Tonton Melangkah Lebih Xtra Dari Biasa

1:46 am


Disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, Tonton mengorak langkah ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur baru-baru ni. Dengan kami beriye pakai baju bertemakan Alter Ego, memang ramai lah yang hadir ke party petang tu. 



Majlis petang tu dihoskan oleh Hafiz Hatim (penyampai radio Fly FM) dan Zooey (hos Pop Bytes), memang havoc dan meriah! Parti #RatedXtra turut menampilkan wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack (penyanyi sensasi YouTube Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube popular Malaysia. Turut hadir, wakil dari The Ming Thing.  Acara juga dimeriahkan lagi dengan persembahan memukau tertutamanya dari Ayda Jebat dan Budak Joget.


Beberapa pengumuman istimewa telah dibuat oleh Ben Jern Loh, Pengurus Besar, tonton. Antaranya ialah:

1. Harga Terhad Istimewa, Kandungan Definisi Tinggi (HD), Smart TV, Modem OTT Android & Tontonan Sosial
  
Pelanggan VIP tonton kini boleh menikmati potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my. Best gila kan??

2. Pengalaman tontonan di rumah anda

Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.

3. Tontonan Sosial

tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes pintar. Teknologi yang menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara. 

4. Kerjasama TM, DiGi, dimsum & EROS NOW

Portal video tonton turut mengumumkan kerjasama strategik dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum dan EROS selain usahasama dengan pembekal telekomunikasi, DiGi. Kerjasama ini menawarkan akses tontonan yang lebih meluas untuk kandungan urban, program berbahasa Cina / Korea / Thailand serta Bollywood. 

5. Dapatkan tonton VIP secara PERCUMA dengan HyppTV!

Menerusi kolaborasi bersama Telekom Malaysia, pelanggan pakej Aneka, Ruby dan Jumbo di HyppTV bakal menikmati pakej langganan tonton VIP secara PERCUMA bermula 2018 kelak.

 
6. tonton VIP + tambahan data Digi!
  
Kolaborasi tonton bersama DiGi menerusi ‘DiGi Video Freedom’ membolehkan pelanggan membayar serendah RM5 untuk data tontonan sehingga 5GB tanpa had. Pelanggan Digi kini boleh membuat langganan dan menikmati tawaran hebat bermula 1 Januari 2018. 

7. Gabungan bersama GOASEAN, JinnyboyTV, The Ming Thing

tonton berbangga mengumumkan sambungan capaian ke kandungan GOASEAN, sebuah platform video berkenaan gaya hidup dan kembara untuk tahun 2018; seterusnya menyaksikan lebih banyak kandungan di pustaka tonton.  By MY Side, sebuah filem kolaborasi eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes (akses seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia sahaja). 

By MY Side, sebuah filem kolaborasi eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes (akses seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia sahaja)  bermula HARI INI! Meneruskan lagi kesinambungan kerjasama, JinnyboyTV turut mengumumkan penghasilan siri TV eksklusif di tonton untuk tahun 2018 kelak.

tonton turut mengumumkan kolaborasi bersama The Ming Thing, saluran YouTube Bahasa Inggeris terulung di Malaysia untuk menghasilkan siri original tonton menjelang April 2018.

8. Portal hiburan dan gaya hidup terkini

tonton mengumumkan pelancaran portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE TV PERCUMA, berita hiburan terkini, perkembangan sensasi serta kisah viral dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

9. Lebih 20,000 Jam Hiburan Percuma!

Kemuncak acara menyaksikan pengumuman istimewa - lebih 90 peratus kandungan di tonton kini dapat diakses secara PERCUMA bermula 8 Disember 2017 untuk pengguna tonton di Malaysia. Alami variasi pengalaman tontonan meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium serta rancangan klasik secara PERCUMA, memastikan pengalaman tontonan yang lebih menarik selain kemudahan siaran episod secara terus-menerus (‘binge-watch’).
 

Banyak kan pengumuman terlebih ekstra tentang tonton! Wahhhhh yang paling best nya, bermula 1 November 2017 juga, korang boleh langgan tonton VIP dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan dengan hanya RM5 (harga asal RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal RM96)! Pakej tonton VIP menawarkan akses tanpa had ke lebih 30,000 jam kandungan hiburan dan pengalaman video bebas iklan. Jom ramai-ramai menonton di tonton!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook