Teater MUD The Musical Kembali Lagi!

12:53 am


Sejak bertahun-tahun yang lalu, Ney dah layan Teater MUD The Musical ni. Teringat 3 tahun yang lepas, Ney siap dapat naik pentas join sama teater muzikal diorang ni. Salahs atu sebab Ney suka dengan MUD The Musical ni sebab diorang banyak interaksi bersama penonton. Sekali sekala kena heret atas pentas berlakon sekali haha! Tak sangka, dah penghujung tahun 2018 ni MUD The Musical kembali lagi!

Kali ni, MUD kembali dengan nafas baru. Apa yang berbeza dengan MUD sebelum ni, tahun ni mereka bergabung dengan pelakon-pelakon cilik dari Enfiniti Juniors (EFTJ) dari Enfiniti Academy. Enfiniti Academy ni akademi seni yang ditubuhkan untuk tujuan menggalakkan lagi minat bakat-bakat muda terhadap dunia teater dan menariknya kat akademi ni juga, bakat-bakat muda ni berpeluang untuk berlakon teater bersama-sama dengan pelakon-pelakon professional yang lain.


Teater MUD The Musical - The Story of Kuala Lumpur diterbitkan oleh Enfiniti Production telah dipersembahkan selama 3 tahun sebelum ni di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. MUD ni juga telah diiktiraf oleh Malaysia Books of Records sebagai the longest running show di Malaysia! Fuh, ye lah sebab lama jugak bertahan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur tu. Selama 3 tahun kat sana pun, Ney dah berulang kali tengok persembahan diorang ni. MUD ni mengisahkan tentang sejarah penubuhan Kuala Lumpur zaman dulu kala pada tahun 1850. Mamat, Meng dan Muthiah ni dari kampung pergi ke Kuala Lumpur kononnya untuk memulakan kehidupan yang baru dan mencari rezeki untuk teruskan kehidupan. Sepanjang mereka di Kuala Lumpur, pelbagai dugaan dan cabaran mereka terpaksa tempuhi. Hah kalau nak tahu asal usul penubuhan Kuala Lumpur, hah masa ni lah untuk korang belajar sejarah kita. Jangan duduk je KL tapi tak tahu sejarah KL ye dak? Kalau nak baca buku sejarah pun macam bosan sampai tertidur, korang wajib tonton persembahan teater MUD The Musical ni.


Persembahan selama 75 minit memang tak terasa sangat pun. Terhibur dengan keletah pelakon cilik dari Enfiniti Junior yang memang berbakat semuanya. Rasa macam terhanyut dalam sejarah bila masa part Kuala Lumpur terbakar dan banjir lumpur pad atahun 1881. Ni memang fav moment Ney kalau tonton show MUD. Bila Kuala Lumpur terbakar, pelakon teater semua ajak penonton sama-sama membantu untuk memadamkan kebakaran. Bertungkus lumur semua cedok air guna baldi dan berkerjasama dengan orang kampung masa tu. Lagi satu masa banjir lumpur pula,  para pelakon tetaer akan tarik satu kain besar ke arah penonton seakan-akan boleh terasa banjir lumpur tu betul-betul berlaku! Bayangkan macam mana lah tok nenek kita zaman tu bila terpaksa melalui bencana besar ni? Lagi satu scene Ney suka masa Kenduri Kampung dan Joget Lambak tu sebab pelakon akan berinteraksi dengan para penonton juga untuk sama-sama rewang membantu penduduk kampung masak untuk kenduri dan berjoget lambak bersama. Meriah kan? Seronok tengok tetaer yang ada interaksi dengan penonton macam ni. Kita pun tak bosan, tak mengantuk dan feel macam tetaer benar-benar hidup!



Salah satu lagi benda menarik untuk Teater MUD The Musical kali ni semestinya penampilan pelakon popular Nabila Huda dan anaknya Keisha di atas satu pentas persembahan yang sama. Tak dinafikan, Nabila Huda memang semua ornag tahu dia berbakat besar tapi tak sangka bakatnya juga dah menurun ke anaknya Keisha. Watak Nabila Huda sebagai Mak Puteh memang menghiburkan dan kecoh sekampung kalau masa scene dia ni. Seronok juga bila tengok tetaer ada elemen komedi macam ni. Lagi satu, pelakon-pelakon asal MUD - The Story Of Kuala Lumpur seperti Anding Indrawani, Nasz Sally, Fiza Thomas, Anwar Rusdini, Zukhairi Ahmad, Hans Shahredza dan Lily Terindah juga turut bergabung dengan para pelakon Enfiniti Juniors dalam beberapa persembahan terpilih dan kali ni mereka sebagai pelakon pembantu. Wahhhh mesti menarik tengok pelakon asal MUD dengan pelakon baru MUD bersama-sama buat persembahan kan?



MUD the Musical: The Story of Kuala Lumpur akan dipersembahkan dari 14 hingga 22 Disember 2018 di The Platform, Menara KEN, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Tiket dijual pada harga RM55 hingga RM105. Waktu persembahan ialah:

14, 15 21 & 22nd Disember 2018
8.30 malam

16, 18, 19, 20 & 22 Disember 2018
2.00 petang 

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan tiket boleh terus ke website www.enfinitiacademy.com/mud/ atau follow Facebook Enfiniti Academy dan Instagram @enfinitiacademy . Enjoy the show guys!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook