Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL 32) 2018

7:59 am

Sebanyak 12 buah lagu berjaya layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang berlangsung pada 11 Februari 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pelbagai fashion menarik juga kita dapat lihat malam ni di AJL32 dengan bertemakan Fesyen & Muzik. Wahh letops semua kan? Persembahan pembukaan tirai malam ni oleh Stacy juga sangat bertenaga! 

 


Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar malam ni, memang terbaik diselitkan dengan jenaka bersahaja dan ada chemistry antara mereka. Duo terbaik, hats off! Lagi  satu suka tengok AJL malam ni tanpa publisiti melebih-lebih untuk penganjur.  By the way, berikut ialah senarai penuh lagu, artis, komposer, penulis lirik dan muzik video bagi lagu-lagu yang telah berentap di AJL 32 tadi:

Lagu : Akhirnya Cinta
Artis : Salma Asis
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai & Slen


Lagu : Bayang

Artis : Khai Bahar

Komposer : Eddy Khalifah

Penulis Lirik : Eddy Khalifah



Lagu : Sejati

Artis : Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir)

Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan

Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan




Lagu : Amboi

Artis : Altimet

Komposer : Navigator

Penulis Lirik : Altimet



Lagu : Aku Yang Sebenar

Artis : Hazama & The Penglipurlara

Komposer : Datuk M. Nasir

Penulis Lirik : Ad Samad




Lagu : Warkah Untukku

Artis : Ara Johari

Komposer : Hang Nadim

Penulis Lirik : Laq




Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta

Artis : Dayang Nurfaizah

Komposer : Ajai

Penulis Lirik : Ajai



Lagu : Lebih Sempurna

Artis : Syamel

Komposer : Syamel/Edry Abdul Halim/Boy Anaz

Penulis Lirik : Syamel




Lagu : Tergantung Sepi

Artis : Haqiem Rusli

Komposer : Gouffran & Ibnu

Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu





Lagu : Jampi

Artis : Hael Husaini

Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong



Lagu : Menahan Rindu

Artis : Wany Hasrita

Komposer : Gouffran & Ibnu

Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu




Lagu : Aku Cinta

Artis : Syamel & Ernie Zakri

Komposer : Syamel

Penulis Lirik : Syamel


Memang mantap-mantap semua malam ni! Walaupun kecewa sedikit dengan vokal Wany Hasrita malam ni, tapi cepat-cepat recover dengan kelunakkan suara Salma dan lepas tu Dayang Nurfaizah. Paling meriah Axiata Arena malam ni bila Syamel dan Ernie Zakri bergabung pom pom meletop semua berdiri bagi standing ovation! Fuh memang pening juri malam ni nak decide siapa menang AJL kan? Dan akhirnya... pemenang-pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 ialah: 



Juara :
Jampi - Hael Husaini



Naib Juara :
Sejati - Azmi Caliph Busker 




Tempat Ketiga :
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli




Vokal Terbaik :
Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri




Persembahan Terbaik :
Amboi - Altimet

Penyanyi Pilihan Samsung : 
Bayang - Khai Bahar


Tahniah semua pemenang-pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 malam ni. Yang tak menang, cuba lagi. Jadikan semua ni experience untuk terus maju jaya! Yang terlepas peluang menonton AJL32, jangan lupa terus streaming je di www.tonton.com.my ya!

Credit photo: tonton

You Might Also Like

1 comments

  1. Aha...gambar² ni editor tonton edit sebelah leya je tadi..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook