5 Anchor PizzArt Terbaru Yang Wajib Korang Cuba!

1:59 am


Sempat saya ke The Cooking House Bangsar berdekatan dengan rumah tempoh hari memenuhi jemputan Anchor Food Professionals untuk Kempen PizzArt yang  terbaru! Nak dekat musim perayaan Krismas ni, apa kata meriahkan lagi sambutan bersama keluarga dengan pizza-pizza inovasi baru dari Anchor ni? Semuanya mempunyai bentuk, dan rasa yang sangat unik. Pizza level baru ni, bukan tahap biasa-biasa dah. Ada 5 jenis Anchor PizzArt yang diperkenalkan, jom kita lihat senarai PizzArt yang wajib korang cuba!


1. PizzBurger

Berbentuk bulat sekaan-akan burger, tapi bila korang belah bulatan burger ni baru nampak kepingan daging kambing dari New Zealand yang telah di grill tu. Fuh! tebal gila. Dah la tebal, dalam kepingan daging tu, disumbatkan pulak dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Keju Cheddar, kemudian dibakar dengan Anchor Butter. Kebetulan, ada PizzArt Eating Challenge pagi tu, apa lagi saje lah join sebab ingat pizza biasa kita  jumpa tu. Terkejut terus tengok kena makan PizzArt yang besar gabak ni hah! Gila apa? Tapi berjaya juga makan dalam masa 5 minit, dan cuma berbaki 140 gram je sisa PizzBurger yang tak larat habiskan. Dengan patty panas, cheese meleleh. Sangat puas makan PizzBurger ni.


2. Deep Cheese Pizza

Yang ni memang truly deeply cheesy! Hah hard to explain level kesedapan dia macam mana. Dan kalau korang cheese lover memang puas lah makan Deep Cheese Pizza ni. Rasa sos dia sangat lah rich, dan gabungan bersama cheese yang banyak tu memang mantap habis! Cheese yang digunakan untuk menghasilkan Deep Cheese Pizza ni ialah Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Colby dan Keju Cheddar. Doh dia dua lapisan, sebab lapisan dalam tu cheese dan Putanesca filling je semua, atas topping baru sos dan ayam. Tapi yang bestnya, crust kat tepi tu sangat rangup berbunyi krup krap krup krap bila meratah! Pizza ini inspirasi daripada Chicago Deep Dish Pizza!


3. UltiMeat Pizza

Pizza ni memang faveret saya! Walaupun topping kelihatan macam bersepah sayur dan orang yang tak suka sayur mesti rasa macam..."alaaaaaaaa apa ni semua sayur je". Korang silap! Sebab bila korang gigit je doh pizza tu korang akan rasa amazed dengan rasanya. Ini adalah Gluten-Free Pizza. Tahu kenapa? Sebab doh dibawah tu sebenarnya diperbuat daripada dada ayam cincang yang dimasak dengan ranggup dan kemudian dibakar pula dengan Anchor Mixed Cheese untuk toppingnya memang meleleh habis! Sangat kenyang ye makan beberapa slice pun. Memang sesuai untuk dikongsi. Jangan tamak ye?


4. Pizza Roll

Yang gemarkan kambing, memang ini juga salah satu pizza sesuai untuk korang selain PizzBurger tadi. Gulungan pizza ini telah dipotong kecil-kecil sesuai untuk makan ketika minum petang atau sarapan pagi. Daging kambing dimasak masala bersama bayam, dan di sumbat pula dengan  Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese, Anchor Colby dan Cheddar Cheese. Sedap, tapi saya dah pening makan kambing PizzBurger sebelum tu so Pizza Roll ni makan sikit je la.


5. Cheese Pretza

Selepas pening makan ayam, kambing, cheese dari tadi akhirnya kami merasa pulak makan pizza pretzel dengan inti salmon! Ya Allah dengan kelembutan roti tu lagi, dicelah-celah pretza ni penuh dengan isi ikan salmon yang memang sedap. Dimasak juga dengan Anchor Cream Cheese dan Anchor Extra Yield Cooking Cream, pretza ni memang terasa lemaknya.


Pelbagai bentuk dan rasa PizzArt ni kan? Anchor Food Professional bekerjasama dengan 18 outlet seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memperkenalkan lagi pizza-pizza ni semua. Kalau korang semua teringin nak cuba 5 jenis pizza diatas, boleh terus ke:

Klang Valley - U Pizzeria, Pizza House, Pizza 185, Havana, The Butcher's Table.

Ipoh - Mustard Sandwich House, Food & Desire

Penang - US Pizza

Kedah - Sky Garden Resto Bar

Melaka - Temasek Hotel Cafe, Hungry Bear

Johor - Finale Kitchen Bar

Sabah - The Chubs Grill, Mad Ben Cafe

Sarawak - Chillax Cafe & Bistro, Osome Wood Fired Pizza, Bistecca & Bistro


Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook: Anchor Dairy Malaysia  atau website www.anchorfoodprofessionals.com/my. Jom makan PizzArt?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook