Musim Baru Oh My English! : Class of 2015

1:36 am


Oh My English! Class of 2015 kembali menemui penonton mulai 1 November ini  dengan jalan cerita yang lebih menarik berkisarkan persahabatan, tahun akhir persekolahan dan juga masa depan. Dengan mengekalkan misi menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menyeronokkan, siri popular ini membariskan bintang-bintang ternama untuk berganding dengan watak-watak kesayangan kelas 5 Merah. Episod baharu Oh My English ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November 2015.





Oh My English Class of 2015 kali ini mengangkat tema persahabatan, tahun akhir persekolahan dan masa depan sebagai tarikan utama. Persahabatan yang kukuh dapat dilihat menerusi ikatan yang dibina  antara pelajar kelas 5 Merah yang juga merupakan pelajar tahun akhir  sekolah tersebut. Kini sudah tiba masanya mereka memikirkan perancangan masa depan masing-masing. Apabila mereka meninggalkan SMK Ayer Dalam sesudah tamat sesi persekolahan, kenangan manis dan memori bersama sahabat-sahabat lain pastinya menjadi ingatan terindah ketika mereka meneruskan kehidupan.



Episod baharu bermula dengan kisah pelajar-pelajar 5 Merah merindui cikgu Bahasa Inggeris kegemaran mereka, Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang memilih untuk terus mengajar di SK Dalam Ayer yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Malaysia. Bukan itu sahaja, malah See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Taylor (Juliana Evans)  kini terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris dengan guru Bahasa Inggeris baharu, Miss Nurul (Cristina Suzanne). Ketika asyik menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, mereka juga berdepan dengan dilema membuat keputusan memilih haluan karier masing-masing. Wahhhh! dah nak kerja dah diorang kannn?

Sementara itu, guru-guru di SMK Ayer Dalam juga berhadapan dengan cabaran dan perjalanan penuh emosi mereka yang tersendiri. Apakah perasaan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) apabila mengetahui Mr Middleton akan terus mengajar di SK Dalam Ayer? Bolehkah Cikgu Bedah (Sherry Al-Hadad) menyesuaikan diri dengan Sarjan (Rahim R2) selepas perkahwinan mereka? Benarkah Miss Soo dilamun cinta dengan kehadiran jejaka tampan lagi budiman lakonan Shaheizy Sam yang buat pertama kalinya tampil dalam Oh My English?

 

Selain Shaheizy Sam, bintang undangan lain termasuklah atlet gimnastik Malaysia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi dan juga pemain bola sepak Tottenham Hotspur, Eric Dier. Supermodel antarabangsa kelahiran Malaysia, Amber Chia juga akan memperagakan catwalk terbaiknya di SMK Ayer Dalam. Tambah menarik lagi, Sasha Saidin akan membuat kemunculan istimewa sebagai kakak Mr Middleton yang sanggup datang  dari United Kingdom untuk melawatnya!

Peminat rancangan ini dijemput bersama-sama meraikan persahabatan dalam Oh My English musim ini melalui kempen istimewa ‘Friendship Awards’. Mereka boleh menghantar foto  yang diambil bersama sahabat karib masing-masing untuk memenangi kit persahabatan Oh My English yang cukup eksklusif. Kempen ini bertujuan untuk membuka peluang para peminat Oh My English menyatakan penghargaan mereka kepada sahabat masing-masing. Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh didapati melalui Facebook Oh My English!. Haaaaa Neyra dah ada tau Friendship Kit tu! BEST GILA!


Sebanyak 10 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Episod baharu Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 1 November 2015.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook