Jualan Tiket Konsert Westlife The Twenty Tour 2019

4:50 pm


Kali terakhir Westlife satu kumpulan datang ke Kuala Lumpur untuk buat konsert, tahun 2011. Ney ingat lagi masa tu, Westlife umumkan nak berpecah lepas tu konsert tu kira macam farewell konsert lah untuk Asia. Yiiihhh! Terus Ney beli tiket VIP masa tu tau sebab pikir depa tak mai dah Malaysia. Baru-baru ni mereka bergabung semula (tanpa Brian) dan buat konsert lagi! Wahhhhh Westlife nak datang Malaysia lagi!


Siapa yang lahir sebaya Ney tahun 80an, membesar di zaman 90an, pasti korang membesar bersama lagu-lagu Westlife kan? Lagu macam Uptown Girl, Flying Without Wings, Swear It Again, If I Let You Go, My Love, Seasons In The Sun dan banyak lagi. Tapi dulu Westlife berlima ada Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, Shane Filan dan Brian McFadden tapi kini, mereka cuma berempat tanpa Brian. 


Konsert Westlife The Twenty Tour 2019 adalah anjuran bersama MacpiePro & Universal Music Malaysia. Yang bestnya, bukan cuma sehari, tapi dua hari konsert mereka di Malaysia! Rasa istimewa tak peminat Malaysia? Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang 
menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife! Konsert akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, pada 8 & 9 Ogos 2019, dan bermula dari jam 8.30 malam. Allahu buat konsert 5 hari lepas birthday Ney. Ini hadiah hari jadi paling best in my life nampaknya! 


Berikut adalah zon dan harga tiket bagi konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ di Malaysia:

ZON VIP - RM693 
ZON UNGU - RM373
ZON MERAH - RM573 
ZON HIJAU - RM273
ZON KUNING - RM483


Tiket akan mula dijual pada 13 April 2019 iaitu Tiket Pra-Jualan, jam 11am di Atria Shopping Gallery. Jualan tiket online pula akan bermula pada 14 April 2019, jam 12pm di laman web rasmi MacpiePro: www.macpiepro.com dan juga di aplikasi MMspot. Pasti ramai "camping" di Atria awal kan? Wahhh tak sabarnya! 

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro 

Media sosial Universal Music Malaysia


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook