Kedai Ayamas Mengimbau Memori Lama

5:49 pm


Bila ternampak Kedai Ayamas, pasti kenangan lalu mengimbau kembali. Masa Ney belajar di UTP dulu, ada kiosk Ayamas dekat Chancellor Complex. Bila ada gap class, mesti singgah beli sausage atau ayam panggang untuk alas perut makan sama-sama dengan kawan-kawan. Fuh, memang faveret semua student masa tu. Teringat pulak memori tu.



Sekarang, Ney selalu lepak Aman Central Alor Setar sejak Ney stay sini. Kedai Ayamas antara pilihan selalu untuk makan bersama keluarga. Dah lebih 30 tahun usia Kedai Ayamas, memang dah sebaya Ney la! Kedai Ayamas adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation. Kedai Ayamas juga kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. 


Bukan sahaja ayam, sesuai dengan tagline diorang "More Than Just Chicken". Dekat Kedai Ayamas, korang juga boleh cuba menu "Ready-To-Eat" lain contohnya Nasi Biryani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai dan lain-lain lagi. Sejak musim COVID-19 ni lama betul tak singgah Kedai Ayamas. 




Di awal pembukaan Kedai Ayamas dulu, cuma ada satu je menu iaitu Golden Roaster, sekarang ada dua lagi pilihan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu Pepper Roaster dan Percik Roaster. Tapi faveret Ney dulu kini dan selamanya mestilah Golden Roaster! Ayam panggang, kulit ala ala crispy sikit terpanggang tu, and rasa manis madu memang makan sikit tak cukup. Terus tambah berkali-kali.





Untuk Pepper pulak, ayam diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat gituh! Manakala Percik pulak, ayam dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik. Boleh teringat musim bulan puasa la lepas makan Ayam Percik di Kedai Ayamas ni. Lagi-lagi sebab ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.





Kedai Ayamas jugak ada aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Untuk yang tak makan nasi macam Ney, memang pilihan pasta la di hati.  Carbonara diorang sedap tau! 



Ney suka ke Kedai Ayamas hari Khamis sebab ada Thursday Special tau! Banyak set berbaloi boleh try. Setiap 15hb dan 30hb pulak, ada diskaun harga ayam panggang di Kedai Ayamas. Oh ya, Kedai Ayamas jugak ada set jimat dengan menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM11.50 sahaja setiap hari. Selagi boleh jimat, kita jimat. Janji perut kenyang.



Musim PKPB dan COVID-19 ni, kalau teringin nak makan Ayamas, order food delivery via Foodpanda atau GrabFood pun boleh. Sedap jugak kalau sekali sekala belanja keluarga kan? Sekaligus boleh tambah kenangan bersama Kedai Ayamas. Jangan lupa kongsikan gambar korang menikmati hidangan Kedai Ayamas di laman social korang dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan ini berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. Wah kalau dapat voucher boleh makan lebih banyak Ayamas! 


Jom semua kita terjah Kedai Ayamas sekarang! 



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook