Rawatan Fototerapi Di Rumah Untuk Bayi Kuning; Mudah, Jimat & Berkesan

4:46 am


Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa tahun lepas, hampir 70 peratus bayi yang dilahirkan adalah berisiko menghadapi demam kuning. Statistik ini merupakan peningkatan yang mendadak jika dibandingkan pada sepuluh tahun lepas. 

Dijangkakan pada masa sekarang, hampir 80 peratus bayi baru lahir akan menghadapi demam kuning dan 20 peratus daripada kes bayi kuning ini perlu dilakukan rawatan fototerapi dengan kadar yang segera serta berterusan. Kesan paling teruk demam kuning adalah kematian manakala kesan yang paling ditakuti adalah kenicterus (kecacatan otak) jika bacaan kuning tinggi atau terlalu lama.


Demam kuning disebabkan lebihan bilirubin (partikal bewarna kuning dalam saluran darah) yang tidak dapat diproses oleh bayi kerana hati yang belum matang dan berfungsi. Pada kelahiran bayi yang normal, bacaan bilirubin ini akan mula menurun antara umur tujuh hingga sembilan hari dan kemudian akan mencapai bacaan normal selepas sebulan. 

Bayi yang menghadapi kuning yang tinggi akan memulakan rawatan pada umur empat atau lima hari selama dua hingga tiga malam. Bacaan bilirubin normal untuk bayi selepas rawatan fototerapi adalah dibawah 200 micro mol per liter pada umur bayi sudah melebihi seminggu. Rawatan fototerapi perlu dilakukan pada hari yang sama jika bacaan bilirubin melebihi 260 micro mol per liter.



Melakukan rawatan fototerapi di hospital kerajaan merupakan pilihan yang paling murah namun kekangan untuk mendapatkan tempat dan faktor perlu berulang-alik untuk menyusukan bayi menjadikan pengalaman melakukan fototerapi di hospital kerajaan agak rumit dan menyusahkan. 

Kebanyakkan hospital swasta dan segelintir klinik swasta ada menawarkan rawatan fototerapi namun kos perubatan yang agak mahal menyukarkan ibubapa membuat keputusan tambahan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Masih ramai yang tidak tahu bahawa fototerapi dapat dilakukan dirumah dengan kos yang murah dan tidak perlu bersusah payah menjaga bayi ketika dalam pantang. Dengan RM485 mesin fototerapi akan dihantar terus ke rumah dan mengikut statistik sehingga kini di Pulau Pinang bacaan bayi turun dari 260 micro mol per liter ke 140 micro mol per liter dalam masa tiga malam.


Home Phototherapy Services (HPS) Sdn Bhd telah beroperasi selama 18 tahun dan telah berjaya merawat lebih 10,000 bayi sakit kuning. Mesin fototerapi yang diberi nama Bluelite dan direka khas serta telah dipatenkan telah mendapatkan pengiktarafan keselamatan dari Sirim Berhad. Syarikat juga mempunyai lesen perniagaan dari Medical Devices Authority (MDA) dan telah dianugerahkan dengan sijil ISO13485.


HPS menawarkan pakej sewa mesin fototerapi Bluelite bermula RM395 untuk dua malam. Untuk 4 Hari 3 Malam pula pakej harga ialah RM485  sahaja. Harga termasuk penghantaran dan pengambilan serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata juga turut tersedia bersama pakej, ibubapa bayi hanya perlu tunggu dirumah dan terus melakukan rawatan fototerapi dengan serta merta. Caj tambahan dikenakan untuk penghantaran selepas waktu bekerja. 





Telah terbukti ramai ibu bapa yang gembira dengan hasil rawatan fototerapi dari rumah dengan Bluelite. Kesihatan bayi mereka semakin pulih dan bebas dari jaundis. 

Kenapa perlu menggunakan mesin fototerapi di rumah dengan Bluelite Malaysia?

✔ anak tak perlu berjauhan dan tinggal di wad hospital

✔ tak perlu banyak berjalan dek luka belum sembuh

✔ boleh bergilir menjaga anak di rumah bersama suami

✔ menyusukan anak dengan lebih selesa

✔jimat tak perlu bayar mahal bil hospital swasta

✔tak perlu stress di hospital kerajaan

✔mudah,selamat dan merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai lesen dari Medical Device Authorities Malaysia.


Nak lebih diskaun? Pembaca ieyra.com layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLNEYRA semasa membuat tempahan. Kod BLNEYRA hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan UTARA (Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) sahaja ya!

Home Phototherapy Services Sdn Bhd
Telefon: 012 271 1894

Instagram: @bluelite_my


You Might Also Like

1 comments

  1. Bagus la..bole pa tau baby dari rumah ja la lepas ni..terbaik!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook