MALAM BERSAMA ANAK YATIM & PREBIU BUFET RAMADAN

8:38 pm


Menara Alor Setar dengan kerjasama Segi Seri Sdn. Bhd. melalui Starsky Restaurant & Lounge menyajikan sajian “Citarasa Tanpa Sempadan” bersempena Iftar Ramadan di Restoran Berputar Menara Alor Setar mulai 14 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang – 9.30 malam (Setiap Hari).



Beberapa hari lepas Ney berkesempatan untuk hadir ke Majlis Makan Malam Bersama Anak Yatim dan Prebiu Bufet Ramadan bersama dengan anak – anak dan penjaga dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Insan Berkat. Kami disajikan lebih 60 jenis hidangan campuran dari masakan “ala kampung” dan masakan barat. Antara menu utama sepanjang Iftar Ramadan di Starsky Restaurant ialah “Grill Lamb, Japanese Teppanyaki, Chicken Chop Set, Laksa Johor Special” yang merupakan menu istimewa “Citarasa Tanpa Sempadan”. Betul-betul tanpa sempadan menu nya.





Sajian “Citarasa Tanpa Sempadan” ini adalah hasil kerjasama strategik antara Segi Seri Sdn. Bhd. dan pihak pengurusan Menara Alor Setar dalam usaha mempromosikan Menara Alor Setar sebagai salah satu tarikan utama lokasi yang mesti dilawati. Kadar sajian bagi Dewasa ialah RM70.00 sahaja manakala kanak-kanak ialah RM38.00 sahaja. 

Menara Alor Setar adalah menara telekomunikasi ke-2 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 165.5 meter dari aras laut. Ianya diuruskan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd iaitu anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM). Selain menjamin kemajuan dan kelancaran sistem telekomunikasi dan penyiaran, Menara Alor Setar juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung antaranya Pelantar Pemandangan yang terletak di aras 88 meter menyediakan kemudahan 5 set teropong automatik kepada pengunjung secara percuma.


Turut menjadi tumpuan adalah Restoran Berputar Menara Alor Setar iaitu Starsky Restaurant & Lounge yang menyediakan pelbagai menu ‘ala carte’ kepada pengunjung yang ingin menikmati menu di kayangan dan meraikan hari istimewa sambil menikmati pemandangan Bandaraya Alor Setar dan sekitarnya yang indah di ketinggian 94 meter. Restoran ini juga sesuai untuk semua majlis seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Majlis Berinai, Majlis Makan Tengahari, Majlis Ulangtahun Perkahwinan, Majlis Perjumpaan Pelajar dan pelbagai lagi.

Menara Alor Setar juga turut menyediakan dewan untuk sewaan kepada yang ingin mengadakan Mesyuarat, Seminar, Kursus, Majlis Makan Tengahari, Majlis Minum Petang dan pelbagai lagi kepada semua Agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Korporat, NGO, Persatuan-persatuan yang ingin mengadakan program di Megaview Banquet Hall di ketinggian 100 meter.

Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung di Menara Alor Setar, pengunjung turut  ditawarkan untuk merasai pengalaman baru di Star View iaitu kotak kaca di pelantar pemandangan terbuka di ketinggian 105 meter dan menikmati pemandangan yang indah apabila waktu ‘Sunset’.

Para pengunjung yang ingin merasai sendiri pengalaman unik seperti berdiri di udara sambil menikmati panorama indah siang dan malam bandaraya Alor Setar, dapatkan pakej – pakej yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan dan Pemasaran ditalian 04-720 2901 dan layari:

Website: www.menaraalorsetar.com.my

Facebook: Alor Setar Tower l Menara Alor Setar

Instagram: @menaraalorsetarofficial.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook