Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia Bantu Kanak-Kanak OKU Seluruh Negara

7:19 am

Sambil baca news di internet, ternampak pula satu berita yang sangat menarik hati sis. Ayatnya berbunyi sebegini:

Keperluan kanak-kanak OKU Perlis mendapat perhatian RMHC Malaysia dengan pelancaran Biik Terapi Sensori RMHC Golongan asnaf Perlis dibantu dengan sumbangan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000.

Baru perasan, ini adalah sumbangan dari McDonald’s Malaysia dan RMHC iaitu Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia. Untuk pengetahuan ramai, McD sangat aktif dalam program kebajikan dan memberi sumbangan. Sumbangannya pula bukan sikit-sikit, tetapi dalam bentuk besar dan bermanfaat untuk ramai orang.

Pelancaran Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis 

Bertempat di Kangar Perlis, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) telah menyumbang Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis. Majlis pelancaran sumbangan bilik terapi yang ke-34 di Malaysia ini diadakan pada 28 Februari 2022.

Majlis telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut dihadiri dalam majlis ini adalah YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

Untuk pengetahuan anda, sejak 1999 lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. 


Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR)


Salah satu program dan sokongan RMHC Malaysia adalah memastikan keperluan kanak-kanak berkeperluan khas dan yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya dari golongan B40 ini lengkap dengan baik.


RMSR menyediakan bilik terapi sensori deria dengan peralatan multi-sensori yang serba lengkap berfungsi merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu.


Tujuan utama RMSR adalah untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas serta kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.


RMSR yang telah disumbang oleh RMHC Malaysia di A-Heart Perlis ini merupakan sumbangan dan sokongan mereka terhadap program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis. Program ini telah dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.


“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”


RMHC bukan sahaja menyumbang kepada bilik terapi ini sebagai kemudahan, tetapi turut menyediakan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini. Bertuahnya kita pada hari ini kerana masih ada syarikat yang sangat peka dan prihatin seperti McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia.


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Dan Program Dianjurkan


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald sangat aktif membantu masyarakat Malaysia. RMHC yang merangkumi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald sebelum ini telah berjaya membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia suatu masa tersebut.


Program ini menjadi rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia dengan kos tajaan yang melebihi dari RM3.7 juta, bahkan ia telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bilik terapi sensori terbesar ini adalah untuk membantu memberi manfaat kepada kanak-kanak OKU dan yang memerlukan.


McDonald’s Malaysia juga memberi sumbangan zakat korporat. Setiap tahun malah dianggarkan juga lebih dari 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.


Program kebajikan yang turut diadakan adalah seperti sumbangan makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s pada bulan Ramadhan nanti.


Penyerahan Bayaran Zakat Korporat Oleh McDonald’s Malaysia


“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”

Sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam, McDonald’s Malaysia tidak lari dari berbakti membayar zakat. Dalam majlis pada hari tersebut juga, telah diadakan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Zakat korporat bernilai RM100,000 itu disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar kepada Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs


McDonald’s Malaysia sangat prihatin akan nasib masyarakat di luar sana yang memerlukan. Semoga dengan sumbangan zakat korporat ini dapat membantu ramai orang yang memerlukan terutamanya golongan asnaf.


Kesimpulannya, McDonald’s dan RMHC bantu kanak-kanak OKU Malaysia dan seluruh negara dengan aktiviti yang dianjurkan. Semoga Masyarakat Malaysia terus menyokong usaha baik McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia dan dipermudahkan segala urusan kita semua.




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook