Debaran 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34)

3:03 am



Pejam celik pejam celik dah nak tiba ke malam final Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) . 12 orang finalis AJL34 nampaknya semakin berdebar  menantimalam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik. Agaknya lagu manakah yang bakal menjadi pemenang?



Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti. 

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya. 

Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini. Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri. 

AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.


Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. 

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out."

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.


Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita).T ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).

Sementara itu, peminat masih berpeluang  membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook