Siri Animasi Kanak-Kanak Didi & Friends kini di Astro Ceria!

4:18 am



Didi & Friends karya animasi kerjasama terbaru Astro dan Digital Durian Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) berazam memperkenalkan lagu-lagu tradisional rakyat kepada generasi cilik Malaysia, seterusnya membawa khazanah muzik tanah air ke persada antarabangsa. Karya animasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga mencecah lebih daripada 47 juta tontonan di Youtube! 


Keunikan Didi & Friends terletak pada lagu-lagu rakyat seperti “Rasa Sayang”, “Lompat Si Katak Lompat” dan “Air Pasang Dalam” yang diberikan sentuhan baru, melalui karakter-karakter animasi haiwan yang mencuit hati. Watak utama diterajui oleh seekor ayam serama bernama Didi berdampingan dengan Jojo dan Nana. Watak-watak lain termasuklah Bingo yang merupakan seekor kucing, Tatak, seekor katak dan Pak Atan iaitu seekor orang utan. Diilhamkan dan dihasilkan sepenuhnya produksi tempatan, Didi & Friends turut menerapkan nilai-nilai kekeluargaan bagi menarik minat kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 5 tahun untuk belajar sambil berhibur. Menarik lagi, Didi & Friends merupakan siri nurseri paling popular di Malaysia.






Sebuah video klip istimewa berjudul Pokok Mulberry yang menggabungkan karakter Didi & Friends dengan penampilan sulung Mika (anak kepada Nabil Ahmad), Bella (anak kepada Stacy Angie) dan juga Noah (anak kepada Yasmin Hani) telah dihasilkan dan bakal disiarkan di Astro Ceria dalam jangka masa terdekat. Pada tahun hadapan, Didi & Friends akan diterbitkan dalam versi animasi penuh yang berdurasi lebih panjang.



Didi & Friends bakal menemui penonton di Saluran 611, Astro Ceria mulai 8 Disember 2015, 8.00 pagi dan 3.00 petang. Jangan lupa tonton!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook