Review: Real Steel

8:09 am



Pada hari jumaat yang lalu, selepas pulang dari kerja dengan memakai baju pergi kerja (sangat tidak senonoh) saya dan Zamani Sukri terus menuju ke Berjaya Times Square untuk menonton wayang. filem kali ini adalah Real Steel. iya, rasanya tidak perlu saya menaip dengan penuh skema macam skrip dalam Masterchef Malaysia itu. entah hape hape entah. baiklah, mari cerita perjalanan hidup kami yang penuh liku hari jumaat lepas.



keluar pejabat kira-kira jam 530 petang, saya agak kelam kabut sekiranya tidak sempat sampai ke sana, 40 minit sebelum waktu tayangan. iyalah, tiket reserve kan. lebih kalut, Zam dah sampai lama kat sana. ok, itu tidak mengapa. bukankah seharusnya lelaki yang menunggu? ahaks! then, sampai terus ambil tiket, dan makan kat Oldtown! tapi kami berasa sangat kecewa kerana roti bakar itu adalah hangus teruk. mungkin, pekerja oldtown tidak puas hati kami order roti sahaja semata-mata maka beliau tidak ikhlas buat kerja. tapi, walaupun hangus teruk......



...kami tetap makan roti bakar hangus itu dengan rakusnya. dah nama pun lapar gila kan? lepas dah habis belasah roti tu, terus pergi beli popcorn pulak. masa tu Zam dah geleng kepala tengok kebarangkalian untuk saya banyak makan. ok, sila abaikan bahagian ini. 


eh terasa comel pula gambar muka pucat lesi melekit berpeluh kepenatan baru pulang dari kerja ini. kami lah pasangan bekas kekasih yang comel. heh? sekali lagi, sila abaikan bahagian ini. mari baca review saya tentang Real Steel. balik kepada tajuk utama, saya nak review dalam bahasa paling mudah dan pantas. Real Steel mengisahkan Charlie Kenton yang gila bab tinju robot ni. kononnya, zaman tu (tahun 2020 tak silap) memang pemes lah robot boxing ni. masa tu Charlie ada robot nama Ambush, cuba masuk pertandingan robot lawan seladang. malangnya, hancur teruk Ambush tu. heh, betul ke nama Ambush? hentam je la. lepas tu, tetibe dia dapat tahu bekas kekasih dia dah meninggal dan Charlie akan diberi hak penjagaan anak luar nikah dia, Max. memang lah Charlie yang dah serupa robot ni taknak jaga anak dia Max dan nak serahkan Max pada makcik Max. tapi dia ada taktik kotor lain, suruh suami kepada makcik Max ni bayar dia 100 ribu kalau nak suruh jaga Max untuk beberapa minggu. 

dapat duet, terus beli robot baru nama Noisy Boy. sekali lagi, tak pasti betul tak nama robot. memang robot ni super cool, malang nya kalah lag sebab Charlie ni jenis berlagak dan tamak. lepas tu boleh pulak Charlie dan Max terjumpa robot lama nama Atom kat tempat pelupusan sampah. apa jadi lepas tu, kena lah korang tengok kat pawagam berdekatan ye tak? bagi saya, memang best gila movie ni. dua jam lebih tak terasa lama sebab jalan cerita menarik, dan saya pun terasa nak boxing Zam kat sebelah. heh? nak tahu tahap IMBA movie ni, boleh lah segera terjah semua pawagam yang ada, dan tonton. jangan menyesal ye kalau tak tengok! :)


nota besi: tetibe je habis entry. 

You Might Also Like

6 comments

  1. aku suka gigi emas budak punk tu,haha

    ReplyDelete
  2. haha memang sepasang kekasih yg comell.btw,first time drop by here. nice blog:)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan dari blog bangkukosong!

    saya pun dah tengok real steel ni, memang best and superb!!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook