Hanya 32 saat untuk mencari khidmat pemandu lori!

9:30 pm


Selalu bila nak pindah barang mesti rasa susah nak cari lori kan? Kadang-kadang nak pos barang customer atau COD barang yang bersaiz besar pun rasa payah sebab Ney takde kereta. Kecewa juga bila ada masalah logistik ni. Bayangkan kadang-kadang terpaksa menahan malu minta tolong kawan-kawan semata-mata nak hantar 3 kotak kuih ke sekitar Klang Valley je? Tu belum hal pindah lagi. Baru ni Ney pindah dari Bangsar ke Kota Damansara ulang alik 5 kali naik kereta suami tau?


Nampaknya lepas ni masalah Ney mudah diselesaikan sebab Ney baru tahu pasal perkhidmatan lori Lalamove ni. Lorry Lalamove ni salah satu khidmat penghantaran untuk muatan yang lebih banyak dalam masa yang singkat. Wah senanglah kalau korang ada business ke apa, nak hantar secara pukal barang-barang yang banyak dan bersaiz besar boleh guna khidmat mereka. 


Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, lori-lori 1 tan dan 3 tan Lalamove telah bersedia untuk perkhidmatan penghantaran untuk sektor perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi.  Walaupun dengan kapasiti yang lebih besar, Lalaomove berjanji akan memberikan hasil yang terbaik untuk memadankan pesanan korang dengan lori-lori mereka dalam masa yang singkat. Hasil daripada simulasi pesanan yang dijalankan semasa pelancaran perkhidmatan lori mereka di Lembah Klang, bukan saja mencatatkan purata masa padanan sebanyak 46 saat, malahan masa padanan yang terpantas yang dicatatkan adalah 32 saat! Wow pantasnya!. 

Perkhidmatan lori Lalamove sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan peniaga atau pengguna yang lain-lain, sama ada untuk pengilang atau pemborong yang  memerlukan kenderaan yang luas untuk penghantaran secara pukal atau hanya untuk memindahkan perabot ke rumah baru dan pejabat baru. Yanggggg kita boleh shopping perabot lepas ni tanpa pening fikir macam mana nak bawak balik! Tak perlu upah Lori IKEA mahal mahal dahhh. 



Antara kelebihan-kelebihan perkhidmatan lori Lalamove: 

Kos efektif: Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3 tan, bergantung kepada jarak 

On-demand: Lori-lori boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak 

Fleksibel: Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik dengan Lalamove

Cekap: Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori Lalamove dan kemudahan untuk          mendapatkan pemandu dalam seminit 

Terjamin: Penjejakan GPS di dalam sistem Lalamove untuk tujuan penjejakan barangan korang 

Responsif: Sokongan yang berterusan dari pihak Lalamove bagi memastikan semua  penghantaran anda tiba pada masa yang ditetapkan 

Pengkhususan perkhidmatan: Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran korang


Gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM 50 untuk penghantaran dengan lori. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh  digunakan untuk penghantaran lori sahaja. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, sila rujuk ke: ​https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing  

You Might Also Like

2 comments

  1. Bagusnya ada perkhidmatan logistik dari Lalamove ni. Senang kalau nak pindah rumah kan...

    ReplyDelete
  2. Sally dalam proses nak pindah rumah, jadinya sekarang tgh busy la sana sini mencari lori...ada yang mahal, ada yang murah tapi berkira dan macam-macam lagi la perangai...nasib baik ade perkhidmatan lori Lalamove!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook