Jom Sama-Sama Makan The Chicken Rice Shop!

12:41 am


Betul ke minggu ni kalau datang The Chicken Rice Shop bayar RM10 dapat DUA set nasi ayam? Yes! Laju je korang kan kalau dengar promosi makanan murah macam ni? Sempena pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, diorang buat promosi RM10 untuk 2 set kombo single meal. Bukan sekadar nasi ayam, dengan air sekali dia bagi. Murah gila?


Apa yang perlu korang buat ialah datang bersama kawan (minimum 2 orang) dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Tapi digalakkan datang awal la sebab sesak gila ramai beratur sejak jam 12 tengah hari tau! Promosi ini sah sehingga 5 Julai 2019.

Hanya 10 outlet terpilih sahaja yang ada promosi RM10 ni: IOI City Mall Putrajaya, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Central i-City, AEON Mall Shah Alam, KL Gateway, One Utama, Melawati Mall, Subang Parade dan Sunway Putra Mall. 


Set Kombo Single ini termasuk dengan soft drink dan pilihan ayam; ayam stim, roasted atau soy sauce. Memang puas hati lah RM10 share dua orang baru RM5 sorang je kan? Kami terus terjah TCRS datang beramai-ramai waktu lunch hour. Puas hati!



Apa lagi korang? Masih ada masa sehingga 5 Julai 2019 untuk terjah The Chicken Rice Shop di 10 outlet terpilih. Jom kita sama-sama makan! 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook