Projek Khas Ramadhan: Tadarus Al-Quran oleh Dunia Sebelah Zara

1:41 am



Seorang blogger ternama (eceh ayat tak boleh blah) iaitu Shafaza Zara telah berbesar hati untuk mengajak rakan-rakan di alam maya; penulis blog, pembaca blog, dan pengguna twitter untuk sama-sama menyertai program khas ini. Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan ini. program yang sama pernah diadakan ada tahun lepas dan sekali lagi akan diadakan tahun ini. Petikan dari blog Zara;


Aku bercadang untuk mengumpulkan sesiapa yang berminat, tidak kira kamu adalah penulis blog, pembaca blog, pengguna Twitter, ataupun sekadar terjumpa penulisan ini untuk sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan dengan projek ini. Cadangan yang mahu diutarakan :

1. Mengumpul sesiapa yang berminat untuk menyertai projek kecil ini.

2. Membahagikan juzuk-juzuk Al-Quran untuk dibaca. Kalau ada yang mahu mengajak ahli keluarga ataupun sahabat handai untuk turut serta adalah digalakkan, jadi ada seseorang untuk menyemak bacaan anda.

3. Peringatan : Harus jujur dalam pembacaan. Ini elemen penting memandangkan kita semua jauh daripada antara satu sama lain.

4. Menetapkan satu tarikh agar semua orang sudah tamat dengan tugasan masing-masing.

5. Majlis khatam Al-Quran - Baiklah, aku bercadang untuk mengirimkan sedikit saguhati ataupun cenderamata kepada sesiapa yang sudi menyertainya. Kalau ada kesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai, aku akan berusaha untuk menjayakannya.

Maka, cadangannya adalah memberikan seorang rakan, seorang tiga juzuk. Maka, dalam satu kumpulan, ada 10 orang, insyaALLAH, pusingan untuk khatam 1 Al-Quran dapat dicapai. Objektifnya, dari segi penyemakkan bacaan, boleh dilakukan secara konvensional (anda boleh meminta rakan sebilik, rakan sekerja, rakan sekuliah, keluarga untuk menyemak bacaan anda), dan boleh mengajak mereka bersama-sama dalam aktiviti ini juga. Untuk menyertai:


1. Tinggalkan komentar anda beserta nama, tarikh dan kumpulan serta juzuk yang anda berminat di entry blog Zara.

2. Tinggalkan juga alamat email ataupun Facebook, ataupun Twitter anda.

3. Ahli keluarga, sahabat handai yang berminat juga boleh.


Projek akan berlangsung sepanjang Ramadhan. Terbuka sampai sebelum 28 Ogos 2011. Secara rasmi akan bermula pada 1 Ogos 2011. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Zara di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

You Might Also Like

2 comments

  1. Ternama la sangat.
    Pitam. Hahaha.

    Thanks sayang!

    :)

    ReplyDelete
  2. ko join jugak ieyra? bagus r. aku pon sama. kita berbloggings smbil eratkan ukhuwah. :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook