Bufet Ramadhan Selera Warisan Negeri di Restoran Bijan

8:42 am


Dah dekat bulan Ramadhan ni memang la berderet jemputan ke Bufet Ramadhan. Salah satu tempat faveret saya dan Shafiq ialah Restoran Bijan. Macam biasa, kemeriahan menyambut bulan Ramadhan terasa hangat di Restoran Bijan baru-baru ni. Dengan tema Selera Warisan Negeri, tentunya menu semua memang unik dan resepi warisan turun temurun.

Tahun ni, menu akan di rotate 4 kali, melambangkan 4 zon Malaysia, iaitu utara, selatan, timur dan tengah. 



Dekorasi dalaman Restoran Bijan ni memang romantik gitu. Selalu makan sini dengan cik abang mula la feeling romantik haha. Kemas, tersusun, agak privacy kadang-kadang, dan makanan yang sedap sebab tu Restoran Bijan sentiasa menjadi pilihan hati kami.



Kerutup Itik dan Ketam Berlada ni dah memang macam faveret sepanjang zaman weyh! Air tangan Chef Shawal tak pernah mengecewakan anak tekak kami ni. Secukup rasa untuk merasai menu klasik begin




Makanan klasik lain yang boleh didapati di Bufet Ramadhan Selera Warisan Negeri ni ada lah keropok lekor, serabai, laksa kedag, sambal hitam pahang,  lontong, gulai daging umbut, solok lada, asam pedas daging tetel, pengat ubi keledek ahhh semua menu warisan negeri ada dihidangkan! Mengimbau memori kanak kanak sebab kita ni gadis desa, dibesarkan dengan masakan kampung je. Ceh haha.

Bufet Ramadhan Selera Warisan Negeri available dari tarikh 29 Mei hingga 23 Jun 2017, jam 7pm hingga 930pm. Hanya RM110 nett untuk seorang, tapi kalau early bird cuma RM100! Early bird voucher boleh dibeli di Restoran Bijan atau di aplikasi Tableapp atau di website mereka di www.bijanrestaurant.com .

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh email di [email protected] atau hubungi 03-20316568.



You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook