kehilangan permata dunia

1:07 am


mukadimah entri ini adalah dimulakan dengan satu pertanyaan. ada sesiapa mahu menaja saya sebuah kerusi urut ogawa? kerusi urut ogawa ye bukan perempuan urut maria ozawa. sesungguhnya saya keletihan kemengantukan kepenatan dalam sebelas jam perjalanan pulang ke UTP malam tadi.

terima kasih kepada pilot bernama Fitri yang berjaya membawa saya pulang dengan selamat. saya masih jetlag hingga kini. ecehhh..bajet naik flight balik Toronto la kan? kenapa sebelas jam? sebab kami bikin filem tujuh perhentian malam tadi. setiap perhentian makan masa satu jam hingga dua jam. apakah?


saya juga adalah sangat terkilan kerana impian untuk makan triple cheese burger di McDonalds tidak kesampaian gara-gara McDonalds Genting Sempah yang seperti sampah itu kehabisan stok daging burger. saya hampir-hampir mahu order sate ayam dan rendang malam tadi di McDonalds. sesungguhnya, mulai hari ini saya boikot McDonalds Genting Sempah. hanya francais itu ya. tempat lain saya hentam, makan saja.



kenapa makanan menggemukkan itu juga saya mahu makan? kerana saya telah terpengaruh dengan encik lobak emas di Twitter. beliau hari-hari mahu makan triple cheese burger untuk menggebukan lagi tubuh badan beliau. saya juga tidak faham menagapa beliau sangat menggemari triple cheese burger. mungkin beliau terlalu gemar akan tagline McDonalds?
"A Tale Of Love And It's Twist"

sudah merepek. langsung tiada kena mengena dengan tajuk entri kali ini. kehilangan permata dunia? siapakah?



1. Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya



2. Artis Haji Mohd. Rajoli (M. Rajoli)



3. Blogger Nadia (Toh Tuan Tanah)




sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada.
T______T



You Might Also Like

7 comments

  1. Al-fatihah.. yang hidup pasti merasai mati. dan yang pergi tidak akan kembali

    ReplyDelete
  2. al-fatiha.. mereka dah pergi.. kita cuma menunggu giliran.. masing2 ada no dah..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah... setiap insan yang hidup pasti akan menemui ajal walau dgn cara yg sgh menyakitkan hati

    ReplyDelete
  4. al-Fatihah. hmmmm.
    yan terkejut dengan kehilangan M. Rajoli tu :(

    ReplyDelete
  5. btoi ke TTT dah meninggal????
    baru tahu nih

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook