Review: Althea Bare Essentials untuk kulit sihat dan cantik

5:21 am



Bila Ney ke Jepun dan Korea, Ney terpaku melihat kecantikkan kulit diorang. Nampak bersih dan cantik je kulit mereka. Apakah rahsia agaknya selain menjaga pemakanan, mesti set penjagaan kulit mereka juga bagus kan? Hah, siapa teringin nak kulit sihat dan cantik persis gadis Korea?  Semua orang mesti nak cantik kan?


Baru-baru ni Ney teruja bila dengar gossip yang Althea, platform online shopping barangan dari Korea akan keluarkan skincare mereka sendiri iaitu Althea Bare Essentials. Punya tak sabar terus order sebab nak jadi antara yang terawal cuba skincare baru mereka ni. Tapi dalam bulan tu banyak jugak lah shopping di Althea haha! Macam hari-hari posmen datang hantar kotak pink. 

Biasa kita dengar cerita orang Korea ni jaga muka, rutin harian sampai 10 jenis produk nak kena tepek hari-hari, gila penat nak cantik! Tapi, dengan Althea Bare Eseentials, katanya hanya dengan 3 langkah  langkah mudah, korang semua boleh dapat kulit persis bintang K-Pop. Dah masuk umur 30 tahun ni memang malas dah nak luangkan masa lebih lama depan cermin. Bila dapat set penjagaan kulit muka yang senang dipakai ni, memang seronok! Adakah Ney terus jadi Song Ji Hyo lepas pakai Althea Bare Essentials ni?



Althea Bare Essentials Contour Cleanser

Contour Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit dan mengandungi Ice Plant (Sea Marigold) untuk menghidrasikan lagi kulit muka, memberi kelembapan yang optimum dan mengurangkan kemerahan kulit muka. Selain tu Contour Cleanser juga mengandungi Ekstrak Lemon Myrtle yang kaya dengan Vitamin C dan anti-oksidan yang tinggi. 

Apa yang bestnya Contour Cleanser ni, ia akan membantu untuk membentuk muka kita lebih kepada V-Shape! Wah dah nama pun Contour kan? Tapi masa basuh muka tu kena la buat urutan di muka sikit, hah massage gituh untuk membantu peredaran darah yang sempurna. Dari dagu tolak ke tulang pipi, dan buat urutan dalam bentuk bulatan. Tekstur Contour Cleanser ni mempunyai micro capsules yang akan membantu sebagai exfoliate, perlahan-lahan akan mencair ke dalam kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati dan segala kekotoran di kulit. Kulit terasa segar selepas cuci muka dengan Contour Cleanser ni dan bau lemon tu memang menyegarkan. Harganya cuma RM 23.00 sahaja untuk 150g Contour Cleanser ni, murah kan?


Althea Bare Essentials Primer Water

Lepas cuci muka, pasti kulit muka kita kena tepek toner kan? Primer Water ni kiranya macam toner la tapi dia 2 in 1 gituh, Primer dan Toner. Mudah kerja bila dah sekaligus sebotol macam ni. Dihasilkan dengan kandungan Snow Lotus, Primer Water ini juga lengkap denggan teknologi 'dewdrop' yang dipatenkan untuk bantu proses penghidratan untuk menembusi lapisan kulit, seterusnya memancarkannya untuk kulit kelihatan lebih muda. Kulit akan mendapat kelembapan serta-merta dan membolehkan ia meresap ke dalam untuk hasil yang terbaik dari dalam. Cantik luar dan dalam lepas pakai Primer Water ni hah. Cuma perlu tuangkan sedikit di atas tapak tangan, sapu secara rata di kulit muka dan tepuk-tepuk perlahan untuk lebih meresap. Memang ternyata cepat meresap, bau sedap, tidak berminyak atau terlalu cair, dan kulit semakin lembut bila pakai. Harganya cuma RM43.00 sahaja, untuk 200ml Primer Water.




Althea Bare Essentials Fixer Cream

Tak lengkap rasanya kalau dah guna Contour Cleanser dan Primer Water tapi tak guna Fixer Cream ni. Seeloknya guna satu set untuk kesan yang lebih optimum. Fixer Cream ini akan membantu untuk melembapkan lagi kulit muka korang selama 24 jam, dan menberi khasiat tambahan anti-oksida dari ekstrak the hijau. Kandungan lain seperti ekstrak baobab tree juga akan membantu untuk kolagen dalam kulit kita leboh produktif bekerja. Mudah, Cuma perlu sapu secara rata di kulit muka selepas menggunakan Primer Water. Ney suka cream yang tidak melekit dan mudah meresap macam ni. Harganya cuma RM 50.00 sahaja, untuk 50g Fixer Cream ini.



Kesimpulannya untuk menjadi cantik seperti Song Ji Hyo, Ney cuma perlukan satu set lengkap Althea Bare Essentials ni. Haha! Satu set cuma RM 118.00 sahaja, memang sangat berbaloi! Kat mana boleh beli Althea Bare Essentials ni? Hah terus ke www.my.althea.kr sekarang untuk pembelian! Jom jadi cantik sama-sama.

You Might Also Like

1 comments

  1. wow... teeuja sungguh dapat produk korea.. licin gitu kulit. anjal toing toing.. hahaha..

    kak nowa pun suka tektur dan bau dia.. best..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook