Undian JJCM Makan Awards Kini Bermula!

11:53 pm


Siapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Malaysia juga terkenal dengan syurga makanan. Biasanya bila kita nak pergi makan, soalan pertama di minda kita ialah; "Nak makan apa eh hari ni? Nak makan kat mana?". Sebab tu lah Aplikasi Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) sangat membantu dalam kehidupan seharian ni. Aplikasi ini dah pun dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat food lover kat luar sana. Dan baru-baru ini di Restoran Baan Kanom Jeen, Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan telah memperkenalkan JJCM Makan Awards buat julung-julung kalinya.


Anugerah ini dianjurkan untuk memberi peluang buat rakyat Malaysia khususnya komuniti foodie online mengtiktiraf tempat makanan kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Food lover sebenar pasti tahu mana tempat makan yang lejen dan sedap kan? Hah sebab tu kita kena bagi award kat diorang untuk usaha selama ni. Sebanyak 7 kategori diwujudkan untuk anugerah ini dan merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia. Elemen popular dan terbaik dalam menentukan pemenang, JJCM Makan Awards menggunakan format pemarkahan 50% undian rakyat Malaysia dan 50% lagi dari juri professional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan.


Pencalonan awal yang disenarai pendek saya tengok menarik juga banyak yang memang saya tahu sedap makanannya. Especially Rojak Bellamy dan OM Burger! Senarai pendek ni juga hasil daripada cadangan pengguna aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. 7 kategori yang ada ialah Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular, dan Burger Kaki Lima Popular. Undian dibuka mulai hari ini, 1 NOVEMBER 2017 dan akan berakhir pada 24 NOVEMBER 2017 menerusi laman web: www.jalanjalancarimakan.com.my.

Syarat dan Peraturan Undian

  1. Anda hanya boleh memilih SATU (1) calon tempat makan BAGI SETIAP KATEGORI MAKANAN dengan menekan butang berbentuk hati.
  2. Anda dibenarkan mengundi SATU undian bagi setiap kategori makanan setiap hari
  3. Undian anda menyumbang kepada 50% jumlah pemarkahan sementara 50% lagi adalah berdasarkan penjurian profesional.
  4. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau/dan rayuan tidak akan dilayan.
  5. Undian dibuat menerusi laman sesawang, www.jalanjalancarimakan.com.my.
  6. Tarikh tutup undian pada 24 November 2017, jam 11.59 malam.

Kategori Burger Kaki Lima Popular
- Brader John Burger
- OM Burger
- Yazid Burger
- Tajima Burger Bangi
- The Burger Shop

Kategori Ikan Bakar Popular
- Sambal Hijau
- Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
- Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin

- Restoran Ikan Bakar FEND
- Restoran Arang Ikan Bakar


Kategori Kuey Teow Basah Popular
- Mali's Corner
- Mamu Penang Char Kuey Teow
- Mie Cord Char Kuey Teow
- Sany Char Kuey Teow

Kategori Nasi Kandar Popular
- Zainul Nasi Kandar
- Mohd Yaseem Nasi Kandar
- Restoran Kudu bin Abdul
- Suberi Nasi Kandar
- Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Kategori Nasi Lemak Popular
- Nasi Lemak Bumbung
- Village Park
- Nasi Lemak Tanglin
- Nasi Lemak Antarabangsa
- Nasi Lemak Famous

Kategori Sate Popular
- Sate Kajang hj Samuri
-  Willy Satay
- Satay Zainah Ismail
- Hj Senen Satay
- Zaini Satay

Kategori Rojak & Cendol Popular
- Cendol SS15 Subang
- Rojak & Cendol Din
- Rojak Bellamy
- Rojak & Cendol Shah Alam
- Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember nanti. Wahhh curlasttt gitu pakcik OM Burger pergi majlis anugerah cam retis haha! Mesti ramai akan undi tempat makan kegemaran kan? Aplikasi JJCM pun kini dah mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna aplikasi JJCM boleh muat naik komen dan cadangan mengenai tempat makan yang diorang pernah makan dalam aplikasi tu.


Yang bestnya saya pakai aplikasi JJCM ni, bila tak tahu nak makan mana pun search je dalam apps tu, Berderet restoran disenaraikan hah korang boleh tengok. Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS dan pengguna Android boleh download di Play Store. Jom semua mengundi tempat makan kegemaran kita! Pengundian dah mula dibuka hari ini , 1 November dan berakhir pada 24 November 2017 menerusi laman sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my . Korang boleh mengundi restoran kegemaran korang sebanyak 10 kali undian sehari, bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook