk terlupa bawak cable ke apa, boleh pinjam kawan-kawan. Tapi kalau jenis yang tak penyabar tu sesuai pakai GT-888 sebab, fast charging weyh! Dalam masa 15 minit, dah cecah 35%. Kejap je bateri dah fully charged dan takde isitilah kelam kabut nak keluar lupa charge phone dah. Dan dengan kapasiti bateri 2550mAh, not bad kan? Tahan lah jugak takde la nak charge selalu je.

 

 

Apa yang saya suka tentang GT-888 ni ialah design. Dah cakap kat atas tadi design ala-ala iPhone sebab nipis, dan curvy! Berdimensi 158.99 x 77.5 x 8.6 mm, design GT-888 ni memang sangat nipis, dan beratnya cuma 160g! Senang nak selit masuk dalam handbag dan kalau carry phone lain pun masih muat dalam handbag kecik molek tu. Mudah pergi event nak snap gambar ke apa ada backup phone ye dak? Dah la screennya saiz 5.5" 2.5 Arc screen yang mempunyai teknologi IPS yang terbaru, HD, clear dan warna yang sangat konsisten. Screennya pula diperbuat daripada Gorilla Glass 3 yang memang 300% shatterproof dan anti-calar.

Power button dan volume button GT-888 terletak di bahagian kiri, yang mungkin korang yang biasa guna Android phone akan rasa weird sikit. Ye la selalunya belah kanan. Tapi sebab iPhone yang saya guna sekarang pun buttonnya sebelah kanan, so tak la rasa janggal. USB port dan earphone jack terletak di bahagian atas, dan speaker terletak di bahagian bawah. Sound system memang terbaik! Sebab tak test lagi lah letak lagu banyak-banyak ke apa tapi bila bukak radio pun audio sangat clear, dan best expecially if korang turn on BesLoudness (volume booster untuk speaker) atau Lossless BT mode (High quality BT audio).

Di bahagian belakang GT-888 pula terletaknya kamera 8MP OV8865, yang memang perform sangat masa low-light, dengan 0.3 sec focus. Korang boleh ambil gambar dengan mode HDR, Panorama, Fisheye, Night Mode dan Voice Commands. Untuk kamera bahagian hadapan pula 5MP OV5648. 

 

GT-888 ni walaupun memory dalaman cuma 16GB, dan saya pasti korang tak boleh hidup punya kalau jenis suka selfie, dan selalu ke event. Mana cukup 16GB ye dak? Jangan risau, GT-888 ni boleh diletakkan memori tambahan sehingga 64GB! Hah, selfie ler korang sepuas hati. 

Lagi best, dalam GT-888 ni dah siap install aplikasi GT Dollar dan GT Watch yang juga keluaran GT Group. Mudah untuk korang shopping ke nak cari tempat makan ke apa dengan aplikasi terbaru ni yang akan menghubungkan korang dengan peniaga atau merchant diluar sana. Hah best gila kan GT-888 ni? Dah jatuh hati? More info tentang GT Mobile GT-888 boleh rujuk di website mereka: www.gtmobile.sg.



You Might Also Like

1 comments

  1. Phone Gt888 dah sampai ke tangan aeysha sebab dia suka tangkap gambar..hehehe. Now dia jadi pembantu mak dia tangkap gambar review..:D

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook