Pizza trend baru : Anchor PizzArt kini ke Penang!

5:01 am


Haritu dah makan PizzArt di Bangsar, baru-baru ni balik Bukit Mertajam, Penang makan PizzArt lagi di US Pizza. Yassss! PizzArt di mana-mana, dibawakan khas oleh Anchor Food Professionals.  Bosan lah nak makan pizza sama je kan so ada PizzArt ni memang menarik. Bring pizza to whole new level! Gituuh.




Kempen PizzArt kini menular di kawasan Pulau Pinang, dan membawakan PizzArt yang sangat unik, dan lain daripada yang lain iaitu PizzBurger yang sememangnya fokus utama, dan 4 jenis PizzArt yang lain iaitu Deep Cheese Pizza, Ultimeat Pizza, Cheese Pretza dan Pizza Rolls. Dengar deretan nama ni pun dah meleleh je air liur korang kan?


Sejak rebranding launch pada Ogos 2016, Anchor Food Professionals sentiasa cuba mendekati hati pelanggan dengan mengadakan beberapa kempen seperti ini. Teringat masa kempen Anchor Say Cheese dan Anchor Travel Cake dulu. Memang menarik!


Untuk kempen PizzArt ni, Anchor Food Professionals bekerjasama dengan 18 outlet di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak. Di Penang, pelanggan yang berminat boleh ke outlet US Pizza  di Pulau Pinang atau ke seberang, Bukit Mertajam. Elok-elok nak dekat Chinese New Year ni, dapat makan pizza lain dari yang lain memang sedap kan!


PizzArt yang inovatif ni idea dan konsep asal dari Anchor Food Professionals' Hot Cooking Chefs. Cuma team kulinari yang ada advanced skills je di restoran yang ada oven pizza nya sendiri je layak buat PizzArt ni. Untuk semua outlet di Semenanjung dan Sabah Sarawak Malaysia, Anchor Food Professionals akan memperkenalkan lagi PizzArt ni di seluruh negara dari Disember 2017 hingga awal Jun 2018. Hah 5 PizzArt baru yang diperkenalkan untuk orang ramai ni boleh korang baca di entry sebelum ni disini. 



PizzArt boleh didapati di memperkenalkan lagi pizza-pizza ni semua. Kalau korang semua teringin nak cuba 5 jenis pizza diatas, boleh terus ke:

Klang Valley - U Pizzeria, Pizza House, Pizza 185, Havana, The Butcher's Table.

Ipoh - Mustard Sandwich House, Food & Desire

Penang - US Pizza

Kedah - Sky Garden Resto Bar

Melaka - Temasek Hotel Cafe, Hungry Bear

Johor - Finale Kitchen Bar

Sabah - The Chubs Grill, Mad Ben Cafe

Sarawak - Chillax Cafe & Bistro, Osome Wood Fired Pizza, Bistecca & Bistro

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook: Anchor Dairy Malaysia  atau website www.anchorfoodprofessionals.com/my. Jom makan PizzArt?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook