Konsert Blackpink anjuran MacpiePro dapat sambutan hangat!

2:57 am



Siapa pergi Konsert Blackpink 2019 World Tour [In Your Area] di Stadium Malawati Shah Alam baru-baru ni? Fuh meriah okayh! Kebetulan hari yang sama, adik ipar Ney convo di MSU Shah Alam. Maka, alang-alang tu Ney booking je awal-awal AirBnB untuk staycation di Shah Alam. Book homestay betul-betul berdepan dengan Stadium Melawati Shah Alam tu hah. Terujanyaaaaa nak tengok Blackpink!


Masa tiket dilancarkan untuk jualan kepada umum, memang kecoh berlaku rebutan tiket sampi website pun hang la. Kawan-kawan Ney dari Indonesia ramai bersengkang mata demi mendapatkan tiket konsert ni. Fuh penangan Blackpink, sampai kan yang dari negara seberang sanggup turun Shah Alam.

Photo Credit: YG Entertainment

Ramai jugak Blinks yang tak dapat tiket walaupun pihak penganjur, MacpiePro dah tambah satu lagi show tambahan untuk keesokkan harinya sebab tiket totally sold out! Bayangkan, di hari hari pertama je 8,000 peminat Blackpink hadir ke konsert ni? Histeria masing-masing dapat tonton Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose depan mata. Havoc malam tu!

Konsert dimulakan tepat jam 6 petang, dan lagu pertama yang didendangkan ialah lagu berhantu kumpulan Blackpink, Ddu-Du-Ddu-Du! Sing along la masa tu apa lagi kan? Hampir 20 lagu dinyanyikan oleh Blackpink iaitu;

1. DDU DU DDU DU
2. FOREVER YOUNG
3. STAY remix ver.
4. WHISTLE
5. CLARITY - JISOO
6. INTRO + TAKE ME + SWALLA - LISA
7. LET IT BE + YOU & I + JUST LOOK AT ME - ROSÉ
8. SOLO - JENNIE
9. KISS & MAKE UP
10. SO HOT
11. PLAYING WITH FIRE
12. REALLY reggae ver.
13. SEE YOU LATER
14. 16 SHOTS
15. BOOMBAYAH
16. AS IF IT'S YOUR LAST
17. DDU DU DDU DU - ENCORE
18. STAY original ver.- ENCORE

Photo Credit: YG Entertainment

Photo Credit: YG Entertainment

Dua jam konsert, tenaga masing-masing seakan tak habis langsung. Bersemangat Blackpink menari di atas pentas, sama semangat peminat yang menontong. Lagu, tarian, penataan pentas, lighting, sistem pencahayaan dan special effects macam bunga api dan asap pun padu. Tu belum cakap pasal fashion lagi sampai bergaduh Caprice dengan Abby Abadi perihal baju yang dipakai oleh Kumpulan Blackpink haha!

Photo Credit: YG Entertainment
Ramai teruja dengan kecomelan mereka berempat dan lagi teruja bila Blackpink pun pandai mengambil hati peminat Malaysia, dengan cakap Bahasa Melayu macam 'saya rindu kamu', 'kamu sangat bagus' dan 'saya cinta kamu' yang diluahkan secara bersahaja. Wahhh pandai betul mesti dah belajar siap-siap sepotong dua ayat Melayu kan?

So enjoy tak korang malam tu? Nak Blackpink datang lagi. Dengar cerita MacpiePro berhajat nak bawa BTS puls datang Malaysia. Amacam?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook