Suds And Lattes Cafe - laundry cafe di Mutiara Damansara!

1:08 am


Laundry Cafe -- konsep yang cuba dipertengahkan oleh Suds And Lattes Cafe di Mutiara Damansara. Diusahakan oleh Puan Zalina, yang mempunyai perniagaan dobi dah lama lah kiranya, dan idea untuk buka Laundry Cafe ni datang bila ramai customer dobi nya bertanya jika ada jual minuman atau makanan ketika menunggu pakaian dobi siap. Ting! Ting! Terus idea bukak Suds & Lattes Cafe, berkonsepkan laundry cafe ni terhasil. 
 


Kesibukkan warga bandar terutamanya, selalu kita pun duk hantar je pakaian untuk dicuci tu ke dobi kan? Mana lah ada masa nak jemur baju sendiri kalau dah keluar bekerja waktu sebelum matahari terbit, balik  kerja selepas matahari terbenam. End up, semua hantar dobi kalau dah terlalu lama terkumpul dalam laundry bag tu. Agak bagus jugak ada konsep laundry cafe ni, ye la, kadang kala kalau pergi hantar baju kat dobi pun eh eh terserempak pulak dengan jiran satu kawasan atau kawan-kawan ke. Dah terserempak tu mula lah berborak lama berdiri kat kaunter tu. Bagus ada laundry berkonsepkan kedai kopi ni. Lek lek je ajak member mengeteh pulak kan? Terbahagi kepada dua seating area iaitu indoor dan outdoor, hah nak berasap kejap sepam dua pun boleh lepak sambil minum ha.

Oh ya, servis yang disediakan untuk mendobi ialah laundry, fold and press. Kat sini bukan dobi layan diri ya! Ala yang masuk token, lepas tu tekan-tekan, tunggu macam onggile 30 minit. Bukan! Ni konsep drop baju, lepas tu ambil kemudian. Ada orang cucikan la pakaian kotor korang tu. Atau, korang boleh stay and tunggu pakaian siap dicuci dan sambil tu minum dan makan di cafe. 

 

 

Pada 7 Mei 2017 yang lepas merupakan Majlis Perasmian Pembukaan Kafe Suds & Lattes di Mutiara Damansara. Memang ramai orang sebab ada diskaun sempena pembukaan kan? Pelbagai jenis makanan dan dessert menanti untuk masuk ke anak tekak. Kopi semestinya wajib juga untuk dicuba ketika di Suds & Lattes ni. 

 

 

Majlis turut diserikan dengan anak yatim yang dirai, penyanyi popular Aiman Tino dan Sufian Suhaimi, serta pengacara majlis petang itu ialah Ikhwan Kool FM. Makanan yang terhidang lebih kepada western fusion type, dan dessert-dessert yang sangat sedap! Meleleh air liur masing-masing melihat dessert yang memang nampak sedap! Presentation tip top habis. 

 





Antara menu yang disediakan ialah Thai Beef Salad, Pasta Pesto with beef, Spaghetti Carbonara with chicken, Turkey Lingonberry Sandwich, Eggs Benedict, Shrimp Taco (with guac and fries), Beef Taco (with Sriracha and fries), Beef Taco Burger. Ada sebilangan menu disini diinspirasikan dari Puan Zalina sendiri. Manakala signature atau menu wajib cuba disini ialah Puding Jagung. Katanya, Puding Jagung disini resepi turun menurun keluarga Puan Zalina sendiri dan resepi tu dah berusia lebih 50 tahun! Wahhhhh~ Untuk yang berminat nak datang hantar pakaian untuk dicuci sambil menikmati makanan disini boleh rujuk maklumat dibawah:

Lokasi: 
 3-1, Jalan PJU 7/7A, 
Mutiara Damansara, 
 47800 Petaling Jaya, Selangor 
 (bersebelahan dengan kedai makan Selera Impian) 

 Waktu Operasi: 
 10.00 pagi – 10.00 malam (
Tutup Isnin) 

 Tel: 03-77321771 

 Facebook Rasmi: 

 Instagram Rasmi: 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook