Foundation Lokal Malaysia Yang Bagus, Murah dan Terbaik

11:42 am

 


Perempuan mana yang tak suka makeup atau bersolek? Paling asas pun, sapu foundation, selet bedak dan calit sedikit lipstik. Hah kita fokus dengan benda paling asas untuk muka kita dulu iaitu foundation. Foundation yang bagus adalah foundation yang sebati dengan bedak. Namun, memilih foundation tak boleh jugak sembarangan. Kita kena ingat setiap wanita memiliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang oily lah, dry lah, combination skin lah. Jadi kita kena tahu apa yang sesuai dengan kulit kita. Terlalu banyak lambakan brand makeup di pasaran sekarang, dari luar negara mahupun keluaran buatan Malaysia sendiri. 

Bertambahnya permintaan pasar akan kosmetik yang anti-mainstream, bold dan edgy, serta hal-hal lain seperti mengandungi bahan organik atau semulajadi, tidak diuji keatas haiwan, dan sebagainya melahirkan beberapa jenama mekap lokal buatan Malaysia sendiri. Ada banyak sebenarnya jenama, tapi kalau tak guna sendiri di muka saya, malas lah nak review kan? Hah ini saya senaraikan tiga jenama foundation lokal buatan Malaysia yang memang saya pakai seharian.


MERVE Full Cover Foundation with Superfruits -  Siapa tidak kenal dengan jenama Merve? Lebih-lebih lagi pengasasnya yang cantik sungguh popular di Malaysia ini, iaitu Joy Revfa. Saya mula pakai Merve Full Cover Foundation sejak tahun lepas, dan ya memang foundation ni agak sesuai dengan kulit muka saya tanpa masalah yang serius. Terasa living in fairytale okayh? Katanya, foundation ini semua dalam satu - sebagai foundation, primer, concealer, dan juga shading.  Ada pulak 5 shades yang korang boleh pilih amna sesuai dengan kulit muka korang. Diperkaya dengan formula hebat L-Glutathione, Collagen, Stem Cell, Vitamin C, Vitamin E and Super Fruits dan mengandungi 30 kebaikan tapi paling penting boleh buat kulit gebu, flawless dan cerah! Water based dan senang dicuci, foundation ni adalah sejenis cream foundation dan bersaiz comel cuma 20g dan berharga RM105.00. Walaupun kuantitinya macam sikit tapi percaya lah boleh tahan sampai 3-4 bulan dan best sebab foundation ni bau buah, tidak oily atau melekit, dan tidak bercapuk di muka. Cuma saya tak suka dengan bentuk bekas nya je haha! Susah nak korek foundation ni guna blender atau brush.

RM 105 | 20g
Boleh didapati di: www.merve.com.my


TS Byutikea Foundation - Bersaiz 30 ml dan datangnya dengan hanya dua shade iaitu light dan natural. Berperanan sebagai bedak asas yang mudah dan juga untuk melindungi dari sinaran uv terutamanya bagi wanita yang sibuk bekerja. Bahan-bahan yang terkandung dalam foundation ni ialah kolagen dari tumbuh tumbuhan, lilin lebah, madu, air mawar, minyak zaitun, estrak teh hijau, estrak lemon, vitamin c, apple stemcell, dan orange stemcell. Sejenis liquid foundation, dan ye memang foundation nu boleh menutup segala cela di muka, garis-garis halus dan juga jeragat. Bagi saya, jujurnya shade natural nya agak gelap sedikit dan terlalu cair foundation ni. Tapi masih tetap ok untuk muka saya, dan mudah dibawa travel sebab picit je! Gituhh. 

RM 99 | 30ml
Boleh didapati di : www.tsskinssolutions.com 


Hello Virgin Liquid Foundation by Lustxcosmetics -  Mengandungi Witch Hazel Water, Argan Kernel Oil, Olive Oil dan Magnolia Stemcell, dan juga sedikit vanilla chocolate potion terasa dari dunia fairytale Merve sebentar tadi terus saya jump ke dunia witch atau ahli sihir yang penuh dengan magis nya. Bayangkan, bila pakai je foundation ni terus rasa diri ni macam seorang ahli sihir yang berjaya menjelma kepada manusia normal untuk berselindung dari panasnya pancaran matahari dan juga menyerlahkan lagi kecantikan wajah hingga buat ahli-ahli sihir lain jeles. Haha! Terasa fiksyen sangat pulak. Bestnya, foundation ni mudah dicuci dengan air dan mesra solat. Lepas tu perlu picit sedikit je lepas tu blend je di muka dengan brush atau blender then tepak baby powder je. Sesuai betul untuk yang nak rush ke tempat kerja! Datangnya dengan botol kaca tebal ekslusif bersaiz 30ml, dan packaging yang sangat best saya rasa sangat berbaloi untuk saya spend RM89 untuk foundation ni. Yang penting tidak melekit, rasa oily mahupun bercapuk di muka.

RM 89 | 30ml
Boleh didapati di: www.lustxcosmetics.com


Maka, antara ketiga-tiganya mana satu menjadi pilihan saya? Hey mestilah Hello Virgin Liquid Foundation by Lustxcosmetics. Dah lah mudah dibawa ketika travel, cover full satu wajah untuk foundation maha best ni. Ringan je rasa muka, lembut kulit, tidak bercapuk foundationnya dan sebati dengan bedak saya. Yeay! Tapi foundation ni ada satu shade je tau iaitu natural. Harga cuma RM89 agak berbaloi untuk saiz itu tadi kalau dibandingkan dengan foundation lain di atas ni. Tapi paling saya suka mestilah sebab dapat bau vanilla chocolate! Rasa nak makan pipi sendiri hah pun ada. Jom beli foundation? Mana satu pulak menjadi pilihan korang dan share lah apa foundation lokal lain yang korang dah cuba.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook