Putus Tunang? Mangsa Ada Hak Tuntut Ganti Rugi! - Peguam Syarie

5:52 am


Berlambak berita tentang putus tunang, dan cerita-cerita tragis yang Ney selalu dengar. Bukan baru benda ni, dah banyak kali jadi jugak dengan kawan-kawan disekeliling Ney. Tapi, jika pasangan memutuskan pertunangan di saat akhir menjelang perkahwinan, apa hak dan keadilan untuk kita? Ada Ney baca banyak artikel dan ulasan Peguam Syarie di negara kita ni tentang undang-undang yang mengatakan mangsa berhak menuntut ganti rugi. Betul ke?



Credit: World Of Buzz

Bila berbicara tentang kes putus tunang ni, teringat pulak kes kawan Ney di Twitter yang viral, @ezrinmn yang masih dalam proses kes tuntutan ganti rugi pertunangan. Bayangkan lah, belanja sampai RM30,000 tetibe tunang mintak putus. Menghitung hari je la nak disatukan. Sakitnya tuh di sini.. Dan memang sampai sekarang mengikuti perjalanan kes tuntutan dia.

Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak atau kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.


Apa yang kebanyakan kita tidak tahu dan sedar adalah pertunangan atau pertunangan itu bukan sekadar adat sebenarnya. Ia juga diiktiraf dan sebenarnya digalakkan di bawah undang-undang Islam. Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :

 "Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar."
-- Surah Al-Baqarah 2 : 235.

Dalam hadith yang sahih pula, Nabi Muhammad s.a.w. berkata:

"Apabila seorang daripada anda bertanya kepada seorang perempuan dalam perkahwinan, jika dia dapat melihat apa yang akan mendorongnya untuk menikahinya, dia harus berbuat demikian. Jabir berkata saya bertanya seorang gadis dalam perkahwinan. Saya biasa melihatnya secara rahsia, sehingga saya melihat apa yang mendorong saya untuk menikahinya. Oleh itu, saya berkahwin dengannya."
--Saheeh Muslim.

Credit: Twitter @nndshf

Dugaan darah manis orang kata, masa bertunang ni lah paling mencabar. Tengah proses mengenali hati budi lebih mendalam, datang pula orang ketiga yang merosakkan hubungan. Malunya rasa bila kad dah edar, dewan dah tempah, busana perkahwinan dah siap, catering dan pelamin dah bayar deposit. Banyak kos kahwin ni tau? Tak ke sedih rasa hati bila tiba-tiba putus tunang? Perasaan malu lagi la nak kena tanggung.  Macam mana dengan kos yang dah dibayar ni? Boleh ke tuntut pampasan untuk segala perbelanjaan persiapan perkahwinan? Boleh ke nak tuntut ganti rugi sebab malu?

Sabar, memang putus tunang ni ujian dari Allah tapi ada hikmahnya. Atleast Allah nak tunjuk belang sebenar pasangan.  Dan jangan risau, korang memang berhak untuk tuntut ganti rugi. Ney ada terbaca ulasan dan rujukan kes  Peguam Syarie Faiz Adnan tentang satu kes ni mangsa dikenali sebagai Nur dari Bangsar yang putus tunang sebulan sebelum perkahwinan.

Mengikut undang-undang di Malaysia, dan kerana Nur adalah dari Bangsar, yang bererti dalam wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, oleh itu menurut Seksyen 4 Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (ringkasannya adalah IFLA) yang menyatakan;

"Akta ini layak untuk semua orang Islam yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan kepada semua orang Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan dan yang tinggal di luar Wilayah Persekutuan".

Seksyen 15 IFLA pula menyatakan;

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian BOLEH DITUNTUT MELALUI TINDAKAN DALAM MAHKAMAH.” 

Credit: Twitter @ezrinmn

Peruntukan-peruntukan di bawah IFLA dan hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan disebut di atas memang amat bersesuaian dengan kes Nur atau mana mana individu yang putus tunang dan tak tahu sebenarnya hak korang boleh dituntut! Negara kita ada ada undang-undang. Korang boleh kemukakan tuntutan ganti rugi pertunangan ni di mana mana Mahkamah Syariah melalui Peguam Syarie yang dilantik dengan syarat, ada bukti-bukti masih tersimpan seperti resit dan dokumen hitam putih yang lain. 

Hakim akan menentukan kos yang tepat untuk ditanggung oleh pihak yang ingkar atas langgar janji pertunangan. Tapi, Ney nasihatkan untuk korang dapatkan konsultansi dan bantuan Peguam Syarie yang lebih pakar sebab kes-kes macam ni agak rumit dan dan merangkumi undang-undang dan hukum syarak. Kalau nak direct konsultansi dan pertanyaan, boleh terus call/sms/whatsapp Peguam Syarie Faiz Adnan: +6012-6676200 atau terus ke https://peguamsyariefas.com.my/hubungi-kami/ . Jaga hak kita, apa boleh tuntut, kita tuntut! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook