Nurul Syuhada Nurul Ain letak jawatan

7:09 pm


Pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatannya di TV3 dipercayai bermula hujung bulan ini. Sebab perletakan jawatan beliau dikatakakan untuk menumpu sepenuh perhatian kepada keluarga dan menyambung pengajian. Tapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya juga mempunyai kaitan dengan kritikan yang dilempar kepada beliau atas kenyataan Bintulu "daif" ketika lintas langsung Perarakan Merdeka 31 Ogos yang lalu.

“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku" - Nurul Syuhada Nurul Ain



Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku. Pihak pengurusan media TV3 juga telah mengambil langkah yang sama. Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Dari laman Facebook Nurul,

“To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of ‘daif’ needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u.”

Dari Laman Twitter Nurul,

“Terima kasih atas teguran. Saya mengakui kesilapan saya yang tidak disengajakan. Things happen during live show."

“So so sorry. Mohon maaf dari kekurangan diri. Saya tersasul. Terima kasih atas teguran.”

Sementara itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu itu timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.

“Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas. Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut”

Wallahualam...katanya nak letak jawatan dari TV3 sebab keluarga dan belajar. mungkin isu Bintulu "daif" itu kebetulan terjadi. dia pun dah mengaku tersasul. kan? (:

You Might Also Like

2 comments

  1. Kesian dia....cantik bertudung..

    ReplyDelete
  2. "terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara boleh letak jawatan" - Peribahasa Moden. :P

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook