Camping Trip: Bukit Broga, Selangor - Port Dickson, N9 - Pulau Intan, Melaka (Day 2)

3:31 am

hari kedua di Port Dickson, saya bangun awal. terus sediakan breakfast. saya bawa roti sebuku, bawang seulas, sos cili dua paket kecil dan sardin satu tin. sandwich sardin! sambil makan, tengok berpuluh kapal terbang lalu atas kepala. Tak payah susah-susah pakai DSLR, atau susah-susah nak zoom jauh-jauh nak ambil gambar, pakai phone terus dapat amek gambar mcm ni. Haha! Gila rendah terbang kitorang duk main teka teki kapal terbang airline mana yang lalu.

sandwich habis okayh lapar memasing bangun tido kecuali Haziq la bangun lambat! lepas habis makan terus buat aktiviti berenang di tepi pantai. ye lah mandi pepagi takde la rasa panas terik membakar kulit sangat.




masa ni Aika tak sihat so Aika jaga khemah, kami mandi! bawak phone masuk laut sebab ada casing Hypergear. waterproof so boleh la ambil gambar apa semua. Haziq masuk laut dia sambung tido. yup, serious dia tidur!



masa ni dah jam 11 pagi, air surut gila semula. sama macam tengah malam tadi. boleh berjalan sampai ke pulau hujung sana. haha! kesian abang-abang banana boat takde customer. then kami bersiap-siap mandi semua and lepak kejap dalam khemah sebelum bergerak ke tempat lain. actually no plan. ingat nak balik KL terus tapi macam awal sangat. so Haziq ajak ke Avillion Admiral Cove tengok kapal parking kat yatch. dia cakap situ cantik sebab dia pernah pergi. 



its totally awesome here! macam orang-orang kaya sangat datang lepak sini. eksaited tengok kapal semua. bestnya kalau pergi holiday naik kapal camni. okayh feeling scene ombak rimdu sekarang!



 


kat sini memang best. no womder orang cakap Avillion ni mahal. bilik 1 malam pun ada yang sampai beribu beriban. air laut sini cantik color biru. and ofcourse memang bersih. kapal mewah semua. angin kat sini sangat kuat so tudung penyek, terbang kesana kesini tu memang expected lah.

 


adegan sugar mommy bersama anak ikan sedang bercuti di hotel mewah katanya. 

  

i just....fall in love with them again and again. A journey is best measured in friends, rather than miles. 

after Avillion, masa tu dalam kereta semua blur nak kemana lagi. mana plan apa-apa so kami google, jumpa pasal Tanjung Tuan. terus pecut ke sana! jauh jugak lah rupanya sampai ke Melaka sana. hahahaha. 


tiba di parking, semua yang pakai selipar, tukar kasut tapi paling out is Robel. pakai jeans, kasut baldu and kemeja macam nak pergi kerja. haha! masa ni tatau lagi azab yang bakal dihadapi. rupanya kena hiking bagai!


tiket masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan adalah RM1! 


masa tengok jalan tar tu lega la kononnya sekali jalan bapak jauh lahhh baru nak jumpa rumah api. on the way naik siap jumpa ada orang bukak baju sambil jalan kaki turun bukit sebab peluh sakan. 


FINALLY jumpa rumah api tanjung tuan ni! tapi bukan boleh masuk pun. rasa kecewa sikit masa tu mengenangkan peluh sakan nak sampai atas ni. 


rupanya sini tempat burung-burung berhijrah jugak. perghhhh! baru tahu. lepas tu masa tengok maps ni kami macam teruja balik rupanya banyak benda boleh explore tapi tak tahu sangat apa yang ada. so kami ikut rentas rumah api...menuju ke tempat burung selalu berhijrah tu walaupun tahu bukan musim lagi.


si Haziq ni memang suka bergayut di mana-mana sahaja. laluan rentas rumah api ni memang hutan. tapi lepas tu... kami last-last jumpa pulak sign ke Pulau Intan, Melaka. what? pulau apa ni? 



Yang ni lagi susah dari Broga sebab banyak jalan curam, lalu bawah dahan pokok, panjat batu bagai. Dan sayang hutan ni tak dijaga sebab sampah merata-rata. Kayu platform viewing point dah usang dan dimakan anai-anai. Viewing point pun tak nampak apa sebab banyak dahan pokok dah tumbang haha! Tapi berbaloi usaha penat lelah sebab macam jumpa hidden place. memang dari atas ni nampak dah dari celahan pokok-pokok...cantiknyaaaaaa laut! terus tak sabar nak turun ke bawah. 

 

 


This is the hidden place. HEAVEN ON EARTH! It's Pulau Intan. Ramai berpatah balik half way ke Pulau Intan sebab tak larat nak melalui jalan yang teruk dari Tanjung Tuan. Syukur, kami sampai sini sebelum air pasang. Best gilaaaaaa!




scene ombak rindu dimana-mana sahaja. masa ni semua orang sibuk nak try naik atas batu and bergambar. Robel je relax tidur atas pasir. lepas tu kami macam bosan and nak try explore Pulau Intan ni. jenjalan sampai hujung jumpa lorong kecil macam kena tutup dengan pokok. pergh nampak laut! terus try ke sebelah sana pulak. 


berlakon tu perlu walaupun prop cuma pokok. haha!



tadaaa kami jumpa kawasan berbatu and semua teruja nak memanjat batu pulak! 

 



silhoutte terbaik dalam gambar. memang cantik Subhanallah tempat ni. lepas tu dalam pukul 6 petang nampak air macam nak naik dah sebab kawasan berbatu kami lalu tu dah naik air. oh my...air pasang!. masa patah balik kat tepi pantai tadi pun tengok batu ombak rindu tadi dah tenggelam. we must go back now!



alang-alang ada area Tanjung Tuan, terus saya suggest ke Blue Lagoon. orang cakap, sunset cantik sini! Subhanallah memang cantik sangat sunset kat sini. teruja lain macam!




sampai matahari betul terbenam lah duduk sini. masa ni DSLR Aika saya dah buat macam harta sendiri dah. hahahaha sebab eksaited nampak sunset. sedih iPhone habis battery. so tak boleh nak hyperlapse. huuuu... 


 
 


sebelum balik ke KL., kami masuk PD semula tu....singgah Cowboy Place. ni tempat yang Robel suggest banyak kali nak makan sini. interesting deco. all about cowboy. and menu cuma satu, Nasi Kukus Ayam Panggang. satu set RM6 tak silap. saya makan ayam je. nasi diorang sebat. watermelon juice kat sini sedap! 1 jug RM30. 

Maka, journey CNY berakhir disini. Completed jelajah 3 negeri dan segala pantai dan hutan dalam masa dua hari satu malam. Broga Hill, Selangor, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tanjung Tuan dan Pulau Intan,Melaka. Total Cost: RM30 seorang. 





















































































You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook