Camping Trip: Pantai Bagan Pinang, PD- Tanjung Tuan, Melaka - Pulau Intan, Melaka - Pantai Klebang, Melaka

3:12 am

Camping Trip SO & REKA

Lama sangat bertangguh nak menulis pasal camping trip sempena bulan kemerdekaan ni. seorang neyra terlampau sibuk. yeah, group SO berganbung dengan peREKA untuk bercuti kali ni! dan yeah, kami repeat semula camping trip bulan february haritu sebab camping lah aktiviti paling cool kalau dengan kawan-kawan!



travelogue: sesudah sampai di PD.


dah sampai pantai! 


pasang khemah yuk!



yeayyy khemah dah siap!

kami bertolak dari Kuala Lumpur hari Sabtu, 30 August 2015 dengan dua kereta (10 orang) menuju ke Port Dickson petang tu, dan terus ke Pantai Bagan Pinang yang memang port kami dah kat situ. sampai je terus pacak 4 khemah. sebenarnya terlebih khemah tu last-last semua pening tak tahu nak pilih khemah mana satu siap ada khemah untuk letak makanan! haha.


badak-badak air berendam secara berjemaah

lepas dah setup khemah semua, masing-masing tak sabar nak berendam je. terus terjun dalam laut tu. buruk perangai masing-masing. tapi we had fun! bila lagi nak bermandi-manda dan lupakan masalah sambil cuma melemaskan diri?



bunga api yeay!



kat PD tak boleh buat unggun api tau! nanti kena denda tau!
 tapi kami bakar kejap sebab nyamuk banyak sangat haha!

malam tu cuma aktiviti suai kenal (LOL sangat!) dan makan-makan, serta buat unggun api, layan bunga api malam kemerdekaan. merdeka! merdeka! best gila lah sebab lama dah tak celebrate malam merdeka. akhirnya dapat short gateaway dengan kawan-kawan. malam tu juga tambah seorang lagi kawan datang join camping. gigih beliau naik motor dari Muar.


sarapan pagi di PD.

pagi tu kami bangun, terus sarapan pagi kat khemah. makan sandwich sardin and tuna tapi sebab perut masing-masing macam ada saka, kami proceed ke kedai makan berhampiran pulak bantai roti canai. dasar banyak makan semua org! sambil tu plan apa patut nak kemana dan apa aktiviti.


Selamat Hari Kemerdekaan buat Malaysia! 

dan yeah, aktiviti pertama pagi kemerdekaan 31 Ogos itu adalah hiking! kami ke Hutan Perliharaan Tanjung Tuan, PD-Melaka (sempadan yehhh) sama macam aktiviti kami sebelum ni. ni pun dah macam lokasi wajib. cuma trip yang lepas semua tak prepare sebab tak tahu tempat ni macam mana. so trip kali ni kami pakai lah kasut sukan. tapi seorang Neyra bantai pakai jeans hahaha!




video di Rumah Api Tanjung Tuan.


view cantik atas ni!

dan yeah, sampai jugak la ke puncak atas area rumah api Tanjung Tuan, ambil gambar background pantai kebiruan yang memang awesome! lepas tu masa ni bebudak first time datang semua macam "e'elehhh kata penat sangat berpeluh bagai. ni je ke obstacle?"

terus kami bawa ke Pulau Intan!

 



on the way ke Pulau Intan!

nak turun ke bawah ni memang lama dan curam dan penat, tapi turun takde hal. korang bayangkan nak naik semula azab dia macam mana? masa ni start lah diorang semua dah kepenatan. padan muka masing-masing! haaa tengok gambar dan video la pulak! (malas menaip dah haha)


video kemerdekaan kami di Pulau Intan.


badak air berendam sambil pose majalah Mangga



yeay! baju cantik untuk bulan kemerdekaan kali ni.



berlakon nombor 1 bab ambil gambar. 

 

apehal deep sangat semua?


MERDEKA!


tempat-tempat kat Pulau Intan memang worth it la dengan penat lelah nak sampai ke situ. view cantik, takde orang, boleh lepak dengan kawan-kawan bersuka ria! memang seronok sangat tapi nak naik semula ke atas azab gila! sakit jugak kaki dan pinggang. haha! lepas tu, kami dah lapar, terus ke BandarMelaka, dan cari asam pedas! kebetulan Shahrir ada kat Melaka, so terus mintak dia suggest mana-mana kedai. 


 




gambar deep lagi? hmm. 

dah kekenyangan, kami plan nak ke skytower yang famous tu tapi memandangkan public holiday yang confirm ramai gila orang so kami kensel dan terus ke Pantai Klebang! apa lagi nak photoshoot kat sana la. dengar cerita padang pasir diorang famous. hipster sangat nak pegi sana ambil gambar je. sekali lagi, azab nak matik lah jalan jauh gila! haha!


 


Padang Pasir Pantai Klebang.

sebenarnya kami pun tak faham kenapa orang ramai gila kat sini sebab nak main timbunan pasir tu je. dari kecik lagi dah kalau ada construction, ada pasir timbun2 macam ni memang selalu main dengan kawan-kawan tapi tak pernah pulak jadi hipster sebelum ni. LOL. entah apa-apa tapi kami pegi jugak buang masa situ. lepas tu jalan kaki punya jauh, asyik berhenti banyak kali ambil gambar dengan macam-macam aksi bebudak ni!




ye, dan memang ianya hanyalah sekadar timbunan pasir. tapi best jugak lah main panjat-panjat pasir tu lepas tu kami main slide dari atas ke bawah. nasib baik bawak canvas! best gila! kitorang main sampai senja kot! lupa nak balik kena jalan kaki lagi. haha!



thanks kawan-kawan. anda semua awesome! 
nanti kita buat trip together lagi but please lokasi lain pulak? haha!

































You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook