Perhentian Trip (Day 3): Mohsin Chalet & Kincir Angin, Pulau Perhentian Kecil
4:28 am
Pagi tu bangun awal so pergi yoga kejap kat tepi Infinity Pool sambil layan sunrise. haha! Lepastu tepat am 8 pagi lagi pakcik van Villa Danialla dah terpacak menanti kami untuk dibawa ke Kuala Besut Jetty. Masa ni yang dari Villa Danialla cuma saya Neyra, Mek Onie, Dikbee, Nuar, Yazid Izzat, Raf, Hariri, Mawardi, dan Khai Artzfar. Yang dah sedia menanti di Kuala Besut Jetty pula ialah Amir Nawawi, Fuad, Anne, Fahd Ezuan dan Deen Asimi. Maka, secara totalnya, kami seramai 14 orang akan ke Pulau Perhentian Kecil pagi tu. Tapi….bad news! Aduh.
Setibanya di Jeti Kuala Besut, kami dikhabarkan yang laut sangat bergelora dan teruk keadaannya. So, kami kena tunggu kejap sampai pakcik boat confident sikit nak bawa kami ke pulau. Haha! Sempat breakfast lagi nak menanti tu. Lepas dah bayar RM5 seorang untuk entrance fees Taman Laut, kami pun naik lah boat. Tapi sebab keadaan laut yang sangat dashat ketika ini, kami dipisahkan kepada dua boat. Yang perempuan naik boat besar sikit ada dinding tutup semua lengkap bersama group lain. Yang lelaki pula seramai 10 orang naik 1 boat yang bersaiz lebih kecil sedikit dari boat kami. Diorang punya boat memang thrill lah tanpa dinding semua. Fuh.
Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil sepatutnya makan masa selama 30-40 minit sahja. Tapi pagi tu, sampai sejam lebih jugak lah. Sobs. Masa sebelum bertolak bila abang boat pesan semua barang berharga, telefon dan kamera simpan dalam bag dan seal kuat-kuat, dah tak sedap hati. Keadaan laut memang sangat teruk. Mulut masing-masing terkumat kamit baca doa. Walaupun berdinding dan tak Nampak sangat keadaan ombak tinggi diluar boat, tapi sebab saya duduk paling hujung dan berdekatan dengan tingkap boat, saya boleh Nampak subhanallah punya tinggi ombak. Pakcik bawak boat pulak sedaya upaya berusaha melawan ombak semua. Memang priceless pengalaman macam ni. Berapa kali kami tukar kedudukan tempat duduk. Ada satu tahap tu kelam kabut abang tu suruh yang perempuan semua duduk ke dalam sikit, lelaki semua di bahagian hujung yang open air sikit. Duduk di bahagian tertutup pun kami basah lenjun air masuk, dan bag semua basah. Terbayang-bayang macam mana lah yang naik boat kecil tanpa covered space. Dan masa sebelum sampai tu, ada dua budak lelaki dalam boat kami muntah, yang lain pun muntah berjemaah termasuklah saya. Haha!
Sesudah sampai di Jeti Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, kami menanti pulak boat satu lagi. Masa tu memang terhuyung haying mabuk laut dah. Kami booking Mohsin Chalet yang terletak di Long Beach tapi sebab keadaan laut yang sangat teruk, tak boleh boat stop kat situ. Terpaksalah mendarat di Jeti Coral Bay je. Dah berkumpul semua, kami terus berjalan kaki bersama keadaan yang basah lenjun, dan bag pun basah ke Long Beach. Dari Coral Bay ke Long Beach ni kena trekking pulak sikit merentas hutan dalam 10-15 minit macam tu. Lambat la sikit nak trekking nya dengan bawak bag berat dan basah ni. Alhamdulillah, selamat juga sampai di Mohsin Chalet. Betul-betul terletak di pintu keluar jalan kami trekking tu.
Sampai kat situ baru jam 11 pagi something so terlalu awal untuk checkin. Nasib baik lah Mohsin Chalet ni ada Cayaku Restaurant so kami lepak berehat je situ bersama angina sepoi-sepoi. Ye la semua dah mabuk laut ni ting tong je kepala. Mohsin Chalet ni terletak di atas bukit dan memang kena hiking pulak sikit ke atas untuk ke Mohsin Chalet ni. Tapi view memang sumpah superb lah dari atas sebab Mohsin Chalet ni betul-betul menghadap Long Beach. Masa ni semua tengok laut sampai mengenang keadaan ombak yang teruk. Fuh, tak sangka selamat sampai. Punya sakit bontot masing-masing sebab boat tu berapa kali hentam ombak tu. Dengan ombak 3 serangkai macam ni memang bahaya. Abang Mohsin Chalet ni pulak cerita dua hari sebelum kami sampai, ada dua orang lemas masa mandi di Long Beach. Walaweyh.
Sementara tunggu waktu check-in jam 2 petang, dan makan tengah hari jam 1 petang, kami lepak je kat Restaurant tu sambil main gitar, menyanyi, makan Mamee Chef, Minum Cool Tea dan sebagainya. Mohsin Chalet ni pun agak bagus sediakan welcome drink masa kami sampai tapi sekejap je habis 1 balang kami kerjakan. Pakej kat Mohsin Chalet ni kami bayar RM360.00 untuk stay dua malam di twin bed fan room, boat transfer return Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian Kecil, 5x meals (breakfast 2x, lunch 1x, dinner 2x) dan juga snorkelling 5 points dan equipments nya sekali.
Jam 1 tengah hari kami makan lunch dulu, lepas terus check-in dan berehat di tengah panas haha. Kenapa panas? Sebab polisi Mohsin Chalet ni eletrik dari jam 6 petang – 8 pagi sahaja. Mereput lah kami di Mohsin Chalet tanpa wifi sebab Unifi diorang dah down 1 bulan, tanpa line telefon sebab saya pakai Maxis masa tu dan Cuma Celcom atau Tune Talk je ada line yang sangat bagus di situ. U Mobile pun okayh jugak. Telco lain sila mereput. Akhirnya sempat juga lelapkan mata seketika sambil buka tingkap dan pintu bagi angin masuk. Syukur lah Chalet atas bukit kan?
Jam 3 petang tu kami bangun dan bersiap pula untuk ke Kincir Angin Pulau Perhentian Kecil ni. Adududuh~ Trekking lagi lah nampaknya! Dari Mohsin Chalet ni boleh Nampak sayup je jauh Kincir Angin tu atas puncak bukit tapi ni tempat wajib pergi so kami gigih juga. Menyusuri Long Beach sampai hujung, terus jumpa laluan untuk ke Kincir Angin tu. Sempat lah jugak bergambar je tanpa henti di Long Beach.
Trekking dalam 40 minit juga untuk ke atas. Akhirnya, terus rasa bersyukur sangat sebab SubhanaAllah MasyaAllahn cantik gila view! Walaupun ombak tinggi dan laut sangat bergelora, kami turun juga ke bahagian bawah tu dengan berhati-hati. Cuak jugak ombak sampai hentam jetty. Bayangkan, kat sini sebenarnya orang boleh mandi dan terjun dari jetty. Boleh main banana boat semua. Memang terhapus terus dari fikiran ni gambar-gambar di Google sebab keadaan laut masa tu sebijik macam laut di Uluwatu Bali. Haha! Kat sini, sekali lagi kami mandi air laut sebab ombak basahkan kami beramai-ramai.Tapi best jugak lepak atas bukit kat Kincir Angin ni sebab ada line telefon! Yeay dapat internet semua terus diam hadap phone. Haha!
Memang sangat cantik laut di kawasan Kincir Angin ni. Walaupun laut tak berapa nak tenang, tapi gambar kitorang jadi cantik lah pulak. Rare ni dapat view macam ni. seronok sangat tengok view cantik macam ni hilang penat trekking. Lama kami melepak kat sini. Layan view dan angin. relax je dulu petang ni tak buat apa pun.
Sempat pulak makan Kerepek Pisang bersalut coklat Banane Munch kat atas tu. Nyums~ Dah berjam-jam ambil gambar dan sebagainya, kami terus menuju jalan pulang tapi lepak pulak kejap kat Chill Out Café. Sebab kami tahu ada wifi laju kedai ni. Masing-masing order garlic toast with soup, sandwich, roti canai dan air. Petang tu Fuad belanja so nyumms~ Orang cakap harga makanan di Pulau Perhentian Kecil ni mahal tapi bagi kami harga standard KL je. Sebab KL pun memang harga makanan macam ni. Sobs. Nasib baik memang air mineral dah bawak banyak dan beli siap-siap kat Kelantan sebelum datang sini sebab air mineral lah saya rasa paling mahal kat pulau ni. RM3 untuk botol kecil, RM5 untuk botol besar.
Malam tu sampai je Mohsin Chalet terus mandi dan bersiap untuk dinner pula. Malam tu semua lepas makan, siap berkaroke pulak sebab itu yang bestnya Mohsin Chalet ni ada tempat untuk karok dan lepak beramai-ramai di restaurant mereka. Tengah malam sikit tu kami nak lepak Chill Out Café lagi untuk cari wifi tapi café dah nak tutup. Semua nak pulang berehat, tapi malam tu saya lepak pulak dengan Emint, kawan twitter yang memang bekerja di Pulau Perhentian ni. Sambil lepak minum dan tengok pertunjukan api, akhirnya jam 2 pagi baru balik ke bilik. Haha! Tak sabar nak snorkelling esok!
0 comments
drop your comment here!