Petua Rambut Sihat

2:42 am




Rambut adalah mahkota wanita dan semua sudah tahu fakta itu. Namun setiap wanita pasti ada masalah yang tersendiri mengenai rambut masing-masing. Ada antaranya sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk perawatan. Sebenarnya ada kaedah ringkas yang boleh kamu amalkan untuk merawat rambut sekali gus memberikan kesan yang maksimum. kenapa tidak kita guna sahaja petua nenek moyang kita bukan? kat bawah ni petua untuk rambut sihat atas permintaan Cik Ain:


Petua Melebatkan Rambut

Sapukan minyak bijan di akar rambut atau kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa.
(saya tidak pernah buat tapi tips ni khas dari kedai mapley yang selalu saya lepak untuk anda semua...hehehe~)

Selain itu, boleh juga ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minit, selepas itu bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya. 
(yang ni pun saya tidak pernah buat lagi. daun bunga raya pernah la masa kecik-kecik dulu...)

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tidak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Caranya, dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Daun bunga raya juga bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut. Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.
 (hah yang ini memang pernah buat. try lah....best gila rasa kulit kepala tu...)

Selain itu, daun inai juga boleh digunakan. Ambil sedikit daun inai dan tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyallah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.
(ini memang tidak pernah try lagi...)

Petua Hilangkan Kelemumur Rambut

Campur air perahan limau nipis dgn sedikit air dan kemudian, lumur pada kulit kepala. Boleh juga kumpul embun pada awal pagi dan usapkan pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala.
(ini memang saya amalkan lebih-lebih lagi sebab saya selalu sakit kepala dan ya, saya tiada kelemumur di rambut)

Petua Menghitamkan Rambut

Bakar isi kelapa tua kemudian di parutdan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya. Kalau nak lagi senang, beli sahaja inai rambut kaler hitam di kedai.
(tidak pernah amalkan kerana rambut saya semulajadi hitam campur coklat dari kecil)

Petua Untuk Rambut Kering

Rawatan minyak panastentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan padan rambut menggunakan jari. Kemuadian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam20 minit dan bersihkan.
(selalunya saya mandikan rambut saya dengan air panas je sambil lumur dengan perahan limau nipis)


Itu sahaja petua-petua tradisional yang boleh dikongsi bersama untuk Cik Ain dan semua yang membaca. Rambut saya tidak lah sihat mana pun sebab masih mengalami masalah keguguran rambut. tapi untuk rambut saya, saya selalu pakai shampoo dan conditioner 3 kali seminggu, treatment wax 2 minggu sekali, dan leave-on moisturizer setiap hari. untuk rambut cepat panjang, saya selalu gunting hujung rambut saya sebulan sekali dan saya jarang ke saloon untuk rambut saya ni sebab bahan kimia akan merosakkan struktur rambut. oh ya, jangan ikat rambut dengan kerap sebab itu saya selalu lepaskan sahaja rambut saya dan jangan warnakan rambut untuk kekal rambut sihat. :)

You Might Also Like

5 comments

  1. oh petua untuk rambut kering amat berguna untuk saya. haha tenkiu kak ira! :D

    ReplyDelete
  2. ok,petua rambut gugur tu nak try!thanksss ;)

    ReplyDelete
  3. kaum lelaki boleh ke amalkan petua tu.. :D

    ReplyDelete
  4. saya nak petua cerahkan bahagian kelopak mata boleh tak? maksud sye ..mata sye mcm mate panda...ada lingkaran gelap..mcm mne nak hilangkannye?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook